Resepi dan cara buat ayam pansuh aka manuk pansuh masakan tradisional Iban

Siapa pernah dengar nama masakan ayam pansuh? Atau nama masakan manuk pansuh? Lagi la tak pernah dengar kan? Manok pansoh ni masakan yang menjadi tradisi masyarakat di Sarawak terutama bagi masyarakat Iban dan Bidayuh ketika musim perayaan.

Manuk/manok bermaksud ayam, pansuh bermaksud masakan yang dimasak di dalam buluh. (Maaf kalau salah, mungkin maksud pansuh ada definisi yang lebih tepat.)

Macam tradisi orang Melayu bila raya buat lemang, mereka buat ayam pansuh. Tapi sekarang bila musim bukan raya pun ramai juga rajin buat ayam pansuh ni.

Memang sedap menu ayam pansuh ni rasa dia macam sup ayam manis2 masin gitu dicampur dengan pucuk ubi. 

Boleh dimakan macam tu saja atau dengan nasi. Orang Melayu di Sarawak pun ramai yang pandai buat.

Ayam yang telah masak dan baru dikeluarkan dari buluhnya.

Nak masuk Hari Gawai ni jom kita cuba lihat resepi cara buat ayam pansuh aka manuk pansuh aka manok pansoh. Aram kitai (jom kita). Saya boleh cakap dan faham bahasa Iban sikit-sikit. :)

Resipi Ayam Pansuh (Manuk Pansuh) a traditional Iban meal.

Untuk info tambahan anda, resipi ini boleh juga digunakan untuk buat pansuh Ikan. 

Ikan seperti keli, ikan talapia dll juga sedap kalau dimasak secara pansuh begini.

Ok, bahan-bahannya adalah seperti berikut :

Seruas buluh lemang. Ya buluh lemang tersebut adalah buluh yang sama macam kita orang semenanjung buat lemang tu.

1/2 ekor ayam yang dipotong
1/2 cawan air
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah dan
3 biji bawang putih
2-3 cili besar bagi mereka yang suka pedas
2-3 kuntum bunga kantan
3 cm halia
3 batang serai
Garam @ serbuk perasa
Secekak pucuk ubi diramas.

Cara-cara untuk memasak adalah :

1. Sediakan bara api seperti kita membakar lemang.
2. Bersihkan buluh.
3. Bawang putih dan bawang merah perlu ditumbuk sehingga lumat. Bahan² yg lain hanya perlu dipotong ikut cita rasa sendiri.
4. Pastikan ayam telah dibersihkan.
5. Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, serai, halia, bawang merah, garam, serbuk perasa dan bunga kantan dalam satu masa.
6. Gaul dengan garam / perasa secukup rasa sehingga sebati.
7. Masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh.



8. Jangan hentak buluh tersebut dan masukkan sedikit air. Kemudian, tutup muncung buluh dengan pucuk ubi.
9. Seterusnya, bakarlah buluh tersebut di atas bara api lebih kurang setengah jam.


Apabila memasak, elakkan juga api dari terlebih marak

10. Apabila asap didihan keluar dari penutup buluh maka pansuh telah pun masak.
11. Keluarkan ayam pansuh tersebut daripada buluh kemudian hidangkan.

Ayam dan daun ubi yang telah dikeluarkan.

12. Kalau tiada buluh, boleh gunakan buluh sebagai ganti. Cuma aroma dan keasliannya tak seperti rasa kalau dimasak dalam buluh.

Waktu raya ramai nadai pulai sebab covid 19, nadai sedih-sedih aok? Makanlah manok pansuh. Gayu guru gerai nyamai di ucapkan bagi yang menyambutnya.

Baca juga : Apa yang dimaksudkan dengan Gayu Guru Gerai Nyamai?

Malaysia negara bertuah penuh dengan kepelbagaian. 

Berjaku Iban sekali sekala kalau salah iboh marah saya mohon maaf :)

- Cikguzim

#manok #pansoh #bamboo #chicken #traditional #iban #dayak #recipe #sarawakian #cuisine #jungle #herbs #spices #hariraya #asia #malaysia

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. wah macam best..ada bunga kantan mesti wangi kan

    BalasPadam
  2. pernah makan ayam pandan yg dimasak dlm buluh semasa mengajar di Sabah dulu.

    BalasPadam
  3. pernah makan di Bau, sedap juga.

    BalasPadam
  4. Wow nampaknsedap.. mama xpenah Cuba ni

    BalasPadam
  5. Kalau masak dlm periuk boleh je nak tiru aroma buluh tu, bubuh sedikit serbuk green tea maka jadilah.

    BalasPadam