Apa itu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)?

Sebagai seorang ibu bapa dan penjaga, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan PBD? Tahukah anda ia adalah sesuatu yang penting dalam pendidikan . PBD terbahagi kepada beberapa tahap dan sudah pastilah murid perlu mendapat tahap yang tinggi dan baik iaitu sekurangnya tahap 3 ke atas.

Ini adalah penerangan ringkas tentang apa itu PBD atau Pentaksiran Bilik Darjah serta cara dan bagaimana ia dilaksanakan di sekolah.


Apa itu PBD?

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diperiksa dan dilapor oleh guru sekolah. 


Bagaimana PBD dilaksanakan

Ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan bagi mengenalpasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan. 


Bila PBD direkodkan

Sebelum ini PBD dinilai dan direkod 2 kali setahun tetapi kini PBD dinilai & direkodkan sebanyak 3 kali setahun iaitu April, Ogos dan November  untuk semua matapelajaran dari Tahun 1 - Tahun 6


Mengapa PBD penting?

PBD dapat membantu guru dalam: 

-Mengesan perkembangan murid 

-Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid

-Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran

-Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta


Apa yang direkod dalam PBD?

PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

Pemerhatian, penulisan, lisan dan melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran.

Berapakah tahap penguasaan PBD?

Tahap penguasaan dinilai dari 6 tahap iaitu:

1. Tahu

2. Tahu dan faham

3. Tahu, faham, boleh buat

4. Tahu, faham, boleh buat dengan beradab

5. Tahu, faham, boleh buat dengan beradab terpuji

6. Tahu, faham, boleh buat dengan beradab mithali

# Adalah sangat PENTING untuk murid terus aktif & responsif dalam PDPR/PDP untuk mendapatkan tahap yang baik iaitu melebihi dari Tahap 3 PBD.

Diharapkan perkongsian ini membantu memberi pemahaman kepada murid & ibu bapa/penjaga tentang maksud dan kepentingan PBD.  

Catat Ulasan

1 Ulasan