Youtube CIKGUZIM CHANNEL kini monetized!

Alhamdulillah ala kulli hal. Syukur untuk semua perkara. Setelah lebih 4 bulan Youtube CIKGUZIM CHANNEL diaktifkan, youtube channel saya yang ini dah pun lulus untuk monetize.

Semalam apply monetize untuk kali ke-2 dan tak sampai sehari sudah approved.

2 bulan lebih juga ambil masa untuk memenuhi syarat program pengiklanan di youtube dengan mendapatkan 1k subcriber dan 4k jam tayang. Bukan mudah ya sebab saya ni bukan siapa2...huhu. Kalau artis tu senang2 je dapat ribu riban subscribers dalam masa yang singkat.

Email tahniah dari Youtube yang menceriakan hari hehehe

Monetize bermaksud, dapat mendaftar youtube dengan google adsense dan memaparkan iklan pada video untuk menjana income sampingan sambil isi masa lapang.

Baca : Cara saya dapatkan 1k subscriber dan 4k jam tayang dalam masa 2 bulan 

2 kali buat permohonan baru lulus sebab kena buat semakan 're-used content'. Dalam channel ni tiada copyright content cuma ada beberapa part video diambil dari sumber lain. Polisi youtube kini agak ketat dan sensitif dan mementingkan karya sendiri yang original, kalau karya yang diambil dari sumber lain akan dikira re-used konten kecuali kalau kita ada berikan ulasan dan buat description pada video.

Nak semak re-used konten ni paling susah bila  direject untuk monetize. Senang cerita dalam channel jangan guna video orang lain yang diambil dari sumber seperti fb, ig dan sebagainya.

Itu sebab youtuber dan juga blogger digelar sebagai 'Content Creator' yang bermaksud pembuat konten. Buatlah konten yang bermanfaat dan jauhkan dari konten yang sia-sia atau boleh mencetus kontroversi.

Ini beberapa tips untuk mohon pengiklanan adsense untuk blog dan youtube :

Untuk blog :

- Buat lebih dari 20 post

- Dapatkan lebih dari 2k pageviews

- Umur blog lebih dari 3 bulan

- Untuk permulaan, kurangkan artikel copy paste. 

- Kemudian baru mohon adsense. Pasti berjaya insyallah

Untuk Youtube :

- Tiada syarat kena buat berapa banyak video ataupun berapa lama umur channel

- Asalkn dapat jam tayang sebanyak 4k dan subscriber 1k. Jam tayang adalah bahagian paling susah nak capai.

- Jangan gunakan lagu-lagu ada copyright. 

- Jangan guna video orang lain. Nanti akan kena 'reused content'. Ramai gagal monetize sebab perkara ni walaupun dah capai watchour dan subscriber berbelas ribu sekalipun.

Baca : Sebab-sebab anda perlu ada channel Youtube

Ini sedikit sebanyak tips yang saya ada. Nanti sembang lagi. 

Yang baca post ni saya doakan rezekinya murah. Aameen.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

"Ilmu adalah imam kepada amal, dan amal adalah makmumnya."

Teruskan membuat konten serta berkongsi ilmu.

Terima kasih kepada yang dah subscribe CIKGUZIM CHANNEL, kepada yang belum jom la kita. 😄

Youtube CIKGUZIM CHANNEL kini monetized! Youtube CIKGUZIM CHANNEL kini monetized! Reviewed by cikguzim on 23.10.20 Rating: 5

19 ulasan:

  1. alhamdulillah, semoga terus maju jaya :)

    BalasPadam
  2. alhamdullilah..tahniah cikgu. semoga terus sukses dalam blogging dan youtube :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Tahniah yaaa 😊

    BalasPadam
  4. alhamdullilah. tahniah yeeee cikgu. menjadi pemangkin semangt utk kami ikut jejak cikgu ni

    BalasPadam
  5. Wah tahinah! Saya masih lagi merangkak-rangkak ni. InsyaAllah berjaya macam cikgu satu hari nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti akan sampai juga nanti...terus jgn giveup..jemput sabscribe 😄

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.