Kes panggil cikgu pondan dan rotan pada lengan dan peha



Berikutan kes cikgu rotan murid. Kes rotan bukan isu baru cuma tidak di hebahkan. Di mana2 ada saja ada, bukan setakat rotan, libas dengan batang paip pun ada. Itu zaman dulu, zaman lama2 duluuuu punya cerita untuk membentuk kita menjadi orang.

Tapi kini rotan jadi satu kesalahan pula. Entahla. Kes panggil cikgu pondan di JB, rupanya!

JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Johor mengesahkan video tular menunjukkan seorang wanita berang selepas anaknya didakwa dirotan pada lengan dan paha selepas memanggil guru lelakinya pondan, berlaku di sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Johor Bahru.


Pengarahnya Azman Adnan berkata, kejadian itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Ya (benar) kes dilaporkan di sebuah sekolah di Johor Bahru.

“Ulasan saya setakat pagi ini ia masih dalam siasatan polis kerana murid dan penjaga sudah membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi bagi mendapatkan pengesahan kejadian itu.

Menerusi video berdurasi kira-kira dua minit dan 28 saat itu, seorang wanita dilihat mempersoalkan tindakan guru lelaki selepas didakwa merotan anak perempuannya yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah.

Guru berkenaan dilihat memberi penjelasan mengenai tindakannya merotan pelajar terbabit, namun dipertikaikan ibu berkenaan sambil menunjukkan kesan birat pada tubuh anaknya.

“(You) kamu ingat, cikgu besar jangan cakap macam ini. You (kamu) rotan macam ini tengok rotan macam ni eh (sambil menunjukkan kesan birat pada lengan pelajar).

“Tengok dia tangan. You (kamu) rotan sampai macam ini. You (kamu) ini cikgu ah, tak boleh macam ini buat tau. You (kamu) memang salah.

“Dia cakap sama you (kamu) saja ma. Cakap ma. Dia ada pukul you (kamu) tak. Dah cakap sama you sorry, kenapa kamu nak... Kalau dia ada pukul you (kamu), kamu pukul dia tak apa. Jangan macam ini,” kata wanita itu ketika merakamkan video berkenaan.

Wanita itu turut mempertikaikan tindakan guru terbabit memukul anaknya yang didakwa pada bahagian lengan dan paha kerana geram.

Katanya, sebagai pendidik guru terbabit seharusnya mengajar pelajar.

Guru lelaki itu kemudian bertanya kepada wanina itu sama ada sudah bertanya kepada anak perempuannya mengenai perkataan dilemparkan kepadanya.

Wanita itu kemudian membalas ‘tahu’ iaitu ‘aqua’ (pondan dalam bahasa Mandarin), namun menjelaskan anaknya sudah memohon maaf.



Bagaimanapun, guru lelaki berkenaan memberitahu pelajar itu hanya memohon maaf selepas dipukul, dipercayai selepas disarankan oleh rakan sekolahnya.

Guru itu mendakwa, tindakan pelajar itu menyebut perkataan pondan secara bersemuka adalah tindakan tidak wajar.

Ibu kepada pelajar perempuan itu kemudian bersemuka dengan seorang lagi guru perempuan berhubung kejadian berkenaan.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen di laman sosial dengan ada yang mempertikaikan cara merotan hingga meninggalkan lebam.

Tidak kurang pula yang berkongsi cabaran mendidik pelajar kini semakin sukar, selain pentingnya menghormati guru.

Sebagai panduan untuk guru dan diri sendiri, ini garis panduan bentuk hukuman yang tidak dibolehkan disekolah..

Akan saya huraikan lagi berkenaan bentuk hukuman yang dilarang ini dalam post yang akan datang jika ada kelapangan. 


Semakin mencabar. Benar, tugas guru kini semakin mencabar......


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. apa nk jadi la budak2 zaman skrg.. apa juga nk jadi mak ayah zaman skrg.. Allahu.. kalau dulu masa kita kecik2... nk angkat muka depan cikgu pun tak berani sbbnya mak ayah dh kawan baik giler ngan cikgu,.. siap la kalau wat perangai... (ohya, saya datang sini follow blog cikguzim.. mohon followback jika sudi.. terima kasih cikgu!!)

    BalasPadam
  2. Bila beri pendapat dulu dan sekarang..pastinya ada yang mengatakan dulu lain..sekarang lain mana boleh disamakan..bagi PC kalau perkara itu baik dan dengan niat mendidik..mengapa tidak diteruskan..ada baiknya undang-undang..ada buruknya juga undang-undang atau peraturan yang diwujudkan di sekolah kerana ada juga pihak yang ambil kesempatan..contoh murid-murid tahu "hukuman yang dilarang"..maka mereka lebih seronok untuk melakukan kerana berasa kebal.."ah aku buat tak kena hukum".."kalau aku kena nanti cikgu boleh didakwa".Justeru mengapa segelintir murid sekarang lebih berani..dulu tak payah tunggu panggil cikgu yang bukan-bukan..datang lewat je pun kena rotan..dalam kelas yang lelaki dok gurau-gurau nak mengorat pelajar perempuan sekelas pun kena pelempang dengan GPK HEM.Bila hari terbuka..merah padam muka ibu bapa minta maaf dengan cikgu.

    BalasPadam
  3. Suruh je mak budak tu ajar anaknya di rumah.

    BalasPadam
  4. Hi, bw sini dan follow. Jemput singgah blog dan followback. Salam kenal awak

    BalasPadam
  5. baca juga kisah ni kat facebook...ramai netizen dari bangsa Cina backup guru tersebut..nampak la sape sebenarnya yang lebih bersalah dalam isu ni...huhuhu

    BalasPadam
  6. HMM SYG SGT IBU KPD ANAKNYA TU

    BalasPadam
  7. kalau saya, saya tampar anak saya balik.

    BalasPadam
  8. Harap2 kes ini dapat diselesaikan dalam situasi 'menang-menang' sebab ketiga2 pihak (pelajar, penjaga dan guru) ada kelemahan dan kesilapan masing2.

    BalasPadam