Dr Noor Hisham the best in handling Covid 19

HOW TO BE GOOD LEADER...

Kepimpinan melalui teladan dan bukan untuk kepentingan persendirian.

Masa sesi sidang media KKM tadi, ada satu soalan daripada media Harian Metro berbunyi lebih kurang..


“Apa signifikan kepada Datuk dan KKM atas pengiktirafan sebagai 3 pengarah kesihatan terbaik dunia?”

Nak tahu apa jawapan beliau?

Sungguh humble dan down to the earth. Saya dengar pun rasa terharu. Dia jawab (lebih kurang),

“Sebenarnya pengiktirafan ini bukan untuk saya, tetapi lebih kepada NEGARA. Kami di KKM bergerak sebagai satu pasukan. Dan kami di KKM hanyalah memberikan nasihat sahaja, tetapi yang membuat keputusan dan melaksanakan adalah YAB Perdana Menteri Malaysia.”

Dan ayat seterusnya lebih kepada beliau memuji barisan keselamatan merangkumi polis dan tentera, semua pegawai kesihatan, barisan kementerian yang memberikan kerjasama dan rakyat Malaysia.

Dia LANGSUNG TAK ambil sebarang kredit di atas pengiktirafan ini. Dia lebih sandarkan pengiktirafan itu kepada rakyat, barisan hadapan, semua kementerian khususnya KKM, Perdana Menteri dan negara.

Allahu Akhbar.

Such a humble person. Di saat dia boleh mengangkat dirinya setinggi mungkin, namun dia tetap memilih untuk mengangkat orang dan pihak lain khususnya negara.

Moga kita dapat mencontohi peribadinya yang penuh rendah diri. Terima kasih KKM, bukan setakat menyelamatkan kami, bahkan mengajarkan kami untuk merendah diri.

Anda sempat dengar?

Kalau tak, pergilah dengar kejap. Kalau nak skip kepada sesi soal jawab pun okay je. Cari soalan daripada wartawan lelaki Harian Metro yang bertanya soalan dalam bahasa Melayu.

Hayati kata-kata DG KKM kita, Datuk Noorhisham Abdullah.

Credit : Tarbiah Sentap

Proud to be Malaysian. We will win war in Covid 19. We want our normal life.

#stayathome #covid19 #sharingiscaring
#beagoodleader #team #career #prubsn
#prubsntakaful #dreamteam

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. always look forward bila dia kat sidang media..the way he noted dengar org soalan tu mmg cukup dia menampakkan sisi dia menghadam soalan dan soalan dijawab dengan tenang

    BalasPadam
  2. assalammualaikum cik zim

    ada juga dgr berita ni.depa umum dr noor hisham ni antra dr terbaik dlm handle kes virus covid 19. tgokla kes kat msia skrg dah makin surut. Alhamdulillah. InsyaAllah mslh virus ni akan selesai bila tiba waktu nya =)

    tq sudi singgh n follow blog yaya. done jadi follower cikgu zim jg heeee ^,^

    BalasPadam
  3. Baguskan beliau. Semoga lebih ramai pemimpin Malaysia yang macam beliau.

    BalasPadam
  4. Tahniah! Sangat humble, bijak dan tenang orangnya.

    BalasPadam