Cara jimatkan tenaga elektrik untuk aircond

Masuk pertengahan tahun ni memang cuacanya panas sangat, pasang kipas pun terasa angin panas. So memang terpaksalah pasang aircond di rumah ni baru sejuk sikit. Dah dekat setahun pasang aircond di rumah, baru rasa selesa sikit dengan cuaca panas di Malaysia ni yang memang boleh tahan panasnya.

Ada yang tanya, berbaloi ke tak pasang aircond?? 

Malaysia ini cuacanya panas mula dari hujung Januari (November, Disember, awal Januari adalah musim banjir)...Start dari Februari sampai laa Oktober memang panas. Kemuncak panas tu start dari bulan puasa sampai la Oktober, mana tahan kan? 

So memang wajib la kena ada aircond untuk kehidupan yang lebih selesa ni.


Bila dah pasang aircond ni bil elektrik  mesti lah naik sikit berbanding biasa tapi ada caranya untuk jimatkan aircond sebenarnya. Tambah lagi kita masih dalam musim PKP stay at home sepanjang masa lagi keraplah guna aircond kan. Saya ambil info dari beberapa artikel di google cara untuk jimat aircond.


Apa Jenama Aircond Yang Bagus?

Soalan ni subjektif sebenarnya, kebanyakan aircond yang ada dan berjenama semuanya bagus depend pada cara kita guna dan jaga. Saya pakai jenama aircond Hisense, jarang dengar nama ni tapi aircondnya bagus juga cuma bunyi di luar macam kuat sikit tapi tak la mengganggu sangat.


Jenama aircond lain yang bagus seperti Panasonic, York, Daikin, Sharp, Electrolux, Midea, Haier pun jenama aircond yang boleh dipercayai. Yang lain-lain jenama yang tak pernah dengar tu saya tak pasti la pula.

Tips Beli Aircond Berdasarkan HP dan Saiz Ruang

Beli Aircond pada HP yang mencukupi. Lebihkan sikit HP tu. Cara kiraan dia (luas ‘kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12’x10’. ((12’x10’) x 60) / 9000 = 0.8hp. Ada juga yang mengatakan aircond 0.5HP dah cukup bagi bilik yang kecil. Tapi sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Tapi kalau 2.0HP dah over power. Tujuan dia ialah untuk mengurangkan pergerakan compressor. Makin banyak Compressor bergerak, makin tinggi elektrik yang di gunakan. So, kalau kita nak Compressor tu cut off dan turn on pada interval yang agak panjang agar dapat menjimatkan elektrik.


Nak Beli Aircond Inverter ke Non-inverter?

Untuk jimat tenaga, gunakan aircond yang ada teknologi inverter. Inverter ini bertujuan untuk menstabilkan penggunaan motor atau Compressor. Apabila elektrik berada pada tahap Compressor yang lebih stabil, so kita dapat menimatkan penggunaan tenaga elektrik. Ia juga berkaitan dengan graf electricity comsumption. 

Perbandingan aircond inverter dan non inverter

Bagi yang menggunakan aircond jenis inverter tidak perlu on aircond pada kekerapan yang tinggi. Ini kerana Inverter hanya akan fully functional lepas suatu tempoh yang panjang. Normally lepas 4 jam. Inverter lebih baik guna untuk jangka masa panjang, ia pelaburan yang berbaloi. Tapi saya pakai non-inverter hahhaha.


Ketahui Fungsi Pada Remote Aircond

Fungsi yang paling penting sudah tentu butang ON/OFF. Jika alat kawalan jauh tersebut tidak mempunyai fungsi ini, anda terpaksa menggunakan tangga untuk panjat dan tekan butang ON/OFF secara manual pada unit dalam penyaman udara tersebut (dan sesetengah jenama penyaman udara tidak mempunyai butang manual ini!).

Kini terdapat terlalu banyak jenama dan versi penyaman udara yang sentiasa diperbaharui dengan pelbagai jenis fungsi baru. Tetapi secara asasnya, ini adalah senarai ringkas fungsi pada alat kawalan jauh yang perlu anda ketahui:

Kawalan Suhu (Temperature setting)
Fungsi ini digunakan untuk set suhu yang sesuai. Suhu yang paling rendah ialah 16°c dan paling tinggi  30°c.

Kelajuan Kipas (Fan speed)
Tentukan kelajuan kipas sama ada perlahan, sederhana, laju atau automatik, bergantung kepada suhu bilik serta suhu yang telah disetkan pada penyaman udara tersebut.

Pemasa (Timer) ON/OFF
Setkan waktu penyaman udara tersebut untuk ON atau OFF secara automatik. Fungsi ini amat berguna jika anda mahu pulang ke rumah yang nyaman setelah terperangkap dalam kesesakan lalulintas selama dua jam!

Mod Tidur (Sleep mode)
Tukar ke mod ini sebelum anda tidur dan penyaman udara itu akan ON dan OFF secara automatik apabila ruang tersebut sudah mencapai suhu yang dikehendaki.

Cara Setkan Aircond Untuk Jimat Tenaga Elektrik

Setkan Aircond pada cara yang betul. Kebiasaanya, cara ini majoritinya ramai menggunakan dengan tidak berhemah. Selalunya para pengguna akan set pada satu suhu sahaja sehingga ke pagi baru off. Idea yang terbaik apabila sampai di rumah, buka Aircond pada suhu terendah iaitu 16 deg dan kipas yang paling kuat dan biarkan bilik itu selama lebih kurang 30 minit ke 45 minit. 

Lepas tu setkan Aircond pada suhu 26 deg atau 25deg. Ini ialah suhu sesuai untuk tidur. Kipas pula setkan separuh. Bila kita gunakan Aircond, part paling banyak guna elektrik ialah bila baru on. So, Compressor akan guna banyak tenaga untuk mula bergerak. Macam kayuh basikal, start kayuh kan banyak guna tenaga tapi lama-lama dah boleh maintain. So, kalau kita setkan Aircond tu pada setting yang sama je sampai ke pagi, Compressor akan kerja lebih dan menyebabkan bil elektrik melambung.


Jimatkan Penggunaan Elektrik Dengan DRY Mode

Haa artikel ni banyak dikongsi di FB, memang betul. Banyak jenama penghawa dingin di pasaran, setiap satunya mungkin menggunakan teknologi berbeza atau mod lain bagi setiap model dan unit. Dalam kes ini, kita terangkan dua mod paling popular untuk jimatkan elektrik aircond – COOL dan DRY.

Ketahui simbol dan fungsi dalam remote aircond

Mod Cool bisanya dipersembahkan dengan ikon emping salji, manakala mod Dry ditunjukkan dengan dengan ikon titisan air.

Dengan menggunakan mod Dry, ia membantu kita menjimatkan elektrik sehingga 30%! Ini berlaku kerana unit kipas berpusing dengan lebih perlahan, namun lebih penting lagi, unit pemampat berjalan dengan kurang kerap berbanding mod Cool.

Tip: Periksa penghawa dingin anda selalu supaya ia boleh berjalan dengan efisien, lantas menjimatkan tenaga. Rujuk manual penghawa dingin anda untuk maklumat lanjut. Jika anda tidak memiliki penghawa dingin yang mempunyai fungsi ini, mungkin anda patut mula mempertimbangkan penghawa dingin yang yang baru. Cuba Daikin! Jenama inovatif ini mempunyai pelbagai produk dan perkhidmatan yang komprehensif untuk memenuhi keperluan khusus anda. 

Bukan sahaja anda dapat menukar suhu, tetapi ia juga menawarkan fungsi pelembapan/nyahlembapan, pembersihan udara, dan pembersihan penapis automatik. Tambahan pula, dengan ciri pegesanan manusia ('human detection'), anda akan dapat berjimat dengan lebih banyak lagi.

Kelembapan? Bagaimana Pula Ia Membantu Kita Merasa Lebih Sejuk?

Antara faktor paling penting yang mempengaruhi suhu yang anda rasai adalah kelembapan. Ini kerana, semakin rendah kelembapan, badan kita berasa lebih sejuk daripada suhu sebenar.

Contohnya, jika udara mengandungi 100% kelembapan relatif, peluh daripada badan kita tidak mampu untuk mengewap ke udara, jadi menjadikan kita berasa lebih panas daripada suhu sebenar. Sebaliknya dengan kelembapan rendah, udara kering membantu kita menghilangkan peluh dengan lebih mudah, jadi kita berasa lebih dingin berbanding suhu sebenar.

Tujuan utama mod Dry adalah untuk menurunkan kelembapan relatif ke tahap yang selesa antara 40% hingga 60%. Sebagai contoh, apabila menggunakan mod Dry dalam penghawa dingin pada suhu 25°C, ia menjadikan suhu berasa seperti 23°C atau 22°C dengan kelembapan relatif 60%.

Tip: Jika anda fikir dengan menetapkan penghawa dingin kepada suhu paling rendah supaya ia akan menyejukkan bilik dengan lebih pantas, ini sebenarnya tidak benar buat unit yang tidak datang dengan fungsi inverter. Pemampatnya berfungsi dengan dipasang ataupun tidak, bukannya dengan lebih kuat ataupun lebih lemah. Oleh itu, tetapan paling rendah hanyalah untuk mengarahkan pemampat dipasang sehingga suhu turun. Apabila tujuan tersebut berjaya, pemampat tersebut dipadamkan dan proses berulang semula.


Apakah Perbezaan Di Antara Mod Dry Dan Cool?

Jadi bagaimana mod Dry berfungsi berbanding mod Cool? Di sini saya beri penerangan ringkas jika kita menetapkan suhu termostat kepada 25 °C.


Mod Dry

- Unit dipasangkan. Kelembapan yang disasarkan adalah antara 40% hingga 60% untuk mencapai 25 °C
- Kipas pemampat terpasang, kelembapan turun kepada 60% dan udara bertukar kepada air
- Suhu 25 °C tercapai, KEDUA-DUA kipas dan pemampat dipadamkan.
- Bila suhu meningkat, proses ini berulang

Mod Cool

- Unit dipasangkan. Suhu sasaran adalah 25 °C
- Pemampat dan kipas terpasang untuk mencapai 25 °C
- Suhu sasaran tercapai, HANYA pemampat dipadamkan
- Bila suhu meningkat, proses ini berulang

Walaupun kedua-dua contoh ini nampak sama, pemampat sebenarnya kurang berjalan ketika ditetapkan kepada mod Dry berbanding mod Cool.

Dalam penghawa dingin, pemampat adalah unit yang menggunakan paling banyak elektrik, dan jika pemampat kurang berjalan, ini dapat mengurangkan penggunaan elektrik, lantas menjimatkan wang anda dalam membayar bil.

Kaedah di atas boleh dilakukan ke atas kedua-dua unit dengan inverter dan dengan unit tanpa inverter, bergantung kepada model. Walaupun unit dengan inverter mengatakan yang ia menjimatkan elektrik (antara 30% hingga 50%), harga unit dengan inverter adalah lebih mahal daripada unit tanpa inverter. Ianya hanya berbaloi jika anda ingin memasangnya lebih lama - lebih kurang 5 ke 10 jam setiap hari.


Ada Cara Lain Untuk Menjimatkan Elektrik?

Jika anda ingin menjimatkan lebih banyak elektrik sewaktu menggunakan penghawa dingin, pilihan terbaik adalah menetapkan suhu yang membuatkan anda rasa selesa.

Menurut pakar, 25 °C adalah nombor yang paling ideal, tapi jika anda fikir yang anda rasa selesa dengan 28°C, ianya mungkin lebih baik kerana ia menggunakan kurang tenaga elektrik, sekaligus menjimatkan wang dalam membayar bil.

Tip: Jika anda menetapkan suhu lebih sejuk daripada 25°C, lebih banyak elektrik akan digunakan dan pemampat akan berjalan lebih lama untuk menurunkan suhu. Anda mungkin boleh kurangkan pakaian yang anda pakai sewaktu tidur untuk menyejukkan badan.


Cara Jaga Aircond Elak Rosak

Jangan terlalu kerap selalu on dan off. Ini biasa berlaku bila tidur. Agak sejuk je, off terus Aircond. Bila rasa panas on balik. Ingat ye Aircond banyak guna elektrik masa kita baru on. So kalau dah kerap on off, banyak la elektrik yang kita guna. So jangan off tukar mode kipas saja, kemudian baru mode sejuk. Aircond cepat rosak kalau dalam 1 hari kita selalu on dan off  beberapa kali.


Berapa Lama Nak Servis Aircond??

Di pejabat isteri saya, aircond servis setiap 2 ke 3 bulan sekali. Kerapnya. Kenapa? Sebab memang aircond di pejabat biasanya terpasang sepanjang hari. So memang kerap la servis. Kalau kita di rumah, waktu ada di rumah saja pasang dan kalau jarang pasang sepanjang hari selama seminggu tu service Aircond setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali je dah cukup. 

Kalau ada duit lebih tak pe je kerap servis aircond

Paling limit pun setahun sekali. Aircond yang tidak di servis akan membuatkan Aircond tu dah tak berapa nak sejuk. Bila rasa aircond dah kurang sejuk tak macam biasa baru la panggil orang servis, boleh buat servis indoor dan outdoor unit. Harga servis aircond pun depend juga dalam rm50 ke rm150.

Anda juga boleh buat servis sendiri jika pandai. Atleast boleh cuci airfilter aircond sendiri. Caranya mudah saja untuk cuci filter aircond.

Lihat video ini cara cuci filter aircond. Filter ini cepat berhabuk, bila berhabuk ia menyebabkan airflow aircond jadi slow:

 
Cara cuci filter aircond yang semudah ABC

Servis berkala akan dapat meningkatkan kadar kecekapan (efficiency) penyaman udara. Menurut pakar, setiap tahun kadar kecapan penyaman udara akan turun 5% jika tidak diservis. Jika penyaman udara itu tidak diservis selama tiga tahun, kadar kecekapannya akan turun 15% dan seterusnya akan memberi kesan pada prestasi dan jangka hayatnya.

Lihat video ini juga tips ringkas dan mudah untuk jimat elektrik untuk aircond.


Selain itu servis berkala juga akan memastikan penyaman udara itu sentiasa berada dalam keadaan balik. Sebarang kerosakan kecil boleh dibaiki dengan segera sebelum menjadi lebih teruk dan lebih mahal untuk dibaiki. Menurut kajian, servis berkala dapat memastikan penyaman udara tersebut berada pada kadar kecekapan 95% seperti asal dan membantu untuk menyahlembapkan (dehumidify) rumah anda.

Cara Bersihkan Aircond Hanya Guna Remote:

Tahukah anda, kita sebenarnya boleh membersihkan aircond hanya menggunakan setting pada remote aircond sahaja.

Iaitu setting pada fan mode selama 15 minit sebelum tutup aircond.

Lihat tutorial ringkas pada video ini cara untuk cuci dan bersihakan aircond supaya tahan lama dan SUBSCRIBE youtube channel saya ini untuk info-info berguna:


Anda boleh dapatkan banyak info DIY lagi dari youtube channel saya. Terima kasih kerana membaca.


Cara paling jimat dan senang sekali untuk aircond adalah anda off saja aircond confirm jimat elektrik. Heheheh

Catat Ulasan

45 Ulasan

  1. guna daikin salah satu di rumah. terima kasih atas perkongsian. boleh cuba lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tu jenama daikin ramai juga sy dengar orang pakai daikin

      Padam
    2. Cikgu nak tanya.. Kenapa blower atau kipas aircond yg bahagian dalam rumah bila saya pakai mode cool or dry dia punya blower/kipas auto on off.. Padahal aircond saya baru 3 4 bulan pakai..

      Padam
    3. Assalamualaikum cikgu.. Saya nak tanya pasal aircond sy bru pakai dlm 3 4 bulan.. Masalah skrg bila pakai MODE COOL OR DRY dia punya kipas/blower auto on off.. Padahal kt remote kipas sy bukak paling kuat.. Boleh tunjuk ajar.. Tq

      Padam
  2. rumah saya pun baru pasang haritu sebab panas. elok dah pasang, seminggu asyik hujan je hahah. perkongsian menarik boleh praktik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuaca malaysia ni memang panas tak rugi pasang aircond :)

      Padam
  3. Tq atas perkongsian..musim cuti ni kerap jugak guna air cond..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerap guna aircond kena servis selalu :)

      Padam
  4. Ilmu baru, tq atas perkongsian

    BalasPadam
  5. bagus info ni siapa yang tengah survey aircond boleh refer sini ")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekadar membantu, memang pening juga nak pilih jenama aircond yang bagus sebenarnya hehe

      Padam
  6. Bgs info ni.kalau mampu bli aircond.. dulu ummi cr gak ekon.tgk rege mHal plK.cr aircooler... Heheh.. sejukny antara kipas n aircond..elektrik pn jimat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aircooler memang murah sikit dari aircond dan lebih portable kalau gerak ke mana-mana

      Padam
  7. Terima kasih cikgu atas info berguna.. saya sdg survey nak beli 1

    BalasPadam
  8. sya bru pasang hari ni jenama haier masih belajar cara2nya

    BalasPadam
  9. Sy pon Baru pasang harini.. Jenama Panasonic.. Cuaca panas.. Mmng xtahan.. Buat pakai tdo mlm jer.. Lagi2 tgh mengandung.. Memanglah panas berganda2.. Hihi..

    BalasPadam
  10. Itulah selalu guna air-cond tapi tak hadam-hadam lagi cara nak jimatkan penggunaan elektriknya tu.

    Bil masa PKP aritu lebih 1k huwaaawaaawaaa... Air-cond kat rumah lain-lain brand

    Selalu pilih cool sebab bila pilih dry tak sejuk-sejuk kena tengok balik ni balik nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..Saya dry mode pun rasa pns..bila cool mode baru rasa sejuk..

      Padam
  11. jenama air cond apa yang bagus yeah, sy keliru untuk beli
    boleh bagi pendapat kamu tak,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenama aircond yang disebut semua bagus2..saya syorkan aircond daikin, hisense,panasonic..kalau selalu servis aircond tahan lama

      Padam
  12. Salam .sy baru beli aircond brand hisense 1.5hp non inverter..sy nk tahu knp kompresor tiada cutoff walaupn suhu di set 24-25c ..kluasan bilik pn tidak besar .. adekah komperasor terus bekerja@ ON itu normal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh itu saudara tak perlu risau..ia perkara normal.sy juga pakai hisense.

      Padam
  13. Daikin inverter 1.0hp rosak motherboard after 1year and half! Kos motherboard saje dah cecah rm520. Belum lg cas pemasangan. Kecewa dgn Daikin. Now beli BEKO 1.5hp non inverter. Warranty 2years + 5 years (kompresor). Europe brand. Hope it last longer. ❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakkan customer yg pakai aircon inverter ni selalu komplen pasal motherboard rosak..... inverter dia pakai motherboard supaya dapat mengawal kompressor daripada berkerja terus tanpa henti, contohnya jika awak set suhu pada 24c, komputer akan ikut arahan suhu apa yang kita telah set, dan jika suhu bilik hampir atau sudah capai 24c kompressor akan slow down dan cutoff dan bila suhu bilik sudah meningkat, kompressor akan slow2 bekerja untuk mendapatkan balik suhu balik.

      Non inverter pulak dia xda motherboard atau komputer, so bila kita set pada suhu 24c dan apabila bilik kita sudah capai 24c, kompressor akan terus cutoff dan bila suhu bilik meningkat balik kompressor akan terus bekerja keras. Maksunya Kompressor On/Off ni lah yang menyebabkan bil elektrik meningkat dan kompressor mungkin cepat rosak berbanding inverter ac.

      Tetapi jika nak jimat elektrik, then go for inverter. Tapi ac inverter mahal nak beli. Kalau nak beli ac budget bawah rm1k... go for non inverter...

      Padam
    2. sy slalu set temp 27'c..normal ke klu kompressor xde off smpai ke pg?

      Padam
  14. Happy baca. Banyak inout. Terima kasih tuan.

    Saya pakai air-cond jenis Daikin FTKQ Inverter. Bil rumah sebelum ni dalam RM50-60, lepas pakai dalam RM60- RM70. Tiada peningkatan mendadak. Suhu hari² buka antara 28°C - 30°C, 7-10 jam sehari. Recommended sangat brand ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tanya awak pakai dry atau cool... plz respon.. bil saya still tinggi

      Padam
    2. Cool dlu baru dry...tgk keadaan dan suhu semasa

      Padam
  15. Apa pun jenis atau jenama air cond tu tak jadi masalah...yg penting pandai nilai....servis selalu..insyaAllah unit dlm keadaan baik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aircond yang selalu dicuci dan servis memang terbukti lebih jimat tenaga

      Padam
  16. Berapa angka num pada aircond tu utk jimatkn electric?

    BalasPadam
  17. sy set slalu temp 27°c..tp kompressor x off2 smpai ke pg..normal ke mcm tu @ ade mslh pd aircond sy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan pakai aircond brape hp dan keluasan bilik brape? Klu bilik luas pakai aircond hp yg rendah mmg compressor x berhenti @ lmbt berhenti.. So sblm bli aircond kna tgk keluasan bilik kita..

      Padam
  18. Hai, saya nk mintak pendapat. Rumah saya ni tak pasang aircond tapi bil seratus lebih. Tak de peralatan lan selain yang basic. Mesin air mcm cuckoo coway pon takde . Tapi bil mahal sangat .. Kipas memang pasang setiap masa sbb panas gile2 total ade 3 kipas siling, satu kipas dinding, satu portable air cooler and satu kipas kecik portable yang plug in.... Mmg basah kuyup punye tahap panas.. adala terdetik nak pakai aircond tapi bile tgok bill mmg terus patah idea nk pasang.. ape pendapat cikgu?? Rumah saya ni mmg ramai student so mmg masing2 ade laptop tp tak delah pakai plag sepanjang masa. If i pasang aircond, boleh ke i stop gune semua kipas and air cooler? I patut tukar aircond or not?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk keselesaan + cuaca di Malaysia yang memang panas sekarang ni, memang patut pasang aircond...kipas kekalkan je guna masa perlu je..cuba pilih aircond jimat tenaga yang ada 4 bintang, berbaloi dan jimat elektrik.

      Padam
  19. Assalam.. saya baru order ekon jenama midea 1hp utk bilik kecik dan daikin 2hp utk ruang tamu. tak tau berbaloi ke tak jenama midea tu ramai juga kata ok..tak penah pasang ekon sblm ni bil pun sekitar rm70 je sebulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi saya kalai ruang bilik memadai 1.0 ke 1.5hp dh cukup..untuk ruang tamu 2.0 ke atas baru rasa selesa..sy rasa tuan buat pilihan yang tepat untuk itu..ok aircond jenama midea itu asalkan servis aircond pada masa yg tepat iaitu 6 bulan sekali.

      Padam
  20. terima kasih cikgu atas maklumat..banyak membantu.. saya nak recommend satu syarikat ni dia servis terbaik boleh pegi dekat link ni http://www.facebook.com/ServisAircondPasangAircondShahAlam/ atau boleh wasap terus wasap.my/60102929079

    BalasPadam
  21. T.ksh atas segala tunjuk ajar dn nasihat yg berguna.
    Semuga usaha tn mendpt keberkatan

    BalasPadam
  22. Jarak kedudukan aircond dengan kompressor, adakah memberi kesan kepada kesejukan aircond dan bil letrik. Ada orang ckp kedudukan aircond jauh drp kompressor memyebabkan aircond kurang sejuk dan bil letrik lebih tinggi..

    BalasPadam
  23. Orang kata pasang aircond sekali dngan kipas siling tu tak bagus betol ke?

    BalasPadam