Lagu Negaraku mesti dinyanyikan dalam bahasa Melayu

Kelmarin viral video nyanyian lagu 'Negaraku' dalam Bahasa Mandarin sebuah sekolah SJKC di Seremban.

Kini viral pula nyanyian lagu 'Negaraku' dalam Bahasa Arab di sebuah sekolah yang masih tidak diketahui di mana. Lagu bertajuk Ya Biladi.

Bila saya search di youtube, video nyanyian lagu negaraku dalam bahasa Arab ini pula sebenarnya dah wujud beberapa tahun lepas lagi. Seperti ada pihak yang cuba menyucuk jarum bagi isu ni jadi panas. Apa yang diharapkan, segeralah  delete video tersebut untuk elak dari tindakan sebab ianya isu sensitif.

Alasan yang diberi untuk isu ini adalah tindakan menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin atau Bahasa Arab adalah untuk membantu kefahaman murid-murid mengenai lagu tersebut. Untuk kefahaman terjemahan ianya mungkin tiada masalah tapi bukan dengan menyanyikannya.


Kerana Lagu Negaraku ada aktanya tersendiri. Kita seharusnya cakna dalam menjaga kehormatan lagu Kebangsaan kita, kalau nak belajar dalam Bahasa lain dan memahami maknanya sebagai sebahagian daripada tujuan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), maka mungkinlah boleh dilakukan.

Tetapi untuk menyanyikan lagu kebangsaan di dalam Bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan, tidak kiralah bahasa apa pun perlu dielakkan.

Akta Lagu Kebangsaan 1968 di sisi perlembagaan  telah menetapkan lirik dan bahasa apa ia perlu dinyanyikan, maka hormati dan patuhi perkara tersebut.

Pada masakini banyak isu lama yang dibangkit dan dihangatkan semula dan dikaitkan dengan kerajaan baru. Dari minggu ke minggu, sebenarnya agak rimas bila dengar berita seperti ini...

Jadilah rakyat yang bijak menilai sesuatu isu.. Saya harap tuan empunya video2 di youtube dapat padamkan video tersebut supaya elak bertambah viral.

Catat Ulasan

1 Ulasan