Pantang larang bermain di pantai

 ðŸŒŠ PANTANG LARANG TEPI PANTAI hati² jika tersilap boleh meragut nyawa. 

Sekarang ni musim hujan kan..Mesti ada yang masih suka buat aktiviti pantai. Tapi kena harus berhati-hati. Awas dengan cuaca dan juga keadaan. Baru-baru ni di Langkawi ada kes obor-obor mnyengat budak sampai mati tu.

Kena sentiasa berjaga dan beringat masa di pantai.

⚠️ 1. Jangan mandi laut masa air pasang.

Nampak tenang tapi arus bawah dia kuat. Ramai orang hilang sebab kaki ditarik arus yang tak nampak.

Benda ni bukan mistik… memang wujud.

⚠️ 2. Jangan pergi tempat berbatu atau kawasan terpencil.Tempat macam tu licin, senang tergelincir. Bila jatuh, ombak boleh tarik tanpa orang sedar.

Sebab tu ramai orang “tiba-tiba” hilang di spot sunyi.

⚠️ 3. Jangan turun laut waktu malam.Air gelap, tak nampak dasar, tak nampak obor-obor, tak nampak lubang pasir.Dan malam memang sunyi… bunyi ombak boleh buat kita rasa macam ada benda ikut.

⚠️ 4. Jangan kutip benda pelik yang terdampar

Kadang tu bukan “mistik”, tapi hidupan laut beracun, telur obor-obor, atau bangkai kecil yang boleh beri penyakit.Tapi vibe dia tetap seram bila jumpa benda tak dikenali.

⚠️ 5. Jangan duduk terlalu dekat dengan ombak

Ombak “surprise wave” memang wujud. Tengah duduk elok, tiba-tiba datang satu besar tarik beg, slipper, atau orang kecil.Tak payah hantu… ombak pun cukup.

⚠️ 6. Jangan lari-lari atas pasir yang lembik

Ada tempat pasir “tenggelam” sebab arus bawah buat rongga. Tak dalam sangat, tapi cukup untuk buat panik.

Masa rasa kaki tenggelam tu memang meremang.

⚠️ 7. Jangan tinggalkan anak kecil jauh dari pengawasanBudak suka kejar ombak… tapi ombak tak pernah kejar balik. Kadang² ombak besar muncul tanpa tanda.

Catat Ulasan

0 Ulasan