Dialek Sabah (bahagian pantai barat)

Jom belajar loghat dan dialek dalam negeri lain. Kali ni nak kongsi dialek negeri Sabah. Memandangkan Sabah ni besar, setiap bahagian tu dialeknya ada bunyi lain sikit.


DIALEK BM - NEGERI SABAH (Pantai Barat)

1. Kamurang - Kamu
- Contoh ayat : Versi Sabah (Kamurang dari mana?) - Maksud (Kamu dari mana?)

2. Taru/Ampai - Letak
- Contoh ayat : Versi Sabah (Jangan Taru gula gula dalam minuman saya) - Maksud (Jangan letak gula dalam minuman saya)

3. Bubut - Kejar
- Contoh ayat : Versi Sabah (Siti kena Bubut dengan anjing) - Maksud (Siti kena kejar dengan anjing)

4. Inda/Ndak - Tak/Tidak
- Conoth ayat : Versi Sabah (ko ndak mau ikut saya kah?) - Maksud (kau tak nak ikut saya kah?)

5. Bulih - Boleh
- Contoh ayat : Versi Sabah (Bulih tetapkan tarikh mesyuarat akan datang?) - Maksud (Boleh tetapkan tarikh mesyuarat akan datang?)

6. Siring - Tepi
- Contoh ayat : Versi Sabah (Jangan taru tu pasu di siring tingkap nanti jatuh) - Maksud (Jangan letak pasu itu di Tepi Tingkap nanti jatuh)

7. Pigi - Pergi
- Contoh ayat : Versi sabah (Bila ko mo pigi sabah?) - Maksud (Bila Kau Nak Pergi ke Sabah?)

8. Kasi Tau - Beritahu/Bagitahu
- Contoh ayat : Versi Sabah (Kasi tau mama ko tak pigi sekolah) - Maksud (bagitahu mama kau tak pergi sekolah)

9. Limpas - Lalu
- Contoh ayat : Versi sabah (boleh saya limpas kah?) - Maksud (tumpang lalu boleh?)

10. Limpang - Baring
- Contoh ayat : Versi Sabah (siapa yang limpang di atas katil saya tu?) - Maksud (siapa yang baring atas katil saya tu?)

Kredit: Khae Karem

Nanti kita belajar loghat dan dialek negeri lain pula kalau ada masa.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Balasan
    1. Org Sabah sudah check..nasib baik hehe 😅

      Padam
  2. terima kasih atas perkongsian, ada beberapa perkataan yang biasa di dengar atau di baca dan paham ada yang tak pernah jumpa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga bahasa sabah yg sama macam bahasa @ dialek sarawak.

      Padam
  3. PC ada kawan berasal daripada Sabah dan Sarawak,bila bersembang dengan kawan-kawan ok je..keluar loghat mereka bila marah je.Hehehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila bersembang dgn org sabah sarawak, mereka biasanya akan guna bahasa standard hehe

      Padam
  4. Ada yang familiar sebab pernah dengar kawan dari Sabah cakap.

    BalasPadam