Kenapa murid tak respons PDPR??

Pdpr atau maksudnya pengajaran dan pembelajaran dari rumah kembali lagi. Meriah cikgu-cikgu mencari, membuat, serta berkongsi bahan sesama cikgu dalam group-group medsos pendidikan. 

Tak ketinggalan juga saya berhempas pulas menyedia serta mencari bahan yang sesuai. Waktu macam ni kita guna saja apa-apa bahan seperti modul, rakaman audio, rakaman video, dsbgnya. 

Alhamdulillah ada juga respons dari murid dan memandangkan murid saya tak ramai maksimum 15 orang 1 kelas minimum 10 orang sahaja (sekolah luar bandar). Cabaran tu tetap ada.

Kalau nak guna pendekatan online iaitu google meet, zoom dsbgainya memang tak dapat sebab banyak kekangan kerana tak semua ibu bapa dan penjaga boleh guna. 

Seperti kata Menteri Kanan Pendidikan, pdpr ini pelbagai dan mengikut KESESUAIAN murid dan guru. Jadi kebanyakan rakan guru saya yang lain lebih selesa guna pendekatan offline iaitu memberi arahan dari aplikasi whatsapp, telegram, menggunakan modul dan lembaran kerja dsbgainya.

Video dari Menteri Kanan Pendidikan tentang Pdpr ini perlu mengikut kesesuaian guru dan murid :

 

Tak kira online atau offline, terdapat pelbagai kekangan dalam pdpr ni. Ada murid yang respons cepat, ada yang lambat, ada yang tak respons langsung.

Saya ambil dari komen2 di medsos punca murid tak respons pdpr:

1. Kongsi peranti dengan adik beradik dan ibu bapa.
2. Data habis, ibu bapa hanya mampu top up bila dapat gaji.
3. Terlajak tidur.
4. Talian internet yang tidak stabil.
5. Kekurangan peranti/gajet
6. Data internet terhad
7. Komitmen /bimbingan ibu bapa bekerja
8. Sikap
9. Ibu bapa kurang atau tak tegas.
10. Tidak peduli @ malas

Bila pdpr ini yalah...Sebenarnya tanggungjawab ibu bapa atau penjaga yg perlu bertegas dengan anak2. Jadual sudah disediakan. Kena pantau dan pastikan bersedia dan tepati masa. 

Jika tidak, tugasan anak-anak pasti menimbun. Takut nanti bila buka sekolah cikgu kena ajar silibus atau pelajaran yang sama semula sebab murid masih belum faham pelajaran.

PDPR tak Sama macam mengajar kat sekolah sebab sampai ke malam murid akan tanya kita sebab nak siap dan hantar tugasan..

Tapi yang pasti, waktu pdpr ini kita sebenarnya tak tahu apa masalah sebenar murid, penjaga, ibu bapa....

Harapan saya moga semua ni cepat berakhir, waktu pdpr ni guru fokus pdpr dan nak fokus satu2 silibus, tiada atau kurangkan kerja sampingan yang boleh mengganggu perjalanan pdpr dsb..

Paling penting waktu ni juga kena selalu berlapang dada dengan masalah murid, InshaAllah lebih tenang dalam pdpr ini.

Guru tetap perlu terus menjalankan tugasnya. 

Terima kasih kepada ibu bapa yang membantu dan murid yang rajin dalam pdpr ini.

Sekian untuk pos kali ini.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Sebagai seorang kakak yg ramai adik.. kalau pelajar sekolah menengah nie okay sikit .. mcm adik sy yg form 3 selalu alert dgn homework dan ada hp sendiri.. tp kalau pelajar sekolah rendah pula susah.. adik sy terpaksa share dgn mak hp.. sy pula hanya ada 1 saja hp.. sebelum nie pernah join group whatsapp adik2 sy.. tp mmg selalu terlepas juga sbb mmg susah berkongsi nie.. lagi2 yg WFH kan..

    Then adik bongsu sy pula dia dulu prasekolah 3 bulan saja terus PKP sampai habis prasekolah.. nak pujuk dia masuk thn 1 pun payah mula2.. Boleh dikatakan culture shock juga.. Masa skola buka tu ada lega juga sbb susah sebenarnya belajar on9 nie.. Bila dah masuk thn 1 pula tak lama lepas tu PKP lagi balik.. bila nak buat kerja on9 dia tak nak sbb katanya belajar hanya di sekolah & nak cikgu yg ajar (adik sy ada temujanji dgn doktor) bukan OKU tetapi ada masalah sedikit lah..

    Huhu tak tahu nak cerita mcm mana.. Sy sebagai kakak selalu bertegas tp susah kdg.. Apatah lagi ada adik yg slow learner nie.. Sy faham sgat cikgu2 dah usaha yg terbaik.. dan ibu bapa juga dah buat yg terbaik.. Semoga semuanya dipermudahkan, kembali seperti sedia kala.. Aamiinn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rumit juga ya bila ramai adik ni lagi2 yg kecil tu..mg urusan semua dipermudahkan dan perlu bimbingan berterusan.

      Padam
  2. Memang banyak kekangan pdpr ni

    BalasPadam
  3. seboleh mungkin saya pastikan anak saya buat apa yg cikgu suruh meskipun jadi teacher from office, lgpun anak sorg je. tgk kwn ada anak 5 mmg stress lah dia nak pick up semua. ada yg buat ada yg sambil lewa, anak2 di rmh kan, mak pak keja, mmg ssh nak control

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sukar kalau mak pak kerja takde org nk bimbing, itulah kekangn skrg tak mcm pkp 1.0

      Padam
  4. Nasib lah anak2 buah saya semua okay dlm pdpr..habis je kelas pdpr...saya tgk semua fokus buat homework..tp betul la cikgu ckp dalams enarai tu..kmgkinan ada yg mcm dlm senarai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhmdllh bagus mcm tu, dlm ramai2 murid ada juga sorg dua murid yg boleh jd cth kpd yg lain.

      Padam
  5. memang kesian dekat pelajar yang tak berkemampuan tu,haraplah mereka tak tercicir dalam pelajaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Byk murid yg rajin sebenarnya tapi kekangan2 tu yg membatasi mereka

      Padam
  6. Cabaran sebagai guru dan ibu bapa dalam tempoh PKP ni memang sangat terasa, tapi kena fikir kalau kita rasa susah, apatah lagi mak pak yang kerja frontliners, kena pulak PDPR, tu belum kira kekangan berkongsi gajet, Allahuakbar..semoga Allah permudahkan semuanya bagi kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sgt tu, kdg murid lambat respons bukan apa..sbb kena tgu mak pak balik kerja dlu

      Padam
  7. PdPR ni sebenarnya tanggungjawab tu lebih kepada parents tu sendiri. Cikgu-cikgu payah dah nak didik secara bersemuka dengan pelajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Respons sgt terhad..pdp bersemuka ada komunikasi 2 hala dan tak syok sendiri mcm skrg

      Padam
  8. Kesan PdPR ni bukan pada murid je, ibu bapa sekali mental. Subjek yang anak belajar ibu bapa juga kena tahu. Sebab anak agak blur bila nak faham apa yang cikgu suruh belajar melalui Youtube

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang masalah juga ni sebenarnya..silibus dan tahap makin tinggi. Tgk lah silibus matematik tahun 1, macam main teka teki nak mencari jawapannya...kdg cigu pn pening

      Padam