Kepada semua masyarakat Sabah, di ucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan ataupun maksudnya Selamat menyambut Pesta Kaamatan.
Semoga tahun ini membawa kesihatan terbaik dan keberkatan untuk kita semua.
Ucapan Hari Kaamatan
Sama seperti hari raya Aidilfitri dan Gawai, Pesta Kaamatan tahun 2020 ni memang disambut berbeza dek kerana Covid 19 namun boleh lagi disambut meriah di rumah masing-masing.
Sebut pasal Sabah ni teringat dengan kawan-kawan Sabah masa belajar di Uia dulu. Urang Sabah ni memang baik dan rajin serta ramah. Hensem dan cantik pula tu patut la ada gelaran diberikan kepada perempuan cantik Sabah iaitu sumandak hehe..
Sabah ok bah! Pernah beberapa kali jalan ke Sabah dan tempatnya memang cantikk banget dengan pantai dan Gunung Kinabalu nya yang ..oh...damai sungguh melihatnya..
Sebut pasal Kaamatan teringat negeri Sabah dan automatik teringat Gunung Kinabalu yang serba indah itu. Pic credit to Nelson.
Sedikit sejarah dan maksud Pesta Kaamatan...
Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telaah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi.
(Sumber : sabah.edu.my)
Asal Usul Magavau...
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
Pesta Kaamatan in English meaning...
Pesta Kaamatan is a harvest festival celebrated annually in the state of Sabah in Malaysia. It is celebrated by the ethnic Kadazan-Dusuns as well as other ethnic groups in the State. The festival is celebrated to honour the commitment shown by their God, Kinoinga who gave them the gift of Rice, their staple diet. According to the Kadazan-Dusun’s legend, Kinoinga sacrificed his only daughter, Huminodu and sowed her body as parts of seeds, which later grew to become paddy (rice).
During Pesta Kaamatan, various ceremonies are conducted as attribute to Bambaazon, the spirit of their God, Kinoinga’s daughter, Huminodu. During the Pesta Keaamatan, the Magavau ritual is conducted to invite the spirit of Bambaazon to the Festival. The Magavau ritual is performed only by the Bobohizans (high priestess) to search and salvage the lost Bambaazon who has been separated from the main mystical body. It is believed that without the spirit of Bambaazon, the festival cannot proceed.
Jom layan lagu berkaitan Sabah ni, sedap juga lagu ni bila didengar liriknya rasa nak jalan ke Sabah lagi je..
Tajuk : Sayang Kinabalu
Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru-Biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh hati saya rindu
Kinabalu dekat di Kundasang
Banyak sayur bule pilih-pilih
Apa guna pergi luar negeri
Naik kinabalu hati saya rindu
Sumandak-sumandak pun ramai menunggu
Menari-nari lenggang Sumayau
Sekali melihat melepak kulitnya
Saya jatuh cinta
Sayang-Sayang saya Kinabalu
Keamatan pesta bulan lima
Sayang-Sayang kita pergi tamu
Jalan tamparuli hati saya rindu
Kinabalu dekat di Kundasang
Banyak sayur bule pilih-pilih
Apa guna pergi luar negeri
Naik Kinabalu hati saya rindu
.............................
Ponsikou...
Ponsikou maksudnya terima kasih. Sabah ok bah! Selamat Hari Kaamatan.
Catat Ulasan
3 Ulasan
Suka dengar lagu Kinabalu ni.. terbayang² tarian diorang tu. Selamat menyambut Pesta Kaamatan buat warga Sabah semuanya
BalasPadamSelamat menyambut Pesta Kaamatan
BalasPadamPa dai rupanya ckp sabah..hihhi..btw lagu tu sedap, selalu jugk cr kt utube, dengar
BalasPadam