Liku-liku guru seberang laut ingin pulang kampung...

Cuti panjang dah bermula. 

Suasana kian sunyi, berjemaah di masjid untuk solat Jumaat tadi pun ada sedikit kurang jemaahnya kerana ramai yang dah bergerak pulang ke kampung.

Bukan selalu cuti panjang, hanya setahun sekali cuti yang betul-betul panjang. Tapi cuti kali ni memang berbeza dek pandemik yang belum tahu nak reda.

Yang bekerja dekat dengan tempat sendiri ni memang kira bertuah juga sebab mungkin tiada masalah kalau nak balik kampung.

Kepada yang pulang moga selamat sampai ke destinasi.

Terbaca di media sosial, ada ramai rakan guru yg berkhidmat di Sabah dan Sarawak ingin pulang ke semenanjung kini dalam dilema.

Dalam hati berbelah bahagi nak balik kampung atau sebaliknya. Jumpa org tua setahun ntah berapa kali saja dapat jumpa, termasuk la saya sendiri.

Bagi yang bujang memang agak kurang sikit pmasalah sangat kewangan. Jika yang dah berkeluarga?  Anak2 lagi. Perlu menampung swap, kuarantin di hotel dll. Kos seorang dah mencecah ribuan ringgit belum termasuk harga tiket.

Ada juga yang dah beli tiket flight awal namun bila sampai masa bak bergerak ada flight yang delay dan cancel, harunya.

Surat siaran garis panduan kemasukan ke Sarawak. Guru boleh pulang bercuti tapi segala kos adalah atas tanggungan sendiri

Terlalu banyak rintangan untuk pulang sampai betul-betul ke depan rumah di kampung.

Sungguh berat ujian yang mereka dan kami lalui. Walaupun saya bukan tergolong dalam guru yang mohon pindah lagi namun turut rasa simpati.

Diharapkan agar permasalahan ini dapat diselesaikan dan jom doakan agar sahabat2 guru yang berkhidmat di Sabah Sarawak yang ingin pulang dan pindah, moga urusan mereka di permudahkan...

Aku ingin pulang, ya aku pun ingin pulang satu hari nanti...

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Moga urusan untuk pulang ke kampung masing-masing Allah permudahkan. Aamiin.

    BalasPadam
  2. semoga jika ada duit yang burn, Allah balas semula dengan rezeki lain..insyaallah

    BalasPadam