Sebar berita palsu tentang Coronavirus? Anda mudah untuk dikesan dan didakwa
Sejak virus Wuhan ni tersebar, newsfeed fb memang meriah dengan berbagai berita yang lebih cepat keluar berbanding dari laman web berita itu sendiri, kemudian ramailah pula yang share.....
Awas, sebar berita palsu anda boleh dijejaki dengan mudah dan boleh dipenjara 2 tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan. Setakat ini dah 4 orang invividu disiasat. Itulah, nak trafik dan jadi orang pertama sebar berita punya pasal tak pasal kena tangkap.
Antara berita palsu yang tersebar sempena tersebarnya virus koronavirus ni ;
Viral limau mandarin ada mengandungi virus, ramai pelancong China mendarat di Langkawi mencari perlindungan, ada pesakit koronavirus mati dalam bas di Johor, jumlah kematian setakat ini di China dah lebih 1000, beli barang dari Shopee dan Lazada dari China ada virus melekat pada barang dan macam-macam lagi. Ini semua berita yang palsu dan tidak sahih sumbernya.......
Catat Ulasan
6 Ulasan
Hmm.. cukup sekadar jadi bahan bacaan kita-kita ajelah kot. Tapi itulah kita ni banyak guna logik akal 😅😅 itu yang ramai ter share kot
BalasPadamnetizen ramai nk jadi pakar tak bertauliah hee
Padamdunia maya sekarang ni kena jadi bijak dulu sebelum duk sebar. Kadang-kadang jadi lemas dengan forward2 mesej macam ni dalam group2 whatsapp serta socmed kan.
BalasPadamBerita palsu boleh menyebabkan kegusaran orang ramai.
BalasPadamPeliknya ramai yang percaya dan share
Akak ada dapat dalam grup whatsapps famil besar yang ada makcik pakcik akak dalam tu, ramai la yang dok share berita palsu pasal jangan makan limau mandarin, kalau dapat buang je. Mana yang kata sampai beribu dah mati dan macam-macam lagi, yang boleh buat orang lain panik. Lagi-lagi orang tua di kampung yang tak paham sangat
BalasPadamitu lah baiknya klik dengan bijak dan rajin membaca kan :D
BalasPadam