4k Youtube subscribers + pencapaian Blog

Assalamualaikum. 

Lama tak sharing pasal blogging dan youtube. Nak share dan parking sini tentang pencapaian Youtube dan blog Cikguzim setakat Mei 2021 ni.

Kemudian hari boleh tengok post ni untuk perbandingan kemudian hari nanti betul tak? Itulah kepentingan menulis di blog macam ni hehe. 

Youtube : Setakat ni channel Cikguzim dah mencecah 4k subscribers alhamdulillah sebagai sebuah channel kecil-kecilan sahaja.

Subs setakat hari ni. Masa cukup 4k haritu lupa pula nak ss 🤭. Nanti 5k genap kita cuba ss kalau sempat.

Manakala apabila dilihat ranking channel youtube di SocialBlade pula semakin naik setiap hari. Alhamdulillah rezeki bulan puasa ni kot 🤲



Setiap hari ada subs dan view yang naik walaupun tidak kerap mana pun upload video dalam channel kecil-kecilan ni.

Blog : Mengikut pageviews April, masih belum berjaya capai 100k views dalam sebulan tu. Mungkin sebab orang sekarang lebih suka nonton video berbanding membaca kot.

Saya akui nak dapatkan views video youtube lebih mudah kalau banding blog begitu juga dengan revenue.
Pageviews blog bulan April 2021

Dalam bulan April lepas agak kurang update pos. Lately agak sibuk dengan kerja-kerja online lain dan berpdpr huhu boleh berpinar mata ni.

Workout pun agak kelaut masa bulan puasa ni. Lepas raya kita sambung improve balik semua prestasi.. aaamenn. Harap lebih rajin laahh kan 🤫

Tak target banyak sangat naik dari segi revenue income tu, asalkan info dan ilmu tu sampai kepada anda semua dah cukup alhamdulillah.

Rezeki..bila ada rezeki lebih kita kongsilah dengan keluarga, anak-anak dan orang sekeliling. Insyallah Allah tambah lagi. Anak ayah nak sangat beli lego sejak tahun lepas, ayah tunaikan hehe. Moga jadi anak solehah ye.

Semoga urusan kita dan anda semua dipermudahkan.

Salam 10 akhir Ramadhan 2021!

Catat Ulasan

3 Ulasan