Pengajaran dan sinopsis filem Raatchasi - filem wajib tonton oleh guru dan murid



Beberapa hari ini meletup dengan cerita Raatchasi. Kebetulan aku pula peminat Chandramukhi maka aku juga mencari peluang menontonnya. Selepas 4 kali tertidur aku berjaya juga menghabiskan tontonan.


Hasil dari tontonan, aku mendapat satu pengajaran besar dari cerita tersebut iaitu SYUKUR.

Sumber : FB anonymous

1. Aku bersyukur kerana aku jadi guru di Malaysia bukan di India. Pastinya gaji aku lebih besar dari mereka. GB pun naik auto je. Guru senior naik skuter sahaja berbanding guru senior  di Malaysia bawa Merecedes, BMW, Honda Accord, Camry dan sebagainya.

2. Aku bersyukur kerana bilik guruku lebih selesa, ada aircond, kerusi lebih empuk bahkan kantin juga ada aircond.

3. Aku bersyukur kerana padang sekolahku ada rumput berbanding mereka, padang tanah. Walaupun aku buat line padang tetapi masih ada bantuan mesin mekanikal berbanding mereka buat line tabur tepung pakai tangan.



4. Aku bersyukur setakat ini belum jumpa GB pegawai tentera pencen yang tegas gila serta mampu belasah samseng bersenjata.

5. Aku bersyukur tak ada orang jual sirih tepi pagar sekolah.

6. Aku bersyukur  disekolahku tak ada geng gelang kuning gelang merah yang bertumbuk di padang sekolah.

7. Aku bersyukur sekolahku ada loceng elekterik dengan pemasa automatik.

Kesimpulannya aku bersyukur jadi guru di Malaysia.

Berikut merupakan sinopsis dan cerita serba ringkas yang dapat diambil dari filem Tamil tersebut. Sumber  : Gempak.com

Ada empat isu besar yang diketengahkan oleh pengarah filem iaitu perbezaan pendidikan, sikap guru kerajaan dan swasta, ketaksuban kasta punca anak-anak saling bermusuhan serta campur tangan politik dalam institusi pendidikan.

Filem ini dijayakan oleh Jyotika sebagai Gheeta Rani, seorang guru yang dipindahkan ke sebuah sekolah di kampung terpencil di selatan India.

Di dalam filem ini ada thriller sikit, ada komedi, ada juga bahagian yang sedih.

Pandai penulis skrip merancang siapa sebenarnya Gheeta Rani ni sehingga begitu hebat sampai mampu berlawan dengan samseng yang mengerahkan murid-murid miskin menjadi buruh paksa!

Siapa sebenarnya Gheetha Rani ni? Yang ni kalian kena tengok sendiri.

Ini pula komen dari Dr Maszlee Malik iaitu menteri pendidikan Malaysia tentang filem ini, diambil dari FB beliau:

Dua bulan lepas filem ini keluar. Semalam saya menontonnya bersama pegawai-pegawai.

Saya akan tulis artikel mengulas filem ini. Yang pasti, filem ini memang wajib tonton. Jalan ceritanya luar biasa. Wataknya sempurna.

Berbeza rasanya menonton sebagai Menteri Pendidikan. Setiap babak sentiasa saya refleksikan dengan keadaan di negara kita.

Geetha Rani adalah watak pengetua adiwira yang sangat hebat. Beliau membuktikan kepada kita bahawa perubahan yang besar itu bukanlah mustahil.

Banyak sekali dasar dan perubahan yang kita sedang gubal untuk dilaksanakan telah berjaya digambarkan dalam filem ini.

Baca : Pengajaran dari filem Ejen Ali

Misalnya inisiatif PSP (Program Sarapan Percuma). Filem ini menterjemahkan aspirasi saya yang lebih dari sekadar makanan, tetapi saya ingin melihat guru-guru boleh duduk makan sekali dengan anak-anak kita.

Begitu juga dengan isu keciciran murid. Geetha telah berjaya melibatkan semua pihak untuk atasi isu keciciran murid, termasuklah pihak polis. Ini yang sedang kita usahakan. Kita nak pastikan ‘enforcement’ itu berlaku di semua penjuru agar tak ada lagi kanak-kanak yang tercicir.

Bukan itu sahaja. Geetha juga berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar. Tubuhkan semacam Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) untuk pastikan ibu bapa ini terlibat aktif dengan pendidikan anak-anak mereka.

Menjadikan pendidikan adalah visi kolektif semua pihak adalah antara hasrat terbesar saya. Kerana saya yakin, pendidikan harus berupaya menjadi objektif komuniti setempat, malah pendidikanlah yang akan meningkatkan taraf hidup mereka.

Semua pendidik, ibu bapa, murid-murid dan sesiapa sahaja, saya sarankan untuk tonton filem ini. Segera!

 Sumber : FB Dr Maszlee Malik

Guru-guru digalakkan untuk menonton filem ini sebagai inspirasi.

Filem ini hadiah kepada semua warga pendidik di seluruh dunia. Benar-benar memberi inspirasi dan terima kasih kepada penulis cerita ini yang memaparkan realistik dunia pendidikan di sekolah.

Kita tak mampu nak ubah sistem, tapi kita boleh ubah masa depan anak murid kita dengan pendidikan.

Catat Ulasan

4 Ulasan