Guru semenanjung bertugas di Sabah Sarawak boleh balik kampung cuti panjang

Tak lama lagi cuti panjang iaitu cuti sekolah 2020. Ramai cikgu-cikgu yang berada jauh di perantauan terutama yang di Sabah dan Sarawak gundah gulana dapat balik ke semenanjung ke tidak cuti hujung tahun ni.

Ada yang dah lama ber pjj (perhubungan jarak jauh) tak balik kampung jumpa keluarga, anak isteri, suami, orang tua. Cuti lama tuuu.

Dengar dalam berita TV3 tadi khabarnya kerajaan akan pertimbangkan cara untuk guru2 ni balik bercuti. 

Iyalah banyak sempadan dan kawasan nak kena redah bila balik, banyak tempat kena pkp terutama di Kuala Lumpur.

Macam mana cara guru2 ni nak balik akan diperhalusikan caranya oleh kerajaan.

Moga dipermudahkan urusan guru-guru yang nak balik ni. Diharapkan juga guru yang mohon pindah untuk tahun 2020 dan 2021 ni diluluskan. Tahun yang sangat mencabar bagi yang ber pjj.

Tak lama dah keputusan eg tukar iaitu keputusan pertukaran guru2 yang mohon pindah nak dikeluarkan.

Insyallah jika kebajikan guru dijaga, guru akan seronok bertugas dan mengajar. Tiada yang akan 'berduka lara' lagi.

Tapi pelik juga kan bila ada guru yang baru-baru posting dapat posting sekolah dekat2 rumah tapi guru yang dah bertahun mengajar jauh, nak mohon pindah ke kampung sendiri tapi asyik gagal....

Wallahu aklam..


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Semasa cuti panjang tentulah nak balik kampung.
    Semoga ada jalan penyelesaiannya.

    BalasPadam
  2. ooh cikgu baru yg dpt posting dekat rumah tu mukin ada kabel baik punye ., hehehe gurau2 cikgu

    BalasPadam
  3. pasti ada berita gembira nanti. kesian la kat rakan2 sejawat di Borneo terutama sekali yg ada ibubapa yg dah tua di kg. yg PJJ lara berduka-lara. Dah hampir dua dekad abe kie balik Kelate. Entah bila dpt ke Sabah lagi.

    BalasPadam
  4. Semoga di permudahkan urusan guru2 diperantauan.

    BalasPadam
  5. Aamiin. Aamiin . AAmiin ya Allah! Dah setahun lebih tak dapat balik kampung. Dah 3 kali tukar tarikh penerbangan pada tahun ini. Mudah-mudahan urusan balik kampung dipermudahkan! Aamiin ya Allah! Seroknya dengar berita ini. Terima kasih kongsi berita.

    BalasPadam
  6. Kita doakan cikgu2 semua dapat balik kampung dan semuanya dalam keadaan sihat walafiat

    BalasPadam
  7. Semoga diberikan kemudahan untuk balik bercuti.

    BalasPadam