Kos join event running 10km, Half dan Full Marathon bukan kaleng2

Pada masa kini, acara marathon semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan semakin meriah dianjurkan di pelbagai tempat. 

Jika dahulu acara seperti ini mungkin hanya disertai oleh golongan yang benar-benar aktif dalam bidang sukan, tetapi sekarang semakin ramai orang daripada pelbagai peringkat umur turut mengambil bahagian. 

Ada yang menyertai marathon untuk menjaga kesihatan, mencabar kemampuan diri, mengisi masa lapang dan tidak kurang juga yang sekadar ingin merasai pengalaman berlari bersama-sama orang ramai. 

Suasana sepanjang acara juga biasanya sangat meriah dengan kehadiran peserta yang memakai pelbagai jenis pakaian sukan serta sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan. 





Gambar kenangan Bintulu Marathon 2 Ogos 2026. Event terbaik ramai orang suka sebab meriah ada makan2 macam open house.

Selain dapat menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, acara marathon juga mampu mengeratkan hubungan sesama masyarakat kerana para peserta dapat berkenalan dan berkongsi pengalaman antara satu sama lain. 

Jelaslah bahawa penganjuran acara marathon bukan sekadar aktiviti sukan, malah telah menjadi salah satu aktiviti yang semakin diminati dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.

Kalau kira kasar kos join 1 event running fun run 5k, 10k, Half Marathon, Full Marathon. 

Kalau dikira boleh  nampak  berapa RM yang di "bakar" bersama kalori untuk setiap 10km, 21.1 km dan 42km 😂

Registration: RM70–100
Gambar yang cantik manis: RM15 × 4 = RM60
Energy gel × 4: RM40–70
Minyak/Grab: RM20–70
Makan & minum: RM25–60
Breakfast/kopi: RM10–20
Air/elektrolit: RM5–15
Parking/tol/misc: RM10–40
Recovery food/drink: RM10–20
Hotel: RM100–250

Cuma anggaran kasar : RM350–675

So senang cerita, bajet lebih kurang RM350–675 untuk 1 event seorang belum lagi bawa keluarga 😂😂

Catat Ulasan

0 Ulasan