Doa untuk anak anak hadapi peperiksaan SPM, STPM, STAM, UPKK

DOA UNTUK ANAK-ANAK KITA YANG AKAN MENDUDUKI *PEPERIKSAAN SPM,STAM&STPM

بسم الله الرحمن الرحيم

YA ALLAH. 

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan betul.

YA ALLAH. 

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.


YA ALLAH. 

Mudahkan anak kami menjawab peperiksaan dan berikanlah dia keputusan cemerlang  SUPAYA KELAK DIA  BOLEH BERBAKTI PADA AGAMA-MU.


Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang Ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.


YA ALLAH. 

Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.


YA ALLAH. 

Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang beriman dan bertakwa.


YA ALLAH. 

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja , tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat2 kami Ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.


Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Didoakan agar anak sahabat-sahabat dan saudara-mara yang akan menduduki peperiksaan SPM/ STAM/ STPM /UPKK tahun ini dapat menjawab soalan dengan sempurna dan betul. Seterusnya akan mendapat keputusan yang baik dan cemerlang....Aamiin.

Catat Ulasan

0 Ulasan