Masih lagi meriah dengan majlis hari raya di sana sini, tak kira majlis open house dirumah, pejabat, sekolah dll mesti ada yang ditugas baca doa, kan?
Termasuk la saya hehehe..Esok kena baca doa untuk majlis ramah tamah aidilfitri untuk sekolah lagi.
Sekolah tempat saya bertugas menyambut 2 perayaan selaligus. Gawai + raya kerana perayaan ini berdekatan tahun ni. Tambah extra sambutan hari guru juga sebab hari guru haritu jatuh dalam bulan puasa.
Jadi saya nak kongsi doa yang sesuai untuk majlis ramah tamah hari raya. Boleh disesuaikan dengan majlis lain juga seperti doa untuk majlis akhir tahun, doa hari guru, doa majlis perpisahan, doa selamat dan lain-lain cuma tukar tajuknya saja. Saya pilih 2 doa. Anda boleh pilih ikut kesesuaian.
Doa 1:
بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمٰنِ اْلرَّحِيْم
الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى ﺁلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
رَبَّنا ﺇنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِيْ لِلاِيْمَانِ أَنْ ﺁمِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَامَنَّا. رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ. رَبَّنَا وَﺁتِنَا مَا وَعَدْتَنَا على رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ اْلقِيَامَةِ ﺇنَّكَ لاَ تُخْلِفُ اْلمِيْعَادِ.
اللهمّ يا رحمن، يا عزيز، يا غفّار
Pada bulan syawal yang mulia ini, kami berhimpun untuk meraikan majlis Hari Raya Aidilfitri, yang disebut sebagai hari kemenangan bagi ummat Islam yang telah berjaya menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang Ramadan yang telah lalu.
Dihari yang mulia ini, kami menadah tangan memohon RahmatMu, Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua.
Ya Allah, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.
اللهمّ يا ربّ العالمين
Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
رَبَّنَا ﺁتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى ﺁلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. بِرَحْمَتِكَ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. ﺁمِيْنَ يَا رَبَّ اْلعٰلَمِيْنَ.
Doa 2: (untuk mereka yang tak mahu baca ayat doa bahasa arab boleh pilih yang ini)
Ya Allah
Kami bersyukur di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami , lantaran nikmat itu dapat kami menghadiri dan mengikuti majlis sambutan hari raya kali ini dengan jayanya .
Ya Allah
Semoga dengan majlis sambutan hari raya ini akan dapat melembutkan hati-hati kami dan menyedarkan kami tentang kesilapan kami, oleh itu ampunkanlah kami dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang membawa keselamatan dan selamatkanlah kami dari kegelapan kepada ke jalan yang benar .
Ya Allah,
Jadikanlah kami seorang yang yakin dan percaya pada diri sendiri , sabar dan tabah hati , berani maju untuk menempah kebahagiaan dunia dan akhirat , punya keazaman yang kuat untuk mengembangkan potensi dan kekuatan diri yang dianugerahkan oleh Engkau ,memiliki budipekerti yang mulia dan terpuji sehingga kami menjadi umat yang merdeka dalam semua aspek kehidupan dan pengharapan kami hanya kepada-Mu Ya Allah .
Ya Allah
Eratkanlah hati-hati kami , kekalkan kemesraan antara hati-hati kami , tunjukkanlah kepada hati-hati kami dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma’rifat sebenar kepada -Mu .
Kredit kepada blog2 yang kongsi doa2 ini. Diambil dari banyak sumber.
Cikguzim doakan semoga majlis hari raya di sekolah, pejabat sahabat semua diberkati dan dimudahkan ya.
Catat Ulasan
9 Ulasan
moga berjalan lancar majlisnya cikgu =)
BalasPadamTq doanya saudara tarmizi
Padambagus doanya..semoga majlis berjalan lancar..
BalasPadamAamiin.
BalasPadamSemoga dipermudahkan.
Semoga dipermudahkan segalanya.
BalasPadamamin....
BalasPadamterima kasih share. senang lah lepas ni utk orang cari doa untuk majlis ;)
BalasPadammoga berjalan lancar.
BalasPadamAaminn... Ya Rabbal Alamin.
BalasPadamSekolah anak-anak Mrs. A pun dah selamat jamuan raya mereka.