Buah dabai Sarawak

Menu makan malam ni adalah makan buah dabai/ dabei. Kalau sekali tengok memang sama macam buah kurma bentuk buahnya.

Dabai goreng ikan bilis.

Tamat musim durian yang agak lama juga kali ni, sebulan lebih kot. Bersambung pula musim buah yang lain.

Kalau di Sarawak ni ada buah yang eksklusif dan tak tumbuh di semenanjung iaitu buah dabai/ dabei.

Tawar dan lelemak gitu rasa dia. Saya pun tak tahu apa sebab buah ni memang tak boleh tumbuh di semenanjung walaupun ramai rakan bawa balik biji dan tanam. Memang tak menjadi.

Itulah uniknya buah ni. Rasanya tawar gitu tapi bila digaul dengan garam atau masak kicap memang sedap.

Cara makan buah dabai.

Buah ni keras, sebelum makan kena rendam dalam air suam beberapa minit baru jadi lembut dan boleh dimakan.

Selamat dah masuk perut, tinggal biji je. Inilah biji buah dabai.

 
Video cara sediakan buah dabai untuk dimakan. Banyak resepi buah dabai ni sebenarnya. Goreng kicap boleh, masak pedas cili api boleh ikut kreativiti.

Kawan2 di semenanjung nak cuba makan buah dabai? Shopee kan ade. 

Cuba beli terus di sini : https://invol.co/cl5nutt

Makan dulu ye.

Buah dabai Sarawak Buah dabai Sarawak Reviewed by cikguzim on 20.8.21 Rating: 5

11 ulasan:

  1. Kategori ulam ke buah ni? Tah pernah jumpa lagi setakat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul mcm buah mangga boleh buat ulam atau dimasak

      Padam
  2. Pernah tengok tapi tak pernah cuba.. Boleh masak atau di makan begitu sahaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan begitu saja pun boleh tapi kena rendam air panas supaya lembut isinya

      Padam
  3. Pertama kali dengar, tahu dan tengok.

    BalasPadam
  4. Oh! Buah dabai ada versi bentuk bulat ye. Saya biasa jumpa yang panjang lonjong.

    BalasPadam
  5. Selalu dengar tapi tak kenal buah dia

    BalasPadam
  6. Sedap. Fiza suka buat goreng ikan bilis. Isi dalam biji pun sedap jugak cikgu. Rasa macam kuaci. Kami biasa belah Dua... Dalam dia ada isi kehijauan. Sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru saya tahu biji dia ada isi, rase keras je rupanya ada isi..info baru bagi saya ni 😀👏

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.