Masih lagi hangat dengan filem Ejen Ali, banyak review sana sini termasuklah dari orang kenamaan dan orang berpangkat tinggi termasuk la dari Menteri Pendidikan kita. Ada banyak nilai dan sarat informasi berguna untuk anak-anak katanya...zasss jom tengok apa komen beliau.
Kredit kepada, Dr Maszle Malik bekas pensyarah Uia, saya pun bekas graduan uia hehehehe.....
Petang semalam, saya bersama dengan keluarga besar KPM meluangkan masa menonton filem animasi tempatan Ejen Ali.
Pegawai-pegawai, KSU, TKSU, Ketua-ketua Bahagian, sehinggalah staf-staf sokongan di semua bahagian datang membawa keluarga masing-masing memeriahkan panggung.
Apa yang boleh saya katakan, produksi filem animasi tempatan kita bukan lagi calang-calang. Ejen Ali membuktikan bahawa filem animasi kita boleh pergi jauh menandingi filem animasi Hollywood.
Pada luarannya, kita sangka filem ini ialah filem animasi. Tetapi hakikatnya, filem ini mempunyai asas falsafah yang sangat kuat. Persoalan yang dipersembahkan sungguh besar, penting, mendidik dan mengajak kita semua untuk berfikir.
Saya sentiasa percaya bahawa karya seni seperti filem mampu menjadi alat pendidikan yang sangat berkesan. Lihatlah bagaimana persoalan yang telah dikemukakan oleh ramai ahli falsafah sepanjang sejarah seperti Nietzsche, Fukuyama, Karl Marx, Chomsky dan ramai lagi, telah berjaya diadun dengan baik dalam plot filem Ejen Ali.
Persoalan kelas sosial (atau istilah yang sering diwacanakan sebagai “stratifikasi sosial”) telah menjadi asas plot cerita ini, malah perkembangan watak dan ceritanya juga cukup kemas, sempurna dan penuh makna.
Dialog-dialognya bukan lagi superfisial, malah menawarkan wacana yang cukup mendalam. Perkembangan wataknya juga rumit, persoalan-persoalan tentang kebaikan dan keburukan juga sangat berjaya dipersembahkan.
Baca juga :
Ejen Ali filem wowww
Bayangkanlah bagaimana anak-anak kita yang pulang dari menonton filem ini akan mula berfikir? Bayangkanlah kalau filem-filem sebegini lebih banyak ditayangkan? Saya yakin, anak-anak kita akan lebih cepat mempunyai KBAT, berfikir secara kritis dan kreatif, dan yang paling penting, mereka akan lebih matang menatari realiti kehidupan.
Kita di Kementerian juga sedang berusaha memastikan sistem pendidikan kita digubal berteraskan Revolusi Industri 4.0. Seperti yang telah saya jelaskan di dalam Kad Laporan Pencapaian KPM 2019, Jawatankuasa Kajian Dasar sedang giat berbengkel memastikan modul dan mekanisme terbaik untuk mereformasi sistem pendidikan kita seleras dengan keperluan masa hadapan.
Secara terbuka di sini, saya salut dan kagum dengan tim produksi yang telah berjaya menghasilkan filem yang sangat hebat begini.
Filem ini akhirnya memberitahu kita bahawa kebaikan tidak diukur oleh siapapun kita, dari manapun kita, tetapi diukur oleh niat dan tujuan yang kita pasang dalam diri kita.
Di mana pun kita berada, kita perlu percaya bahawa setiap dari kita ialah ejen kebaikan. Tugas kita ialah untuk terus menyebarkan kebaikan sebanyak yang mungkin.
Selamat menonton kepada yang masih belum menonton, dan selamat menitiskan air mata...
Sumber dari : Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia
Catat Ulasan
6 Ulasan
Tak menonton lagi
BalasPadambelum berkesempatan untuk menonton lagi
BalasPadamfilem animasi malaysia dah makin jauh ke depan, dah makin maju... turut berbangga dengan hasil kerja anak muda sekarang ini.
BalasPadamBelum tengok lagi..tengok trailer nampak cam ejen ali sedih je sebab yang lain ada iris juga. macam dia dah xspecial lagi kan. akan tengok online je lah nanti nampaknya
BalasPadamTak sempat lagi nak tengok ejen ali ni.
BalasPadamkak masih belum dapat pi tengok. nak tengok jugak sebelum disember berakhir. hehe
BalasPadam