Pdpr atau maksudnya pengajaran dan pembelajaran dari rumah kembali lagi. Meriah cikgu-cikgu mencari, membuat, serta berkongsi bahan sesama cikgu dalam group-group medsos pendidikan. 

Tak ketinggalan juga saya berhempas pulas menyedia serta mencari bahan yang sesuai. Waktu macam ni kita guna saja apa-apa bahan seperti modul, rakaman audio, rakaman video, dsbgnya. 

Alhamdulillah ada juga respons dari murid dan memandangkan murid saya tak ramai maksimum 15 orang 1 kelas minimum 10 orang sahaja (sekolah luar bandar). Cabaran tu tetap ada.

Kalau nak guna pendekatan online iaitu google meet, zoom dsbgainya memang tak dapat sebab banyak kekangan kerana tak semua ibu bapa dan penjaga boleh guna. 

Seperti kata Menteri Kanan Pendidikan, pdpr ini pelbagai dan mengikut KESESUAIAN murid dan guru. Jadi kebanyakan rakan guru saya yang lain lebih selesa guna pendekatan offline iaitu memberi arahan dari aplikasi whatsapp, telegram, menggunakan modul dan lembaran kerja dsbgainya.

Video dari Menteri Kanan Pendidikan tentang Pdpr ini perlu mengikut kesesuaian guru dan murid :

 

Tak kira online atau offline, terdapat pelbagai kekangan dalam pdpr ni. Ada murid yang respons cepat, ada yang lambat, ada yang tak respons langsung.

Saya ambil dari komen2 di medsos punca murid tak respons pdpr:

1. Kongsi peranti dengan adik beradik dan ibu bapa.
2. Data habis, ibu bapa hanya mampu top up bila dapat gaji.
3. Terlajak tidur.
4. Talian internet yang tidak stabil.
5. Kekurangan peranti/gajet
6. Data internet terhad
7. Komitmen /bimbingan ibu bapa bekerja
8. Sikap
9. Ibu bapa kurang atau tak tegas.
10. Tidak peduli @ malas

Bila pdpr ini yalah...Sebenarnya tanggungjawab ibu bapa atau penjaga yg perlu bertegas dengan anak2. Jadual sudah disediakan. Kena pantau dan pastikan bersedia dan tepati masa. 

Jika tidak, tugasan anak-anak pasti menimbun. Takut nanti bila buka sekolah cikgu kena ajar silibus atau pelajaran yang sama semula sebab murid masih belum faham pelajaran.

PDPR tak Sama macam mengajar kat sekolah sebab sampai ke malam murid akan tanya kita sebab nak siap dan hantar tugasan..

Tapi yang pasti, waktu pdpr ini kita sebenarnya tak tahu apa masalah sebenar murid, penjaga, ibu bapa....

Harapan saya moga semua ni cepat berakhir, waktu pdpr ni guru fokus pdpr dan nak fokus satu2 silibus, tiada atau kurangkan kerja sampingan yang boleh mengganggu perjalanan pdpr dsb..

Paling penting waktu ni juga kena selalu berlapang dada dengan masalah murid, InshaAllah lebih tenang dalam pdpr ini.

Guru tetap perlu terus menjalankan tugasnya. 

Terima kasih kepada ibu bapa yang membantu dan murid yang rajin dalam pdpr ini.

Sekian untuk pos kali ini.