Sikit-sikit forward dalam grop wassap

Anda ada group whatsapp? Mesti ada banyak mungkin berbelas atau berpuluh group wassap dalam fon anda tu kan.

Mesti ada dalam tu yang jenis suka jadi penyampai berita pertama isu2 hangat atau nak jadi penyampai info semasa.

Dengan kata lain suka sangat forward 'meng'forward berita yang kadang berita tak betul pun.

Ni bukan nak mengata apalah ya, majoriti yang suka forward mengforward berita kadang berita tak betul ni orang yang berumur 45 keatas (maaf banyak2 ye bukan mengata. Ini dari pemerhatian dan juga pendapat rakan lain serta pemerhatian dalam group2 fb).

Sumber gambar fb. Adoii memang betul dan rasa lucu pula baca kenyataan ni. Memang betul, tapi tak semua laa.

Kadang mesej yang jelas fake atau memang mengarut ni nak di forwardnya juga. Ada yang percaya bulat2 pula, tu yang peliknya.

Please, kalau terima satu2 berita dalam grop wassap tu elakkan dari menjadi terlalu teruja untuk mengforward mesej itu. Kita ada banyak sumber berita rasmi dalam media sosial yang boleh kita rujuk dulu.

Mungkin, inilah sebab orang yang dah berusia atau nak masuk umur pencen ni mudah sangat kena tipu dengan scammer....

Mungkin...hmmm..


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. hahahah dalam grup family ramai2 selalu pakcik makcik yg dah pencen yg suka forward segala jenis info, kadang benda tu dah dari 10tahun dulu pun depa forward je tanpa baca...
    pastu group pejabat pun ada sorang dua yang jenis semua benda nak forward, kadang macam nak tulis je, eh benda ni melambak kt fb dah, tak payahla forward... hahahah

    BalasPadam
  2. Rasanya ramai yang alami masalah yang sama.
    So kesimpulannya kita takyalah jadi jenis yang itu heheheee....

    BalasPadam
  3. Sabar bila terima apa-apa berita tunggu sampai betul-betul sahih.Dan percaya atau tidak sekarang peniaga-peniaga ramai yang datang dari satu rumah ke satu rumah fokus mereka adalah orang kampung yang dah setara dengan ibu bapa atau datuk dan nenek mereka.itu pun mereka masih tergamak nak tipu.

    BalasPadam
  4. kdg2 tak larat nak baca, last2 'clear message' je..

    BalasPadam
  5. Tak suka sgt whatsapp ni. Baik telegram..haha..tapi bab2 fwd mcm ni takdela kena pulak. Elok je group2 yg saya wajib ikut tu..group sekolah anak.

    BalasPadam
  6. hmm... betul... kalo grup family semua msg geng-geng pakcik suka forwardkan... rimas pun ada jugak

    BalasPadam