Maksud Gayu Guru Gerai Nyamai, apa kaitannya dengan Hari Guru?

Januari 2011, tahun pertama posting di Sarawak. Masuk seawal bulan Februari dah ada banner tergantung dimana-mana tertulis GAYU GURU GERAI NYAMAI.

Bila berjalan dari Kuching hingga ke Kabong dan Betong jauhnya masih ada banner tersebut. Saya fikir memang orang Sarawak sangat menghargai guru di sini. Awal betul ucapannya sebab hari guru disambut Mei setiap tahun. Bagus betul layanan mereka kepada insan guru.

Tak lama selepas itu barulah saya tahu akan maksudnya. GAYU GURU GERAI NYAMAI sebenarnya adalah ucapan untuk perayaan hari Gawai yang bermaksud lebih kurang macam ni...kind of wishing for prosperous, good health, duit kaya..kira wish kepada benda yang baiklah.


Maksud lebih tepat ; Moga panjang umur semoga diberi kesihatan yang baik. Dan sebenarnya TIDAK berkaitan dengan guru/cikgu pun. Ooo baru tahu apa maksud gayu guru gerai nyamai.


Serius la walaupun dah 7 tahun di bumi Borneo masih terkenangkan ucapan tu ingatkan ucapan untuk hari guru hehehe..

Sedikit info mengenai perayaan Hari Gawai yang disambut di Sarawak....

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera berbangsa Dayak termasuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuak dipersembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.

Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai ‘ranyai’ akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai ‘ngabang’. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut. Sumber :Wikipedia

Baca juga : Jom Buat Manok Pansoh Resepi Tradisional Iban

Orang Sarawak memang sporting walau berbilang bangsa dan agama. Sambutan perayaan semua bangsa di sini meriah. Ada lebih 30 bangsa di Sarawak, Melayu, Iban, Cina, Bidayuh, Melanau dll hidup harmoni.

Ucapan hari Gawai bangsa lain di Sarawak. Perbezaan bahasa agak ketara juga kan

Masjid dan gereja dibina bersebelahan sekalipun tidak menjadi masalah bagi mereka untuk aktiviti perayaan dan kegamaan. Ok, aram pulai cuti (jom balik bercuti) dan selamat berpuasa.

Baca juga : Ucapan Pesta Kaamatan Sabah

Ada masa nanti kita pos pasal loghat dan bahasa di Sarawak pula. Pos pasal belajar berjaku Iban pun boleh.

SELAMAT HARI GAWAI! 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.