Penyakit netizen kita kadang lebih bahaya dari virus dan wabak! Apa tidaknya mudah sangat percaya dan menyebar berita palsu. Lebih bahaya lagi orang yang memulakan dan mencipta berita palsu tu.
Sejak virus Wuhan ni tersebar, newsfeed fb memang meriah dengan berbagai berita yang lebih cepat keluar berbanding dari laman web berita itu sendiri, kemudian ramailah pula yang share.....
Awas, sebar berita palsu anda boleh dijejaki dengan mudah dan boleh dipenjara 2 tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan. Setakat ini dah 4 orang invividu disiasat. Itulah, nak trafik dan jadi orang pertama sebar berita punya pasal tak pasal kena tangkap.
Berita tv1 petang tadi
Antara berita palsu yang tersebar sempena tersebarnya virus koronavirus ni ;
Viral limau mandarin ada mengandungi virus, ramai pelancong China mendarat di Langkawi mencari perlindungan, ada pesakit koronavirus mati dalam bas di Johor, jumlah kematian setakat ini di China dah lebih 1000, beli barang dari Shopee dan Lazada dari China ada virus melekat pada barang dan macam-macam lagi. Ini semua berita yang palsu dan tidak sahih sumbernya.......
Polis dah bagi warning, banyak berita palsu dicipta netizen sempena virus kali ini
Bayangkan ketika kita sedang risau dan sedih pasal virus ni ada yang memburukkan lagi keadaan dengan sebar berita palsu. Sebaliknya ambillah langkah untuk menyebarkan berita yang menyenangkan hati seperti tips dan kaedah pencegahan virus ke ,cara pakai topeng yang betul ke macam pos saya ni
CARA PAKAI TOPENG MUKA DENGAN BETUL. Baru ada faedah dalam keadaan sekarang ni. (Tak sangka pula entri pasal pakai topeng muka ni meletup-letup bawa belasan ribu pageview sehari, alhamdulillah dapat membantu netizen)
Sekarang ni ni virus sedang tersebar, kita kena tahu sebanyaknya cara untuk elak penularan wabak, dan elak share berita palsu. Let the pihak berwajib seperti kementerian do their job.
Yang sedihnya yang jadi ejen untuk share pula berita yang meragukan ni saya lihat di fb terdiri dari orang cerdik pandai dan profesional seperti akademician, orang media, orang tua tak payah cerita lah main share saja berita di fb dan group wassap. Heh! Rimas kadang tu......
Jadilah netizen yang bijak, baca, hadamkan dulu, cek sumber lain, baru share..Tapi itulah masalah orang kita, bukan nak cek sumber lain dulu....erm...
Catat Ulasan
6 Ulasan
Hmm.. cukup sekadar jadi bahan bacaan kita-kita ajelah kot. Tapi itulah kita ni banyak guna logik akal 😅😅 itu yang ramai ter share kot
BalasPadamnetizen ramai nk jadi pakar tak bertauliah hee
Padamdunia maya sekarang ni kena jadi bijak dulu sebelum duk sebar. Kadang-kadang jadi lemas dengan forward2 mesej macam ni dalam group2 whatsapp serta socmed kan.
BalasPadamBerita palsu boleh menyebabkan kegusaran orang ramai.
BalasPadamPeliknya ramai yang percaya dan share
Akak ada dapat dalam grup whatsapps famil besar yang ada makcik pakcik akak dalam tu, ramai la yang dok share berita palsu pasal jangan makan limau mandarin, kalau dapat buang je. Mana yang kata sampai beribu dah mati dan macam-macam lagi, yang boleh buat orang lain panik. Lagi-lagi orang tua di kampung yang tak paham sangat
BalasPadamitu lah baiknya klik dengan bijak dan rajin membaca kan :D
BalasPadam