No gym no supplement. Ini cara saya kurus tanpa diet.



Jangan stress sangat bila nak kurus! Untuk kurus kita tak perlu lari lebih 5km, tak perlu bersenam/joging SETIAP hari pun. Mungkin berjalan laju, slow jog, lompat bintang ke setiap hari minggu. 




Dulu suka pergi padang petang2 lari 1 pusingan padang dah cukup (dah lelah). Sekarang alhamdulillah dah jadi 1 lifestyle pula lari jarak jauh dan join event2 larian. Seronok. Sihat dapat, hati pun senang.

Untuk kurus, bersenam dalam 2-3x seminggu dh memadai. Dapat keluar peluh sikit pun dh bagus dari tak keluar langsung. Mesti ada warming up dan cooling down! Kalau tak sakit badan nanti dan jadi alasan untuk berhenti senam pula.

Cara : Cara MinumTeh Hijau Untuk Kurus


Jadi, bila nak kurus jgn la stress sgt bila tgk ada org gilakan bersenam/ berlari hampur setiap hari macam saya ni! Heheheh.....few exercise a week'll keep doctor away!

Tahun 2015, berat hampir cecah 90kg

Usaha sejak April 2016 ni masih berterusan. Sebelum ini saya mudah rasa lesu dan letih, blood pressure pun selalu mencecah 140! Jadi saya mesti berbuat sesuatu sebab umur pun dah cecah 30an. Kebanyakan senaman dibuat di rumah menggunakan dumbel, tali skiping sahaja tanpa pergi ke gym. Pergi gym pun kalau berjalan dan bila tinggal di hotel saja.

No gym no problem, senam bodyweight di taman pun boleh.


Aktiviti larian pula saya aktif sejak Mac 2017 dan dah jadi  1 lifestyle pula. Kalau tak lari tak lengkap hidup. Saya berlari 2-3 kali seminggu dengan lari long distance 5km 2 kali dan secara sprint 1 kali. Ikut kemampuan badan. Lebih baik buat sikit dari buat lebih lama2 jadi fed up pula kan.

Good quote. Sumber gambar : saya sendiri hehe

Hasilnya saya berjaya turunkan berat hampir 20kg dan tak pernah naik berat sejak itu. Ramai bertanya saya buat diet apa? Atkins? Keto? Low carb? Intermittent fasting? Takda lah, kalau saya diet macam tu memang takda peluang nak makan sedap. Lagi pun diet tadi tu tak sesuai untuk long term dan menambah stress. Saya amalkan makan bila lapar dan berhenti bila dah kenyang hehe.

Baca : Chia Seed Berkesan Untuk Kurus??

Punca gemuk bukanlah dari makanan tetapi berpunca dari tabiat anda makan.

Bukan nak menunjuk sangat cuma saya nak kongsi ilmu sihat saja. Jangan lupa jaga makan. Senaman ni cuma bantu 20% sahaja proses nak kurus selebihnya  dah tentulah 80% bergantung pada pemakanan. Jangan salahkan makanan, ubah tabiat anda makan.

Diet maksudnya pemakanan, betul cara pepatah makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Makanlah apa sahaja asal tidak berlebihan. Enjoy your life.

Harap journey fitness saya ni berterusan dan istiqamah supaya dapat jaga keluarga dan bekerja serta beribadah dengan baik. InsyaAllah.

Jom tengok teknik berlari slow dan menjaga heart rate. Berlari teknik ini walaupun perlahan tapi membakar lemak dengan baik juga 


Baca juga : 



        
Keep on running and be healthy ya! 😁

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Wahhh tips bagus ni :)

    BalasPadam
  2. wowww kagummm! ok lah, nak kena berlari semula ni!

    BalasPadam
  3. yang susahnya tu nak jaga makan.
    nampak makanan semuanya sedap.

    BalasPadam
  4. kena jaga berat badan..kalau taknak hidap penyakit 3 serangkai..anyway done follow ur blog

    BalasPadam
  5. setuju, nak turunkan berat tu 80% pemakanan 20% senaman ^_^

    BalasPadam
  6. terbaiklah bro. memang kurus gila..

    bro... comment orang atas2 ni x reply ke. haha teringat zaman saya dulu mula blog. memang malas nak reply comment orang.

    tapi komen2 ni bagus, dia bantu post kita makin relevance dekat google search. macam post di blog saya. bila ada orang comment. saya sengaja je balas comment dorang panjang2. beberapa hari kemudian, saya punya post meningkat jadi ke first page google search

    BalasPadam
  7. Done follow #145
    Tip yg menarik, msti runner cikgu ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada la lari-lari sikit buat hobi. Badan nak pakai lama

      Padam
  8. yang part nak tahan nafsu dan start makan healthy tu yg mencabar tapi dah start buat best pula

    BalasPadam
  9. wahhhhh bestnya cikgu! tak perlu gym. sy baru nak bermula bertatih berlari T__T

    BalasPadam