Kajian kurangkan beban tugas guru sampai bila?

Tugas guru memang banyak, sangat banyak. Pada zaman sekarang guru bukan hanya perlu mengajar dan menghadap murid, tetapi perlu menghadap skrin terlalu lama dengan bermacam tugas perkeranian.

Namun saya tak pernah merungut. Apa yang disuruh itu satu tanggungjawab dan amanah.

Cuma tugas guru untuk fokus tugas hakiki semakin lama semakin dikikis kualitinya dengan tugas sampingan.

Pelbagai sistem online dan program diwujudkan tanpa henti setiap tahun. Setiap kali pentadbiran dan menteri berubah, maka berubah dan bertambahlah dasar.

Ini sesuatu yang sangat tak sihat.

Ini kronologi kajian serta usaha untuk kurangkan beban tugas guru.

1. Januari 2005 - YBM Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, telah memaklumkan akan mencari formula bagi mengurangkan beban tugas guru.

2. April 2010 - TPM Tan Sri Muhyidin Yassin kata nak kaji beban guru

3. Nobember 2013 - YBTM Pendidikan P. Kamalanathan kata nak kaji beban guru

4. Julai 2015 - YBM Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid kata nak kaji beban guru

5. Januari 2019 - YBM Pendidikan Dr. Mazlee Malik kata telah menggariskan lima inisiatif dan sembilan intervensi bagi mengurangkan beban tugas guru dan telah mula dilaksanakan

6. Julai 2022 -YBMK Pendidikan Senator Datuk Radzi Jidin kata ada buat inisiatif & bengkel  untuk dapatkan input berkaitan beban guru

7. Januari 2023 - YBM Pendidikan Fadhlina Sidek kata nak kaji beban guru.

Begitulah. Moga ada hasil atas kajian-kajian ini..

Beban tugas guru. Moga ada penawarnya. Ramai guru mohon pencen awal sekarang.

Allahyarham P.Ramlee cakap "niat insung mate KAJI semar ngising" - filem Ali Baba Bujang Lapok

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. bila dikaji makin bertambah plak bebannya.

    BalasPadam
  2. Saya yang bukan guru dan takde anak ni pun tengok menyampah. Tabahlah para guru. Macam kata nak kaji beg berat dari tahun 90an lagi

    BalasPadam