Putih atau biru diluar? Cara pakai topeng muka yang betul elak virus dan jerebu



Jerebu teruk kembali melanda negara pada tahun 2019. Ia bukan kali pertama dan ia semakin kerap berlaku. Pastikan anda menjaga kesihatan dengan pakai mask / topeng muka dengan betul.

Bukan sahaja jerebu tapi habuk, kuman, bakteria, virus dan lain-lain penyakit yang mudah bertebaran dalam udara amat membimbangkan. Terkini virus coronavirus dan influenza A pula menyerang.

Baca : Tanda dan simptom Virus Wuhan Coronavirus

Sila ambil langkah pencegahan dengan sentiasa memakai topeng muka bila travel terutama bila menaiki kapal terbang dan ketika berada di tempat awam...

Agaknya betul tak cara saya pakai topeng muka ni masa jerebu? Nak pakai putih diluar atau biru diluar? Waktu selsema dan batuk nak pakai topeng muka macam mana?

Kalau dilihat, face mask mempunyai dua warna yang berbeza di setiap belahnya. Kan? Di sini saya kongsikan cara pemakaian face mask yang betul. 


Beza pakai mask masa jerebu dan selsema? Ini cara pakai topeng ketika jerebu yang betul. 

-  Selsema. Bahagian berwarna putih patut menghadap muka kita dan bahagian berwarna lain menghadap luar. Ini kerana ia mengandungi tapisan untuk menapis mikroorganisma daripada tersebar kepada orang lain.

Bila kita pakai putih di dalam, waktu kita bersin bahagian putih akan menyerap dan menghalang virus tersebar ke udara.

- Cara pakai. Pegangan face mask dengan kemas dan tekan perlahan di bahagian hidung untuk memastikan ia berada di kedudukan selesa.



Jika dalam keadaan sihat? Nak halang debu, habuk, jerebu, virus?

- Semasa jerebu. Jika anda sihat atau tidak selsema, bahagian putih harus menghadap keluar untuk melindungi kita daripada mikroorganisma daripada tersebar kepada kita. Bahagian putih di luar akan berfungsi untuk menghalang.

Tapi timbul juga persoalan, adakah pakai topeng muka macam ni betul-betul dapat menghalang virus yang saiznya sangat-sangat kecil tu?? BACA NI..

KESIMPULAN: Ketika jerebu lebih baik pakai putih di luar dan biru di dalam. Nak pakai biru di luar? Pun boleh TAPI, ingat pesan doktor bahawa mask yg jenis ini ( seperti dlm gambar saya pakai) perlu dipakai dengan kemas iaitu bahagian tepi dan bawah ditekap kemas pada muka untuk menghalang dari debu menggangu pernafasan kita.

Betulkan sekiranya info pakai topeng muka ini sekiranya kurang tepat.

Topeng jenis ini perlu buang selepas digunakan  dan TAK BOLEH diguna semula.........

Sila jaga kesihatan diri ketika jerebu dan ketika berlaku penyebaran wabak dan virus. Begitu juga ketika dilanda demam, batuk atau selsema kerana virus zaman sekarang pelik-pelik dan mudah berjangkit secara global.

Baca : Cara Halang Virus Dengan Tingkatkan Imuniti Badan


Cara pakai topeng muka untuk cegah virus influenza. Bahagian berwarna di luar, putih di dalam.


.............


Ini pula info bahaya jerebu...

Info bahaya jerebu

Untuk kesan jangka pendek, jerebu boleh menyebabkan mata berair, hidung berair dan sakit tekak pada individu yang sihat.

Bagi individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru, partikel jerebu ini juga boleh mengundang risiko yang lebih bahaya kepada mereka.

Bukan itu sahaja, kesan asap jerebu ini juga boleh mendatangkan kesan sakit kepala, pening, keletihan atau tekanan selain fungsi paru-paru merosot, menyekat saluran pernafasan, sakit dada, sesak nafas dan radang paru-paru.

Manakala kesan jangka panjang pula, ia akan mempercepatkan proses penebalan arteri berbanding orang lain. Selain itu menjadi punca penyakit vascular, meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan mengurangkan jangka hayat dari tempoh beberapa bulan ke beberapa tahun.

Malah ia juga boleh menyumbang kepada penyakit kencing manis dan keguguran serta-merta, berat bayi di bawah kadar biasa dan kecacatan ketika kelahiran bayi atau kematian bayi.

Bukan orang je kena pakai, meow pun boleh terdedah kepada debu habuk, virus. Kena pakai mask juga...

Baca juga : Doa Untuk Dijauhkan Dari Virus

Jangan ambil mudah, sentiasa pantau ipu dan hadkan aktiviti luar. Pakai topeng muka dengan cara yang betul.

Putih atau biru diluar? Cara pakai topeng muka yang betul elak virus dan jerebu Putih atau biru diluar? Cara pakai topeng muka yang betul elak virus dan jerebu Reviewed by cikguzim on 17.9.19 Rating: 5

8 ulasan:

  1. tapi masa jerebu, bukan ke kita tak nak pencemaran dari jerebu tu masuk ke dalam badan kita ek?

    BalasPadam
  2. Confuse sikit info cikgu ni.
    Dah betul dah part yang ketika kita sihat (macam jerebu sekarang ni) part putih kat luar tapi kesimpulan tu yang buat jadi keliru tiiberrr.... biru kat luar bukankah yang betulnya putih kat luar heheheee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sihat atau tak sihat, bhg putih(Dalam) bhg wrna (hijau, biru dll).. (LUAR)

      Padam
  3. tapi topeng yg di galakkan musim jerebu ni N95 , kalau guna yg ini sesuai untuk kegunaan yan tak lama.

    mula-mula info tu betul tapi yg cikgu tulisan last tu macam keliru je tuh...

    BalasPadam
  4. Haha memang selalu confuse pun pasal mask ni. Kak Feni selalu tengok jahitan dia. Kalau macam yang berjahit tu kat dalam, makanya yang tu lah untuk belah dalam. Yang cantik tu belah luar.

    BalasPadam
  5. Terima kasih, td dh buat pembetulan hehe...jg kesihatan byk2 semua

    BalasPadam
  6. sama-sama la kita jaga kesihatan di musim jerebu ni :-)

    BalasPadam
  7. setahu saya sihat ke tak sihat pakai warna hijau kat luar

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.