Kita sering juga dikejutkan dengan atlet yang sedang bersukan tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, lelaki berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Sering menjadi tanda tanya di kalangan kita apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua. Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality).
Iker Casillas, bekas keeper Real Madrid dan Sepanyol antara atlet yang pernah kena serangan jantung namun berjaya dirawat
Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an. Antara simptom sakit jantung yang boleh dialami penghidap adalah sakit dada, kesukaran untuk bernafas, pengsan, jantung berdebar, berpeluh, muntah dan sakit kepala.
Penyakit jantung biasanya dipanggil pembunuh senyap kerana seseorang yang menghidap penyakit ini mungkin tidak menunjukkan gejala yang dikaitkan dengan penyakit ini. Penyakit ini sering dikaitkan dengan faktor usia tetapi tahukah anda penyakit ini boleh menyerang mereka seawal usia 30-an? Pelbagai faktor juga turut menyumbang kepada risiko terkena serangan jantung.
Kegemukan mengundang pelbagai jenis penyakit termasuk darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung. Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di kalangan wanita dan ia telah mengatasi penyakit kronik yang lain termasuk kanser. Pada amnya, oestrogen yang dikeluarkan oleh wanita sepanjang tempoh kedatangan haid dikatakan mampu melindungi wanita daripada pelbagai ancaman kesihatan termasuk penjagaan jantung, namun selepas putus haid, wanita mengalami tiga kali lebih risiko untuk diserang penyakit yang sama.
Kegemukan, memang punca utama berlakunya serangan jantung tapi bagaimana bagi orang yang kurus, sihat dan selalu bersukan?
Malah selepas serangan pertama, 33 peratus wanita menemui maut dalam tahun pertama selepas serangan berbanding 25 peratus di kalangan pesakit lelaki. Insiden ini sekali gus meminggirkan tanggapan serangan jantung lebih banyak menyerang kaum lelaki berbanding wanita. Anggapan yang menyatakan wanita dilindungi daripada serangan jantung tidak benar kerana secara amnya, penyakit ini menyerang tanpa mengenal jantina.
Walaupun kajian menunjukkan wanita diserang lebih 15 tahun lewat daripada lelaki namun selepas putus haid, mereka menghadapi tiga kali lebih ganda risiko berbanding sebelum putus haid. Sehubungan itu, jika di kalangan wanita dalam usia 40-an yang bakal menempuhi era menopaus tidak menjaga jantung masing-masing secara intensif, ia akan membebankan sistem jantung selepas putus haid.
Ketika itu mereka lebih mudah diserang dan pencegahan untuk mengelak juga telah terlambat. Mereka yang mengalami sindrom metabolik iaitu mengalami obesiti, trigliserid tinggi dan menghidap darah tinggi yang menyebabkan radang pada saluran darah turut terdedah kepada sakit jantung.
Usia bukan saja faktor yang turut menyumbang kepada risiko serangan jantung. Malah menurut kajian, terdapat empat faktor utama yang menyebabkan berlaku serangan jantung, antaranya merokok, darah tinggi, kencing manis dan juga lebihan kolesterol di dalam badan. Ada banyak faktor yang boleh merosakkan fungsi jantung dan sebab utama kerosakan pada otot jantung.
Ia dikenali sebagai penyakit kardiovaskular di mana berlaku kesempitan saluran darah disebabkan lemak-lemak melalui proses ateriosklerosis atau saluran darah tersumbat. Keadaan ini menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen dan akhirnya rosak atau mati. Apabila rosak, sebahagian daripada jantung akan menjadi parut dan tidak berfungsi. Lama kelamaan jantung menjadi bengkak dan kegagalan jantung akan timbul.
Arteriosclerosis adalah proses pengumpulan bahan-bahan lemak dan kolesterol dalam saluran darah menyebabkan bekalan darah ke jantung tersekat dan menyebabkan berlakunya serangan jantung. Faktor risiko paling ketara akibat sakit jantung ialah tabiat merokok. Sejumlah RM9.1 juta sehari dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk membeli rokok dan kini jumlah remaja dan wanita merokok semakin bertambah. Malah, jika seseorang itu merokok, menghidap diabetes, mempunyai kolesterol tinggi serta penyakit darah tinggi, digabung faktor sejarah keluarga, risiko dia mendapat sakit jantung makin berganda.
Genetik ialah faktor utama untuk risiko sakit jantung. Ia seperti penyakit keturunan lain seperti jika dalam keluarga ibu bapa mempunyai diabetes, anaknya mungkin menghidap penyakit sama. Begitu juga dengan kolesterol tinggi dan merokok. Dalam sebuah keluarga yang sosial ekonominya rendah, didapati risiko juga bertambah dan faktor stres juga menambah risiko melalui hormon adrenergik yang dikeluarkan kelenjar suprarenal apabila di bawah stres. Ada lebih 20 ciri genetik diketahui sekarang, menyebabkan mereka mudah terkena sakit jantung dan lebih berisiko berbanding orang lain.
Individu yang mempunyai sejarah keluarga berisiko tinggi jika bapanya mendapat sakit jantung pada usia muda iaitu ketika berusia tidak sampai 50 tahun atau ibunya diserang ketika berusia kurang 55 tahun. Adakalanya tanpa faktor risiko pun, seseorang boleh mendapat sakit jantung. Misalnya, satu kajian membabitkan kira-kira 120, 000 individu yang pernah menghidap sakit jantung koronari mendapati, 15 peratus wanita dan 19 peratus lelaki tidak mempunyai faktor risiko yang dikenali. Faktor genetik yang belum dikesan, disyaki memainkan peranan dalam kes sebegini.
Gaya hidup sihat membantu mengawal faktor risiko sakit jantung. Hentikan tabiat merokok serta elakkan makan terlalu banyak daging merah seperti lembu dan kambing, produk tenusu seperti krim dan mentega kerana semua jenis lemak tepu boleh ditukar kepada kolesterol. Yang kita perlu faham mengenai sakit jantung ialah, mencegah lebih baik daripada merawat. Pengesanan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada gejala dialami membolehkan rawatan sewajarnya dijalankan.
Sumber : Usahawan dot com
Catat Ulasan
4 Ulasan
Terima kasih Cikguzim atas perkongsian ini.. LZ memang dah lama ingin tahu penyebabnya..
BalasPadamRamai dengar kes-kes begitu tapi tak tahu punca.. Now I know..
moga kita dapat di jauhkan dari masalah ini, pernah juga terfikir kenapa ada ja atlet atau orang muda yang nampak kurus dan sihat kena serangan jantung hinga membawa maut.
BalasPadamnice sharing cikgu zim.. done follow sini #74
BalasPadamSebab tu kena ambil suplemen untuk sihat dan elak penyakit kronik.
BalasPadamEat moderately. Exercise regularly. Supplement wisely.