Cara minum teh hijau untuk kuruskan badan dan ratakan perut macam jalan yang rata.

Kalau anda tengah cari blog untuk tips kurus, anda berada di tempat yang tepat! Ini bukan blog jual produk atau jual barang ya! Sekadar bantu beri info dan tips untuk kurus je berdasar pengalaman.




Siapa peminat teh? Anda boleh buat cara yang ni sekiranya anda berminat nak menggunakan teh hijau untuk kurus. Tapiii kena konsisten setiap hari la ye.

Berjaya berlaku pada saya dan tak mustahil tak boleh berlaku pada anda. Buktinya saya dah berjaya kurus dalam masa 2 bulan dan terus minum teh hijau setiap hari dan berat badan dah tak naik sejak 2016 hingga kini. Gambar di hujung artikel nanti.

In shaa Allah dengan cara ni korang akan mudah turun berat badan, buang angin,  toksin dan kempiskan perut macam jalan yang rata tu. Kesan teh hijau untuk kurus ni sangat berkesan untuk pecahkan lemak bahagian perut termasuk la lemak2 di tepi perut. Korang boleh ramping macam kerengga hehe. Lagi satu bagus juga untuk hilangkan bau badan tau.  


Teh hijau ni banyak manfaatnya. Antara manfaat teh hijau jika diamalkan setiap hari  boleh menyebabkan anda : 

- Anti penuaan, nampak muda remaja
- Meningkatkan metabolisme
- Sumber tenaga
- Mengurangkan kolesterol 
- Membakar kalori
- Mengurangkan risiko kena kanser
- Mencegah kegemukan
- Dll anda boleh google sendiri khasiat teh hijau



Teh hijau boleh diminum bila2 masa sahaja setiap hari. Orang Jepun ramai mengamalkan minum teh hijau sebab itu antara asbab mereka sihat dan umur panjang.

Nak minum teh hijau yang mana bagus untuk diet?

Ok ada banyak sebenarnya di pasaran, di shopee dan lazada pun macam2 jenis teh hijau boleh didapati. Asal namanya green tea memang baguslah. Di shopee cara nak beli teh hijau yang bagus cari yang banyak komen positif. Harga pun berpatutan dan murah je.

Baca : Chia Seed Berkesan Untuk Kurus?

Antara teh hijau yang cikguzim tahu :

- Eastern vital lemon
- Green tea teh boh
- Ahmad green tea
- Dll anda google sendirilah hehehe

Cikguzim sharekan ye resepi untuk minum teh hijau. Tapi kalau nak minum tanpa bahan lain pun boleh sebenarnya. Saya sendiri pun selalu  minum macam tu je kalau malas nak bancuh2 ni. Bahan bahan dia tak ada la susah mana nak sediakan k.  Janji cukup bahan. 😄

1 uncang teh hijau ye bukan teh biasa tu tau. 
1 inci halia di slice nipis nipis. 
Madu ( ikut suka)  

Cara dia macam ini: 


1. Panaskan air dalam periuk kecil dan masukkan halia yang dah dihiris kecil.
2. Setelah air menggelegak biarkan seketika dalam 2 minit halia tu.
3. Tutup api dan biarkan selama beberapa minit kemudian baru masukkan uncang teh hijau. Kacau. Sedia untuk diminum. 
4. Boleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit kan.  
4. Amalkan minum setiap pagi atau petang. Nak minum 3 cawan sehari teh hijau pun takde masalah. Jangan simpan air teh tu buat stok pulak. Jadi bila buat tu cukup cukup la bajet satu mug. Nak lebih sikit pun boleh.

Senang kan nak kurus cara sihat ni. Rajin tak rajin je. Istiqamah tu yang penting iaitu konsisten dan berterusan. Hari ni buat, esok buat, lusa buat, esok punya esok punya esok pun buat. Haaa kena istiqamah.

Saya prefer Ahmad tea sebab rasa dia ok lagi berbanding Teh Boh green tea. Tapi mana ada makanan yang berkhasiat rasanya sedap macam aiskrim, kan?

Saya dah berjaya turunkan berat dari 89kg ke 70kg.

Baca : Progres Fitness Saya

Nak cantik, nak sihat kena la buat sekarang dan konsisten. Kajian mengatakan orang Jepun yang minum teh hijau rata2 umur mereka cecah 65 hingga 89 tahun berbanding mereka yang tak minum teh hijau.

Lagi 1 kalau anda jenis suka bersukan, haaa ini lagi cerah masa depan untuk anda kurus dengan teh hijau. Bukan apa, ramai yang walaupun rajin bersukan tapi tetap gemuk. Tapi kalau kena gaya diet anda makan sebelum dan selepas sukan mesti boleh kurus. Antaranya teh hijau ni lah. Sebelum sukan minum teh hijau (bagi tenaga) dan lepas sukan pun minum teh hijau, lagi banyak kalori terbakar.

Kata lah anda lari 2km dan kalori terbakar adalah 200, tapi kalau minum teh hijau kalori yang terbakar adalah lebih dari itu sekitar 300.

Baca juga : Tips saya kurus tanpa diet dan senam berat

In shaa Allah korang akan dapat result nanti senyum sampai ke telinga tau.  

Progres saya kurus. Kiri 2015 kanan 2018. Saya dah senyum lebar dah. Sekarang fasa maintain je sebab berat dah tak pernah naik dah alhamdulillah.  

Di persilakan share dan tuliskan pendapat pada komen kalau ada.  Moga petua ni dapat manfaat kengkawan lain yang nak kurus tu.

Minumlah teh hijau selalu. Jangan minum lewat malam, susah tidur pula sebab teh hijau ada kafein macam kopi. Kopi dan teh hijau sama-sama dapat tingkatkan metabolisme badan dan buat kita kurus juga.


Bila orang tanya, kau kurus dengan minum teh hijau je ke? Diet tak? Senam tak? Saya kurus dan kurangkan berat dari 89kg ke 70kg tanpa diet, cuma makan seimbang je. Eh, diet tu memang makan seimbang lah kan.

Lupakan diet pelik2 macam atkins, keto, diet sayur dll untuk kurus. Diet2 ni hanya bersifat sementara dan anda akan mudah gemuk balik bila dah berhenti diet. Ya, selalu juga senam joging, angkat dumbell kecil-kecilan. Teh hijau membantu kita untuk mudah kurus dan mudahkan pemecahan lemak2 degil di badan korang.

Baca lebih detail lagi di sini : Manfaat Lain Teh Hijau

Yang penting minum teh hijau tu tak campur gula atau pemanis yang lain, minum je macam tu lama2 biasa la dengan rasa dia yang....ermmmm sedap heheheh.

Nak lebih jelas lagi lihat video ringkas ni. Resepi bancuhan mudah teh hijau untuk kurus 👇



Tapi perlu ingat point yang terakhir ni...teh hijau tak boleh buat anda kurus sekiranya makanan lain pun tak jaga.

Sekiranya ada pandangan ataupun soalan boleh tinggalkan di ruang komen ya.


#tipskurus #carakuruskanbadan #kurusdengantehhijau #kempiskanperut #kurussihat
#slimfit