Doa sempena bengkel, taklimat, mesyuarat

Sekarang ni walaupun norma baharu tapi program seperti taklimat, bengkel, mesyuarat, majlis sambutan tertentu tetap berjalan iaitu berjalan secara dalam talian.

Formaliti tetap kena ada iaitu ucapan alu-aluan, mukaddimah, doa dll mesti kena ikut protokol. 

Kali ni saya nak kongsikan contoh doa ringkas dalam bahasa Melayu dan sedikit diselitkan doa bahasa Arab untuk majlis seperti program taklimat, bengkel, mesyuarat dsb.

Gambar kredit HarakahDaily

Doa ini boleh diubah suai mengikut kesesuaian program atau majlis. Cuma ubah beberapa ayat dalam doa ini supaya sesuai kerana doa ini lebih kepada program di sekolah namun badan kerajaan lain atau swasta pun boleh gunakan doa ini.

Moga bermanfaat...

Doa ringkas untuk bengkel/taklimat/mesyuarat/perjumpaan/seminar/kursus, program motivasi dan lain-lain.

.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ

.....وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri mesyuarat, bengkel, taklimat (nyatakan nama program) pada kali ini. Kami juga memohon kehadratMu agar majlis ini berjalan dengan lancar .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Kami memohon kehadratMu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami. Kau berkatilah perjumpaan kami pada hari ini Ya Allah. Semoga ianya diterima sebagai satu perhimpunan yang mendapat keredhaan dariMu.

Ya Allah Ya Fattahu Ya Alim,

Bantulah kami, bimbinglah kami untuk menjadi ahli-ahli yang beramanah terhadap tanggungjawab yang diberikan ini.  Kau jadikanlah kami ahli-ahli yang  sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Kau permudahkanlah untuk kami terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Semoga segala usaha yang dijalankan meningkatkan kemenjadian murid dari segi rohani, akademik dan kokurikulum.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan juga dari keburukan.

 اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ 

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Kredit doa : Google dan diubah suai sedikit oleh saya sendiri.

Selamat berdoa, semoga semuanya berkat!

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Asalam..terjah blog..terima kasih doa ini

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan urusan cikgu2 semua

    BalasPadam
  3. terima kasih perkongsian doa ini

    BalasPadam
  4. terima kasih untuk perkongsian cikgu

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ,perkongsian yang sangat beri manfaat.terima kasih..

    BalasPadam
  6. walaupun PDPR tapi ada je taklimat & seminar yg cikgu anjurkan supaya murid2 tak tercicir

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...Saya mohon izin copy Cikgu...Terima kasih

    BalasPadam