Rakyat Malaysia tolong beri kerjasama tangani Covid 19, ambil pengajaran dari Itali

Di Italy dan banyak negara negara lain, pada asalnya, pihak kerajaan juga mengenakan KAWALAN PERGERAKAN seperti yang diumum PM kita pada malam tadi. Malangnya, pada peringkat awal ini, ramai dikalangan mereka ambil mudah hal ini.


Kerajaan umum cuti dan sekolah semua ditutup. Tetapi, ibu bapa disana menggunakan peluang ini untuk bawa anak anak mereka berjalan, balik kampung, bercuti, bawa ke supermarket, dan mereka tidak betul betul 'duduk' di rumah seperti yang disyorkan oleh kerajaan.

Mereka masih ke gym, masih ke restaurant, masih ke club.

Dan kesannya, hari ini seramai 27,980 rakyat Itali sudah dijangkiti penyakit ini dan menyebabkan 2158 kematian. Dalam tempoh 24 jam semalam sahaja, mereka mencatatkan 3233 kes baru dalam sehari.

Sekarang, di sana dah hampir total lock down. Semua orang tidak lagi dibenarkan keluar dari rumah melainkan kes kes tertentu sahaja.

Kita rakyat Malaysia, jangan ulangi kesilapan yang sama seperti yang mereka lakukan.

Secara datanya,

i. Malaysia berada di Ranking Pertama jangkitan Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara. THIS IS SERIOUS.

ii. Virus Covid-19 merebak dengan sangat pantas. Ia akan meningkat secara exponential. Kelajuan jangkitan tak boleh baca bincang. Ni contoh yang berlaku di negara negara lain.

USA
===

Week 1 - 2
Week 2 - 105
Week 3 - 613

As of today = Total = 4599

France
======

Week 1 - 12
Week 2 - 191
Week 3 - 653
Week 4 - 4499

As of today = Total = 6633

Iran
===

Week 1 - 2
Week 2 - 43
Week 3 - 245
Week 4 - 4747
Week 5 - 12729

As of today = Total = 14991

Italy
====

Week 1 - 3
Week 2 - 152
Week 3 - 1036
Week 4 - 6362
Week 5 - 21157

As of today = Total = 27,980

Spain
=====

Week 1 - 8
Week 3 - 674
Week 4 - 6043

As of today = Total = 9,942

Malaysia
======

Week 1 - 4
Week 5 -  50
Week 6 - 428

As of today = Total = 553

Status Di Malaysia

Bermula esok, 18 March 2020 baru dikenakan kawalan pergerakan di Malaysia. Belum LOCK DOWN lagi. Ini bermaksud, rakyat Malaysia masih boleh keluar dari rumah untuk urusan urusan penting.

Tapi, tahukah anda. Kes terkini di Malaysia adalah sebanyak 566 kes dengan 120 kes baru dicatatkan semalam. Saya menjangkakan, dalam tempoh seminggu lagi jumlah ini mungkin akan meningkat kepada 1000 kes. Ini disebabkan masih banyak lagi 'ujian Covid-19' yang ke atas suspek yang masih belum keluar keputusan mereka.

Jika kes ini meningkat dan terus meningkat, pihak hospital akan mengalami kesukaran untuk memberi rawatan seterusnya kepada pesakit.

Di Italy, disebabkan terlalu ramai orang sakit dan kritikal, mereka terpaksa memilih untuk siapa yang perlu hidup dan siapa yang mati. Mereka yang 'kronik' akan 'dibiarkan' mati. Rawatan akan diutamakan kepada mereka yang mengalami 'mild symptom'.  Bayangkan, jika negara Italy di Eropah yang maju pun menghadapi masalah sebegini, macam mana dengan kita di Malaysia? Kita tak mampu untuk handle kes kes sebegini dalam kuantiti yang besar.

Sekarang ini pun, pihak kesihatan sudah 'letih' dan 'lembik' dengan kerja lebih masa yang terpaksa mereka lakukan. Mereka terpaksa memakai pakaian khas untuk melindungi mereka dari terkena jangkitan penyakit.

Kasihanilah mereka. Usah ditambah lagi derita mereka.

Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Lakukan Sekarang

1. Elak dari pergi ke kedai dan restoran untuk makan di sana. Jika ada keperluan mendesak, tapau saja. Order Grab Food atau Panda Food untuk lebih mudah.

2. Elakkan dari membawa anak kecil keluar ketika pergi shopping barang keperluan di supermarket. Jika perlu, pergi seorang sahaja dan itu pun diambil langkah pencegahan sebaik mungkin.

3. Sebaik mungkin, elak dari menyertai program / berjumpa dengan orang ramai jika tidak berkeperluan. Jika jumpa pun, pastikan berada pada jarak 1 Meter. Elakkan dari melakukan sebarang sentuhan seperti bersalam.

4. Jika ada orang yang telah rancang kenduri / majlis perkahwinan dalam waktu ini. Dicadangkan sekadar adakan majlis akad nikah dan ditangguhkan majlis kenduri tersebut. Tindakan ini mungkin 'agak kejam' buat tuan yang buat kenduri. Tapi, adalah lebih kejam jika 2 minggu lagi, majlis kenduri kita didapati sebagai 'punca' kepada sebaran penyakit ini pada skala yang besar. 'Hari Bahagia' kita mungkin hari permulaan bagi 'Penderitaan' orang lain.

5. Educate sahabat, kenalan, jiran, rakan, saudara keluarga kita untuk sama sama menjaga batas batas ini. Tak guna, kita betul betul jaga tapi kemudian satu hari kita terdedah dengan kawan kita yang datang ke rumah kita dan membawa virus itu bersama. Ingat ayat ini, Untuk Kita Sihat, Kita Perlu Pastikan Orang Disekeliling Kita Sihat. Jika Orang Disekeliling Kita Terkena Virus, Peluang Untuk Kita Kena Virus Juga Sangat Tinggi.

Kita tiada pilihan, kesihatan jiran jiran, kawan kawan, kenalan adalah Tanggung Jawab Kita, Jika Mereka Sakit. Kita Juga Susah

6. Hari ESOK bermula KAWALAN PERGERAKAN bagi semua rakyat Malaysia, saya mohon kita sama sama BERSATU dalam menghadapi ujian daripada Allah ini.

7. Perbanyakkan doa dan solat hajat, mohon bantuan dari Allah agar masalah ini dapat dijauhi segera dari Malaysia dan seluruh dunia amnya.

8. Banyakkan bersedekah pada waktu ini, kerana bersedekah dapat menjauhkan kita dari bala Allah.

9. Elakkan membuat pembelian panic melampau. Jika membeli barang keperluan, beli lah sekadar mencukupi keperluan untuk 2 minggu, jangan beli berlebihan sangat. Kesian orang lain pun nak beli juga.

10. Buat rerakan yang masih berdegil untuk bercuti dengan keluarga, berjalan ke sana ke sini pada waktu ini tanpa keperluan yang kukuh dengan alasan nak rebut harga murah, jangan lupa. Kalau berjalan dengan isteri, sila bawa 'kondom' bersama. Kita nak kurangkan generasi 'bodoh' seperti anda pada masa akan datang.

11. Kepada para peniaga yang menjual barang barang bukan keperluan, saya cadang agar buat masa ini ditutup dahulu kedai anda. Saya sedar,  mungkin akan ada yang mengalami kerugian. Mungkin akan ada pekerja anda yang bergantung gaji dengan anda. Bantulah mereka sekadar yang termampu. Jika mampu bagi advance separuh, berilah dahulu. Beri sedikit kelegaan buat mereka.

12. Buat sahabat sahabat yang kaya, gunalah kekayaan yang Allah beri ini untuk membantu saudara mara anda yang bermasalah sekarang ini. Ada saudara mara anda, jiran anda yang mungkin hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika mereka tak boleh nak 'kais' dalam seminggu dua ini, bermaksud mereka tiada gaji. Jika anda mampu bantu mereka, bantulah mereka. Walaupun sekadar menyumbang RM50-RM100, percayalah. Ini memberi sedikit kelegaan buat mereka. Cukup sekadar buat online transfer kepada mereka. Tak perlu berjumpa bagi mengurangkan contact.

13. Sekarang musim cuti sekolah, saya perhatikan ramai anak anak berkumpul beramai ramai dengan kawan kawan mereka. Ini juga salah satu cara mudah penyebaran virus ini berlaku. Mereka ini terlalu banyak dengan aktivti mereka tersendiri. Anak anak ini tak fikir sangat bab keselamatan, mereka hanya fikir keseronokan. Jadi tanggung jawab ibu bapa nak kawal anak anak di rumah.

14. Sekarang, ramai ibu bapa yang bercuti atau bekerja dari rumah. Guna masa ini untuk 'create' bonding dengan anak anak. Anda boleh bermain dengan anak anak. Rapatkan hubungan dengan mereka. Jadikan peluang ini sebagai satu rahmat kepada kita untuk bersama mereka.

Percayalah, jika kita GAGAL mematuhi peraturan yang pihak kerajaan cadangkan, kes ini akan terus meningkat. Dan pada waktu itu, seluruh Malaysia mungkin akan kena TOTAL LOCKDOWN. Waktu itu, kita akan mengalami kesukaran yang lebih.

Bersusah susahlah sedikit hari ini, demi kesenangan di kemudian hari. Jika kita bersikap sambil lewa, isu ini tidak akan berkesudahan.

Yakinlah dengan janji Allah dalam Surah Al Insyirah yang maksudnya, "Setiap kesulitan akan diselangi dengan kesenangan....."

#copypaste
#shareramairamai

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam membendung penularan wabak penyakit covid-19 ni. aamiin

    BalasPadam
  2. Saya setuju sangat dengan perkongsian ini.
    Sama-sama peka & bertanggungjawab menangani wabak ini dari terus merebak.

    BalasPadam
  3. Selagi tiada rasa kesedaran selagi itu sukar untuk melunas apa yang disarankan.

    BalasPadam
  4. semoga rakyat Malaysia sedar akan bahaya Convid 19 ini dan jgn sesekali ambik mudah!

    BalasPadam
  5. Seluruh rakyat Malaysia sepatutnya bekerjasama. Patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan mostly pihak KKM. Jangan degil dan memandai2 bajet "takpe takpe" dan jangan angggap mudah isu ini. Jangan lupa untuk memperbanyakkan doa juga!

    BalasPadam