Gunung Berapi Ruang Meletus Jauh Dari Malaysia Kenapa Penerbangan Batal
Baru minggu lepas menaiki pesawat KL ke Kuching Sarawak. Harini mendengar berita dia fb tentang penerbangan batal kerana letusan gunung berapi di Indonesia..jauh tapi....jom baca penjelasan di bawah ini..
Kredit kepada penulis diambil dari FB...
Mungkin ramai yang tertanya: Gunung Ruang tu jauh dari Borneo. Langit pun nampak clear. Asal cancel flight.
Then tuan/puan kena kembali ke insiden 24 Jun 1982 di mana British Airways dgn nombor penerbangan BA009 dari LHR ke AKL mengalami nasib yang dikenali PELUANG KEDUA untuk teruskan kehidupan.
Pesawat Boeing 747-236B mengalami insiden yang amat menarik perhatian dunia ketika tu kerana ianya dikaitkan dengan insiden letusan Gunung Berapi Galunggung, 110 batu dari Tenggara Jakarta. Berikut merupakan Kronologi masa:
20:40 (waktu CGK): Insiden skrin pesawat umpama mcm api-api St Elmo. Semakan radar ketika tu Cuaca normal dan clear. Tak lama kemudian asap mula masuk ke cabin dan ada bau sulfur. Penumpang pula perasaan enjin pesawat ketika tu ada kesan biru terang yang bercahaya menerangi cabin menerusi turbin enjin yang menghasilkan kesan stroboskopik. (Tgk gambar).
20:42: Enjin no 4 pesawat terhenti. Krew kopit cepat2 restart semula enjin.
20:43: Enjin No 2 terhenti. Kursng dari beberapa saat, Enjin no 1 n 3 terhenti. Keempat-enpat enjin pesawat terhenti. Untuk info, Boeing 747-236 ketika tu ada 4 enjin dan ianya mmg direka khas dapat terbang walaupun dengan hanya 1 enjin yang beroperasi. Namun, insiden ni keempat-empat enjin hilang kuasa. Pesawat mula turun perlahan. Reka bentuk pesawat juga membolehkan pesawat utk turun dengan nisbah 15:1!(bergerak 15km dalam 1km ianya turun)
20:44: Mayday!!! Pesawat dalam keadaan terus jatuh menurun ke arah laut.
20:56: dalam tempoh jatuh tu, krew dalam usaha utk restart semula enjin. Tiba enjin no 4 kembali operasi. Tak lama kemudian enjin no 3, 2 dan 1 secara ajaib kembali beroperasi. Lega dengan kesemua enjin kembali operasi, mereka pun naikkkan semula ketinggian pesawat. Namun, apabila mereka naik semula ke ketinggian 30,000++kaki, Kesan St Emo tu kembali menghantam skrin pesawat. Tetiba, enjin no 2 terhenti lagi. Krew umpama faham apa yang berlaku terus turuunkan pesawat ke ketinggian 12.000 kaki
Dalam mendarat kecemasan, krew dapati skrin mereka sgt blur. Fikir kesan st elmo mereka cuba guna wiper tapi tak berjaya walaupun cuaca di Lapangan terbang Halim Perdanakusuma cerah dan clear. Dan pesawat mendarat dengan selamat bersama 263 krew dan penumpang.
Namun, apabila siasstan dilakukan, kesan kesemua ini adalah disebabkan punca asap letupan gunung berapi tersebut. Kesan tersebut menyebabkan kesan calar teruk kepada badan pesawat dan malahan lumpur, batu dijumpai dalam turbin enjin. Ini syukur kecekapan krew berjaya mendaratkan pesawat. Bayangkan diri anda sekarang. Sanggupkah anda nak terbang ke dalam kepulan awan atau ruang udara yang nampak clear tetapi bahaya ketika ini?
Bersyukurlah dengan hikmahnya. Ini diluar jangkaan operasi. Demi keselamatan penumpang.
Penulis..
Gambar Kredit: Smithsonian Channel Aviation
Catat Ulasan
3 Ulasan
Linda pernah tgok pasal nie.. Dulu2 dekat astro chanel yang ilmiah2 nie ad tayang... Dalam slot "air crash investigation" tak silap... Memang suka tgok tu...
BalasPadamPernah juga baca..elok la dibatalkan dari menempuh apa2 kejadian yang x diingini kan cikgu...
BalasPadamkesian kpd semua penumpang yg terkandas. tp kena terima hakikat lah ye..demi keselamatan semua...
BalasPadam