Review bersenam guna Resistance Band SANCTBAND ACTIVE

Sebenarnya dah agak lama tak bersenam menggunakan resistant band ni, kalau tak silap last guna masa tahun 2016 dan tak sampai setahun guna lepas tu putus. Mungkin sebab guna yang tiada jenama sebab beli yang biasa saja dari Shopee.

Sekarang ni ada banyak senaman yang kita boleh buat dengan pelbagai alatan hanya di rumah. Masa-masa pkp ni kenalah selalu jaga badan dan kesihatan tu ye.

Kali ni saya nak review sikit penggunaan resistant band dari PTT Outdoor iaitu SANCTBAND ACTIVE Mini Loop Band dan SANCTBAND ACTIVE Resistance Bands. 

Fungsi Resistance Band

Kedua-dua alat senaman ni berfungsi digunakan sebagai senaman bebanan seperti menggunakan dumbbel; boleh guna untuk senaman regangan, dapat membina otot dan membina kekuatan (strength).

Apa yang menariknya resistant band ni kedua-duanya adalah diperbuat dari getah yang berkualiti dan tidak mempunyai pemegang yang disambung dengan besi atau plastik. 

Jadi tak perlu risau kalau tarik terlalu kuat dan putus seperti yang hampir terjadi ketika saya guna resistant band jenama X dulu.

Getah Sanctband ni diperbuat dari getah yang bermutu tinggi iaitu dari natural latex, dan yang menariknya ia adalah produk buatan tempatan.

Getahnya boleh kita adjust sendiri dengan memendekkan pegangannya supaya dapat diberatkan lagi daya tarikan ketika bersenam. 

Bila guna ni terasa macam menggunakan dumbbel juga. Keberatannya boleh dikira macam angkat besi 2kg-10kg (mungkin lebih, depend cara kita adjust). Ia lebih selamat digunakan berbanding dumbbell.

Cara dan Teknik senaman guna Resistance Band

Kedua band ni sesuai digunakan untuk buat senaman membina kekuatan pada kaki dan juga tangan (upper and lower body).

Bagi saya yang suka berlari dan berjoging ni, dapat buat senaman regangan dan dapat membina kekuatan untuk kaki.

Ini merupakan antara gambar-gambar senaman menggunakan Sanctband Active untuk latihan upper dan lower body: 



Contoh senaman upper dan lower body menggunakan Mini Loop Sanctband.



Contoh senaman menggunakan Sanctband Active. Gambar boleh diperbesarkan. Sumber dari web PTT Outdoors.

Semua senaman yang biasa saya guna dengan dumbell boleh dilakukan dengan Sanctband ini termasuk senaman untuk bicep, tricep, shoulder, leg, glute, dll.

Saya seronok buat senaman squats guna mini loop, rasa kemas dan seperti ada sokongan dan lebih stabil pada bahagian betis dan paha. 


Ni antara senaman yang saya gunakan untuk kuatkan kaki untuk larian. Kalau anda suka larian tak kira jarak dekat atau jarak jauh dan nak kejar pace, amalkan senaman kaki selalu. Sumber gambar dari Google.

Zaman sekarang senang nak cari panduan, cari je video di youtube ada banyak teknik bersenam guna resistant band Sanctband ni. Saya pun masih banyak nak belajar teknik baru yang lebih pelbagai. Kalau kita selalu guna teknik senaman yang sama lama-lama bosan juga.

Boleh lihat pada video di bawah ni :

 

Disebabkan keberatannya boleh adjust, Sanctband ni pun sesuai untuk orang perempuan yang nak buat senaman lifting ni. 

Pendek kata boleh digunakan untuk semua jantina dan semua peringkat umur.

Nak tambah lagi bebanan, boleh gulung lagi.

Material dia mantap! Walaupun nampak nipis dan ringan je, tarik kuat-kuat pun takde masalah. Lagi tarik lagi sedap senaman.

Saya buat senaman guna band ni dalam 20-35 minit hasilnya, memang berpeluh dan banyak juga kalori terbakar bila cek guna fitness tracker, rasa puas hati sangat.

Anak saya pun suka main tarik-tarik getah ni. Ketika waktu pkp dan tak boleh keluar main di taman atau pergi ke gym ni, ini antara alat senaman yang mesti ada di rumah. Boleh bersenam untuk keluarkan peluh dan membina kekuatan otot.

Cara Beli

Anda boleh terus membeli di web site PTT Outdoors di sini kerana kalau menerusi laman web ni dijamin 100% original produk berbanding kedai online lain. Jauhi produk tiruan.

Klik sini untuk : 

SANCTBAND ACTIVE Mini Loop Band

SANCTBAND ACTIVE Resistance Bands

Dengan harga mampu milik ni ia boleh jadi satu investment untuk kesihatan yang baik.

Tak perlu lagi nak keluar ke gym kalau takde masa. Senaman di rumah guna resistance band je boleh.

Cara simpan

Tak macam dumbell, cara nak simpan ni senang je lepas guna boleh basuh dan keringkan dan gayut guna penyepit atau boleh digulungkan. Tak perlu guna ruang yang besar.

Dah guna dan dah bersihkan senang untuk disimpan.

Nak bawa kemana-mana dan nk buat senaman outdoor pun senang.

Tips senaman bebanan dan bodyweight

Sedikit tips apabila buat senaman lifting ni. Untuk dapatkan hasil terbaik, waktu kita angkat bebanan (banyak guna daya tenaga) kita hembus nafas, waktu kurang guna tenaga kita tarik nafas.


Tips bernafas ketika lifting dan buat senaman bodyweight. Sumber gambar Google dan Wikihow.

Ini akan memberikan hasil senaman yang baik dan elak cepat mengah.

Selamat bersenam. Kalau nak buat body toning dan kurangkan peratusan lemak, selang selikan aktiviti senaman larian dan juga lifting.

Ini akan membuatkan anda boleh dapatkan body kurus tapi berotot bak Cristiano Ronaldo gitu ...hehe.

Perkara paling best lepas senam adalah dapat posing2 dengan konfiden depan kamera 😁. Tapi Cristiano Ronaldo kurus dan tinggi lagi huhu..

Klik sini untuk dapatkan : 

SANCTBAND ACTIVE Mini Loop Band

SANCTBAND ACTIVE Resistance Bands

Kalau anda nak beli tapi rasa tak pandai nak guna jangan risau ada disediakan manual di dalamnya.  

Selain itu, dari Web PTT Outdoors ni anda boleh dapatkan banyak equipment dan alatan sukan yang lain.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Fobia dengan rubber band. Dulu ada pengalaman ngeri guna benda alah ni.

    BalasPadam
  2. selamat bersenam dengan rubber band itu

    BalasPadam
  3. Thanks share. Tak pernah try guna band ni. Selamat bersenam

    BalasPadam