Belajar bahasa Melanau Dalat

Sebut pasal bahasa, di Malaysia ni ada bermacam kepelbagaian agama, bangsa dan bahasa terutama di negeri Sabah dan Sarawak.

Berapa banyak bangsa tu memang susah nak dikira. Ada Iban, Bajau, Melanau, Kenyah, Bidayuh dan macam-macam lagi.

Memakai baju Burung baju tradisional Iban.

Memandangkan tahun 2023 ni adalah tahun ke 12 saya di Sarawak, saya telah dapat memahami sedikit beberapa bahasa di Sarawak seperti Iban dan Melanau.

Akou suka keman umai. Maksudnya saya suka makan umai. Best la umai ni. Pertama kali makan lebih 5 tahun lepas rasanya terus jatuh cinta dengan rasanya.


Lama merantau di tempat orang ni agak rugi kalau kita tak cuba belajar bahasa-bahasa lain ni kan. Selain menarik ia juga unik untuk didengarkan.

Umai. Makanan tradisional Melanau. Masam-masam sedap rasa dia. Makan dengan nasi.

Kali ni kita nak cuba mengenal dan belajar bahasa Melanau Sarawak. Sebenarnya bahasa Melanau ni terbahagi kepada pelbagai jenis dialek juga. Jom belajar bahasa Melanau bahagian Dalat Sarawak.


Ucapan Selamat dalam Bahasa Melanau

1. Selamet bah awel (Selamat pagi)

2. Selamet tengah lau (Selamat tengahari)

3. Selamet bah abei (Selamat petang)

4. Selamet malem (Selamat malam)


Pertanyaan Asas dalam Bahasa Melanau

1. Nou dengah? (Apa khabar?)

Nou = Apa
Dengah = Khabar

2. Dao dengah (Khabar baik)

Da'o = Baik

3. Sai ngadan ka'au? (Siapa nama awak?)

Sai = Siapa
Ngadan = Nama
Kaau = Awak

4. Ka'au likou gan? (Awak orang mana?)

5. Paya ka'au labi'? (Bila awak sampai?)

5.  Awak sedang buat apa? (No nak kaau?)
Awak = Kaau
Sedang buat = Nak
Apa = No

7. Sekarang pukul berapa? ("Ajau pukul dakai?" atau "Lian ien pukul dakai")
Sekarang = Ajau/Lian ien
Pukul = Pukul
Berapa = Dakai

8. Awak hendak ke mana? (Kaau bak kan?)
Hendak = Bak
Ke mana = Kan

9. Awak nak minum apa? (Kaau luk tuteng no?)
Nak minum = Luk tuteng

10. Awak kenapa? (Kaau buyak no?)
Kenapa = Buyak no

11. Adik beradik awak berapa orang? (Dakai laweh kelo bejanak/bejanik?)
Adik beradik = Bejanak/bejanik
Orang = Laweh

12. Siapa bersama awak? (Sai jegem kaau?)
Siapa = Sai
Bersama = Jegem


Perkataan Perbuatan dalam Bahasa Melanau

1. Keman (Makan)
2. Tuteng (Minum)
3. Tudui (Tidur)
4. Makau (Berjalan)
5. Bebiyah (Berlari)
6. Munguk (Duduk)
7. Tekedeng (Berdiri)
8. Pelikang (Berbaring)
9. Tetawa (Ketawa)
10. Temuk (Mandi)


Tubuh Badan Manusia dalam Bahasa Melanau

1. Ulou (Kepala)
2. Bok (Rambut)
3. Mata (Mata)
4. Beli/Belang (Dahi)
5. Bulou likau (Bulu Kening)
6. Udu/Udong (Hidung)
7. Bulou Mata (Bulu Mata)
8. Pipei (Pipi)
9. Gaam (Dagu)
10. Lungai (Leher)
11. Kapei (Bahu)
12. Lengen (Lengan)
13. Nyagem (Tangan)
14. Tujuk (Jari)
15. Silou (Kuku)
16. Laip (Ketiak)
17. Ucok (Dada)
18. Naei (Perut)
19. Bekawi/Bekawang (Pinggang)
20. Kabut (Punggong)
21. Peh (Paha)
22. Tengaleb (Lutut)
23. Budok (Kaki)
24. Buak Baun (Buku Lali)
25. Tug (Tumit)
26. Tap (Tapak)
27. Mujun (Mulut)
28. Guem (Rahim)
29. Atai (Hati)
30. Jelak (Lidah)
31. Jatong (Jantung)
32. Linga (Telinga)
33. Susou (Buah Dada)
34. Kulit (Kulit)
35. Sikou (Siku)
36. Betih (Betis)
37. Wat (Urat)
38. Tuli/Tulang (Tulang)
39. Puced (Pusat)
40. Pedou (Hempedu)
41. Nyipen (Gigi)
42. Jagut (Janggut)
43. Cumih (Misai)
44. Pingeh (Jambang)


Ayat Harian Bahasa Melanau dan Perkataan Melanau Dalat

- Akou suka peli' bol (Saya suka main bola)

- Akou suka keman umai (Saya suka makan umai)

- Akou lu' ba' belajer puba' Bahasa Melanau Daled (Saya mahu belajar bercakap Bahasa Melanau Dalat)

- Moga selamat sampai (Moga selamet labik)

- Awak kat mana sekarang (au gak gaan ajau')

- Saya kt rumah (Ko gak kubo)

- Bile awk smpai (Paya au labik)

- Selamat pulang (Selamet labik)

- Sedapnya (Dao nyam)

- Senyum dan ceria selalu  (Senyum jegem ceria selalu)

- Terima kasih banyak membantu (terima kasih idak2 nulong)

- Hari Jumaat kita jumpa (Lau 5 naah tuwah temu)

Ein (tu)
Bien (nanti)
Ih (ni)
Dereh (lebat)
Unei (tadi)

Dbei (tiada)
Bien (nanti)
Sakai (kawan)
Selau ( cerah)
Singen (Sahaja)
Lian ih (sekarang)
Lilo (tunggu)
Dibel (Tiada)

Kwak (juga)
Bei (beli)
Twa (ketawa)
Plak (tengok)

Gap (cantik utk manusia)
Dao g (cantik utk brg)

Dao lah ien = bagus lah tu

Lau bsak ui = hari ujan hoi

Kwk = jgk

Sunih -esok
Kelo -korang
Telo -kita
Paya - bila
Pulik - balik
Silad singen - baring je
Pedem - gelap
Paut lulo - lama tunggu
Uno win - apa tu
Gien - lagi
Udei - lagi?
Ngk - dah

tenguk - tekak
langet - gatal
piked - batuk
Kelasuk/ lacuk - kepanasan
Singo- sejuk
Nyenyak - sinok

Kaau agei gagau angai bah awel.....(kmu byk sngt ketja waktu pgi)

Kredit dan terima kasih kepada FB Belajar Bahasa Melanau Dalat. Anda boleh lihat perkataan dan ayat Melanau disitu.  LINK

Apa2 bahasa kalau di praktik akan rase mudah untuk digunakan. 


# Koleksi Bahasa Melanau ini akan di update dari semasa ke semasa...

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. wahh good job cikgu. rugi if tak belajar dialect org2 sarawak

    BalasPadam