Revolusi 4.0 : Ramai Bakal Jadi Penganggur?



REVOLUSI 4.0: JANGAN BERLAGAK SANGAT, KITA MUNGKIN BAKAL PENGGANGGUR TAK LAMA LAGI!

Saya nak tulis panjang sikit dan ia satu benda yang kita kena tahu.


Hari ini kita ketawa kawan kita bakal hilang kerja. Hari ini kita bergosip sakan kereta kawan kita kena tarik dengan bank sebab tak mampu bayar instalment.

Hari ni kita 'sebarkan' cerita kawan kita dalam Whatsapp yang rumah dia kena lelong.

Dan hari ini juga kita boleh buat lawak mengenai nasib kawan kita yang bakal ke Mahkamah Syariah sebab suami takde sumber pendapatan, kena 'retrench'.

Tahu tak sebab apa? Betul sebab takde rezeki, sebab takdir tapi tolong 'kembangkan' lagi pemikiran tu. Sudah2lah dok salahkan Tuhan memanjang.

Sebabnya kita sekarang berhadapan dengan ambang dan era Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

Panjang kalau nak sembang maksud Industri 4.0 ni, tapi kesimpulannya ia membawa maksud penekanan pembinaan teknologi realiti maya tanpa banyak menggunakan tenaga manusia.

Robot akan banyak ambil alih kerja manusia, so jangan terkejut tak lama berjuta manusia di dunia, termasuk Malaysia, dan tak mustahil kita - AKAN JADI PENGGANGGUR!

Untuk rekod, Revolusi industri pertama tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap.

Revolusi kedua kepada elektrik.

Revolusi ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).

Industri 4.0 sekarang ni lebih dahsyat kerana ia menggantikan banyak kerja dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga! Semuanya melibatkan internet!

Untuk pengetahun komer, kami dalam bidang media dah mula kena impak Revolusi 4.0.

Contoh terbaru apa yang terjadi kat akhbar Utusan Malaysia. Manusia hanya menggunakan telefon pintar dan komputer untuk membaca berita dan bukan lagi surat khabar, hasilnya sales akhbar merudum, iklan merudum dan kemuncaknya gaji pun syarikat dah tak boleh nak bayor!

Saya difahamkan kat bank pun dah banyak kerja bakal diambilalih robot, maknanya tak lama ribuan staf bank pun akan jadi penganggur.

Bidang lain pun serupa. Kita akan mula bercakap pasal Artificial Intelligence (AI), teknologi nano, robotik dan macam-macam lagilah yang saya pun tak reti nak sebut.



Contoh mudah, sekarang kita tengok drebar Grab dah ganti drebar teksi. Tak lama lagi dengan teknologi AI, jangan kata Grab, lori dengan bas pun boleh dipandu secara automatik.

Pendek kata kita menuju negara robot!

Mungkin korang ingat alah, lambat lagi benda ni semua nak berlaku. Tapi kami dulu pun ingat, alah, lambat lagi kalau paper orang tak baca pun, akhirnya tengok apa jadi?

Kalau majalah Pla***y yang penuh gambar pelik2 dan pernah jadi majalah paling laku dalam dunia pun tutup kedai, setakat paper jangan ceritalah.

Kesimpulannya saya nak bagitau kat sini, jangan mendongak langit sangat.

Jangan seronok sangat.

Jangan perasan diri tu bagus sangat.

Betul, hari ini mungkin kawan kita hilang kerja, tetapi esok mungkin giliran kita...semuanya disebabkan Revolusi 4.0 ini.

Nak salahkan Tuhan atau nak salahkan diri sendiri kerana tak buat persediaan?

Sumber : SYAHRIL A. KADIR
Penulis, bukan robot.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. betul tu. bila ke kedai buku dah nampak sikit aje majalah yg masih dipamerkan di situ...

    BalasPadam
  2. Zaman berubah manusia pun terpaksa akur dengan perubahan tersebut.
    Nak tak nak anak-anak perlulah bersedia dari sekarang huhuhu...

    BalasPadam
  3. Nice... Betol2 enthusiasm dlm penulisan 👏

    BalasPadam
  4. jadi manusia akhirnya nak sara keluarga macam mana?

    BalasPadam
  5. semua kena masuk bidang online lah maksudnya ni..kesian pulak kat orang2 yang dah berusia..

    BalasPadam
  6. Merisaukan bila mm baca ni

    BalasPadam