Musim panas, bil tinggi!

Dah masuk musim panas sekarang ni, kalau pasang aircond 20°c memang tak terasa sejuknya, masih berbahang rasa, kena pakai 16°c dan mode kipas paling kuat baru terasa. 

Kipas angin pun kena pasang sekali supaya tambah angin baru puas hati rasa sejuk tersebar ke seluruh pelusuk dalam rumah. Haa ini antara sebab bil elektrik jadi makin tinggi, itu baru aircond belum tambah benda lain seperti guna pemanas air, tv, peti sejuk, mesin basuh.

Saya walaupun ada guna 2 peti sejuk, ada guna aircond, laptop, pemanas air dll tapi bil tetap bawah rm50 setiap bulan.


Walaupun dah pernah share tips jimat elektrik ni tapi rasa nak kongsi lagi kali ni.

Ini beberapa tips untuk jimat elektrik waktu musim panas macam ni : 

1. Aircond guna dry mode. Pasang cool mode sekejap bila dah naik sejuk tukar kepada dry mode.

2. Tutup lampu bila tak perlu.

3. Bila masak air atau water heater, off dulu aircond.

4. Guna barang elektrik ada 4 star ke atas.

5. Cabut plug bila tak guna contoh macam plug laptop, printer, pemanas air, mesin basuh.

6. Cuci filter aircond setiap 2-3 bulan. Servis aircond 6 bulan sekali.

7. Saya sangat jarang guna air fryer, pengering (sebab takde) oven, dll pemanas. Pemanas elektrik memang menggunakan elektrik yang tinggi.

Ini antara tips yang saya guna untuk jimat tenaga elektrik. Alhamdulillah bil elektrik setakat beberapa tahun ni tak pernah lebih rm50. 

Mungkin juga faktor rumah yang saya tinggal sekarang ni (rumah sewa) saiznya agak kecil, penggunaan tenaga memang kurang. Lampu pun waktu malam pasang 1 saja.

Tak dinafikan penggunaan aircond lah antara punca bil elektrik melambung masa musim panas ni.

Kepada yang selalu guna aircond terutama musim panas sekarang ni, boleh rujuk video ni penerangan secara spesifik tips jimat elektrik aircond.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Baik. Terima kasih perkongsiannya Cikgu. Cuaca memang panas sangat sekarang. Tapi kita syukuri.

    BalasPadam
  2. nice sharing... bil elektrik bulan lepas tak sampai 10 ringgit jadi 500. fitemmm

    BalasPadam
  3. Good sharing. Boleh amalkan jugak. Aircond saya cuba elak kecuali betul2 panas

    BalasPadam
  4. Good sharing.. Sangat penting bila nak beli alat elektrik tengok berapa star penjimatan elektrik.

    BalasPadam
  5. Bil rumah sy biasanya bawah RM60. Rumah sy cuma guna kipas, tak ada air-cond. Pemanas air pun tak ado jugak. Tapi tips penjimatan elektrik tu memang menjadi amalan.

    BalasPadam
  6. rumah ada 2 aircon tapi jarang guna, kalau siang kadang2 pasang 2-3 jam sahaja dah mencukupi sejuknya. malam tak pernah pasang aircon smpi pagi.

    BalasPadam