Sekolah tutup hingga akhir tahun 2020

Seluruh sekolah ditutup sehingga akhir tahun 2020. Itu pengumuman yang diberitahu oleh menteri kanan pendidikan Dr. Radzi Jidin dalam sidang media sebentar tadi.

Nampaknya guru perlu melakukan PdP (pengajaran dan pembelajaran) secara atas talian lagi. 



Info dari S.Keli

Tak sangka pula hari Jumaat lepas adalah hari terakhir sekolah. 

Kalau ikutkan minggu depan dah mula ujian dan soalan dah standby siap2 dah. Allah musta'an.

Last selfie dalam kelas. Jumpa lagi tahun 2021 insyaallah. Gambar diambil lepas loceng berbunyi okey 😁.

Mungkin ada yang kata guru seronok bercuti lagi dan gaji jalan tapi sebenarnya melakukan Pdp online lebih mencabar ; perlu cari bahan yang sesuai untuk tahap murid, perlu follow up, masalah line, lebih mencabar bila ada anak kecil, ada murid yang tak respons dan macam-macam lagi.

Kami tetap akan bekerja, group wassap akan sentiasa berbunyi terutama grup kelas-kelas.

Dah akhir tahun macam ni kita harap murid akan terus belajar dan membuat latihan online yang diberi.

Jangan malas-malas okay murid-murid.

Lihat video di bawah tentang penutupan sekolah 2020 :

 

Bunyi je macam umum cuti tapi kami tetap tak boleh pergi ke mana-mana, tetap perlu bertugas dan perlu sentiasa akur dengan arahan majikan kami dari semasa ke semasa iaitu KPM dan kerajaan.

Sebab itu guru dan murid TIADA ISTILAH CUTI, sebaliknya cuma sekolah ditutup dan Pdp/ Pdpr tetap diteruskan sehingga cuti sekolah akhir tahun.

Nota : Maksud Home Based Learning = Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

Maksud PdP = Pengajaran dan Pembelajaran

Salam PKP, lagi...

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Baru je nak panaskan enjin tetiba disuruh cuti plak...sabor je la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alang2 je nk hujung tahun dh kan abam kie..

      Padam
  2. Moga cepat wabak covid-19 ini berlalu pergi. Mak-mak kat rumah jenuh asik tukar warna jagi ijau je hehehe

    BalasPadam
  3. Sianlah jiran saya selalu ngaduh dah pening sebab anak cuti sekolah lama sangat baru ni, sekarang tambah lagi... tambah peninglah dia.

    BalasPadam
  4. Walau sekolah cuti, cikgu kena datang bertugas juga.

    BalasPadam
  5. Sekolah ditutup tapi guru masih mengajar dan murid harus belajar-Home base learning-Semoga Allah mudahkan semua urusan kita.aamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin semoga dipermudahkan urusan guru dan murid semua

      Padam
  6. bertabah la murid2 dan guru2

    BalasPadam
  7. tahun yang penuh kemuraman buat kita semua, segalanya jadi kacau bilau diluar paras normal kehidupan, sama-sama kita teruskan berdoa semoga ianya akan segera berlalu dan kembali kepada fitrah kehidupan normal, aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah2han tahun depan semua kembali normal.aamin

      Padam
  8. cuti lagi anak anak.
    tak pa lah, memahami sangat.
    tahun ni memang agak mencabar buat semua.

    BalasPadam
  9. sebelum loceng pun apa salahnya hehe

    BalasPadam