4 tahun fitnes journey

Alhamdulillah masih diberikan kesihatan, masa, keluarga, rakan yang baik dalam meneruskan kehidupan ni.

Dan tahun 2020 ni dah masuk tahun ke-4 saya punya fitness journey dan tahun ke-3 running journey. Niat nak sihat je sebab badan nak pakai lama kan.

Post ni dibuat sebab fb memory keluarkan gambar post yang lama2. Tq fb sebab ada fungsi memori, hari2 keluar post yang lama2. Boleh la kita semak gambar dan status yang lama2 dulu  lihat kenangan dan buat perbandingan tentang dulu dan sekarang.

Kalau kita dah pernah mulakan kenapa perlu berhenti. Ini salah 1 cara bagi motivasi diri dan perlu sedar diri juga yang diri ni makin lama makin tua ye tak.


Keluar pula memori waktu mula nak berubah dulu.

Disebabkan ramai yang bertanya tips cara untuk berubah ni saya nak share sikit la walaupun ada juga cite dalam post2 sebelum ni. 

Tak pe tulis banyak2 kali bukan luak pun benda free.

Disini saya tak jual produk atau promot mana-mana produk ye. Just based on 20 cent experience je (nak bagi sponsor boleh jugak 😁)

Sebelum dan selepas kahwin berat agak maintain je 75kg, tak pernah naik lebih 80kg. Bmi normal lah dengan ketinggian 173cm tapi makin naik bila dah ada anak sorang 2014. Eh, macam saya pula yang beranak.

Badan terus naik sampai 89kg tahun 2016. Start April 2016 baru nak berubah lepas konsisten senam seperti bodyweight dan joging. Makan pun jaga jugak dengan tanpa berlapar.

Berat naik ni bukan sebab tak bersenam, ada juga joging sikit2 tapi tak jaga makan punya pasal banyak makan fastfood macam ayam goreng, sosej, beberapa kali seminggu. bila teringat balik, yukkss. Umur dah 30an kena ubah cara hidup.

Sejak hujung 2016 sampai 2020 ni, 4 tahun maintain 72-74kg berat ideal. Takpelah tak hensem sangat pun janji sihat dan bahagia.

Ni antara cara kurus saya tanpa berlapar.

1 - Diet seimbang. 

Diet ni faktor utama, jaga diet walaupun tanpa senam boleh je kuruskan badan. 80% kejayaan kuruskan badan adalah diet.

Jauhkan diet seperti ; atkins, diet rendah kalori dan crash diet lain.. Tak seimbang dan berat badan akan mencanak naik semula. Senang cerita diet macam ni tolak tepi dalam tong sampah.

Selalu saya perhatikan orang yang buat atkins ni jadi emosional sebab selalu gagal maintain dan menjadi lebih gemuk semula.

Kurangkan makan je dan tidak sampai berlapar. Ambil sarapan, snek, nasi makan tengahari dan malam pun tak tinggal. Cuma suku-suku separuh, kurangkan portion.

Diet saya juga cut sugar, tak minum air manis. Dah 4 tahun jadi peminat kopi tanpa gula lepas tahu kopi ni berfungsi sebagai fat burner juga.

Jangan ambil mana2 pil kurus, bahaya untuk organ2 dalam badan. Ubat kurus tu cuma mainan duniawi.

2 - Elak bersenam tiap hari. 

Biasa la bila semangat nak berubah tu datang rasa nak senam selalu je tapi ini akan sebabkan kita giveup dan letih. Cukup senam selang sehari atau 3 kali seminggu je dan makan tu paling penting jaga. Senam hanya 20% je sumbangan untuk kurus.

Bila ajak kawan2 bersenam ada juga yang nak join tapi bila sampai 1 tahap akan jadi boring dan fedup. Sebab tu kena enjoy je dan jangan paksa sangat. 

Ada masa beberapa minggu tak bersenam pun, masa PKP mula2 dulu pun lama stop bersenam tapi berat maintain cuma stamina agak drop bila nak running balik.

Jadi dalam proses menurunkan berat kena ajar juga badan jangan depend pada senaman untuk kurus. 

3 - Konsisten. 

Bila dah terlalu berlebihan senam akan jadi fedup, buat sikit2 je tapi berterusan itu lebih baik. Makan pun enjoy tidak boleh nak sekat makan itu ini macam diet atkins. Cuma makan dalam kadar sederhana.

Bila berterusan macam ni atau konsisten pasti lama2 akan ada perubahan walaupun lambat.

4 - Guna penimbang.

Timbang selang 3 hari. Memang seronok dan naik semangat bila nampak ada turun kg walaupun cuma 0.1kg. Ada progres di situ at least dapatkan turun 2kg seminggu jadi la.

Bila nampak berat tak berubah, boleh tingkatkan lagi effort. Memang sangat membantu penimbang ni.

Kesimpulannya...

Nak buat sesuatu, mulakan dari sekarang. Nak kurus dalam jangka masa panjang kena slow dan steady prosesnya. Sekurang-kurangnya kalau gagal pun kita belajar sesuatu & akan improve, berbanding langsung tak buat atau tak mulakan apa-apa.

Jika kita tak give up untuk melakukan sesuatu, satu hari nanti diri kita yang akan datang akan berterima kasih kepada diri kita yang sekarang kerana bertindak memulakannya.

Salam Monday blues 😅


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. saya suka artikel begini cikgu..

    berkaitan fitness..

    semua orang nak sihat tetapi tidak semua yang mampu untuk menjaga kesihatan dengan baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih mrhanafi..sama2 mengamalkan gaya hidup sihat dlm keadaan psekitaran yg mencabar ini

      Padam
  2. kadang bila dah start rasa nak turunkan berat, sejam sekali pulak nak timbang hahha

    BalasPadam
  3. tips yg bagus...nak cuba jg minum kopi tanpa gula..

    BalasPadam