Chia seed berkesan ke untuk kurus?


Chia Seed: Bukan Ubat Kurus

“Urgh, kenapa tak turun berat lagi nih?! Sebulan dah amalkan pengambilan Chia Seed tapi tak kurus puuun!”


Muncung si Kiah (bukan nama sebenar) nih lebih panjang daripada muncung itik. Boleh-lah nak buat sangkut baju tuh. Sedih sangat gamaknya, berat tak turun-turun. Haha.

Baca juga : Flax seed untuk kurus. Flaxseed pun kategori super food. Adakah kesan flax seed lebih berkesan untuk kurus?



“Chia Seed nih bukan ubat kurus, Kiah ooii. Haha.”
“Habis tuh ada orang kata Chia Seed boleh kuruskan badanlah, baik untuk pesakit jantung dan kencing manis-lah, jadi aku makanlah hari-hari. Dah sebulan makan, setengah kilo pun tak turun. Nak buang jer lah Chia Seed nih!”

“Amboi, merajuk betul ye! Haha. Chia Seed nih bukanlah ubat kurus, bukan juga magic food yang boleh menghilngkan penyakit. Tapi Chia Seed boleh membantu jika kita menjaga kesuluruhan pemakanan harian.”

Baca : Cara minum teh hijau untuk kurus

“Maksud Mun?”, muncung itik dah hilang, kerut dahi pula yang datang.

“Chia seed tinggi dengan serat. Selain dapat mengawal gula dalam darah, ia juga mampu membuat kita kenyang lebih lama. Maka, dapat-lah kita kawal pengambilan makanan. Takde lah makan secara berlebihan. Taaaaapiiiiiii…..”
“Tapi apa?!”
“Tapi kalau masih kenyang pun makan macam esok dah tak ada makanan nak turun berat macam mana? Kannn? Hahahahaha.”

“Heheee…,” sengih panjang si Kiah selepas mendengar saya berleter. Haha.

“Selain daripada tinggi serat, ia juga kaya dengan omega 3 yang membantu menurunkan kolesterol jahat. Sangat bagus untuk kesihatan jantung. Tetapi perlu diambil pada kadarnya iaitu 1-2 sudu makan sehari sahaja. Kalau diambil berlebihan, jadi masalah penghadaman lah pula. Haha. Jadi, nak buang ke Chia Seed ni Kiah?”

“Tak jadi lah Mun. Haha.”

Chia seed tidak wajib diambil setiap individu. Tapi bagus untuk diamalkan. Tidak mempunyai rasa, boleh direndam didalam air minuman atau ditambah dalam masakan. Ingat ye, chia seed bukan ubat kurus! Tiada jalan pintas untuk kurus dan sihat melainkan menjaga kesuluruhan pemakanan seharian.

Sumber : Siti Munirah

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. nak cuba amalkan chia seed ni. utk kesihatan badan secara keseluruhan je.

    BalasPadam
  2. chia seed ni tak salah tp pemahaman kita yg salah, chia seed ni setahu sya tak boleh ambil berlebihan cukup sehari dlm 1 sudu kecil je

    BalasPadam
  3. Mama mkn dulu x kurus pun haha.. tapi m Rasa Haus teramat la.. mungkin x sesuai dgn mama..

    BalasPadam
  4. saya makan chia seed bukan utk kurus, tapi tahu khasiat chia seed baik utk badan.

    BalasPadam