Syukur alhamdulillah lengkap sudah vaksin dos ke-2. Semuanya berjalan lancar pada masa yang ditetapkan.
Jadi kali ni nak buat review dan kongsi sikit pengalaman disuntik dos kedua ni. Dos yang saya dapat adalah Pfizer atau digelar Comirnaty sama macam isteri juga cuma isteri belum sampai masa untuk dapat dos 2 sebab tarikh kami lain-lain.
Sakit ke tak? Dos kedua ni suntikannya tak rasa pun, dos pertama je terasa sikit masuk jarumnya. Semua ni depend pada cara nurse tu agaknya.
Smooth jer pengalaman dos ke 2 ni tak macam dos 1 yang lebih ramai orang.
Bila sampai-sampai je kat tempat vaksin tu terus dah disambut untuk cek suhu, kemudian jumpa kaunter yang pertama untuk tulis nama dan ambik borang, kemudian perlu isi borang soal selidik dan persetujuan untuk divaksin, update my sejahtera dan terus di suntik.
Kiranya kalau masuk tempat vaksinasi ni kita takkan terpinga nak pergi ke meja mana sebab petugas tu akan sentiasa ada nk tunjuk ke mana kita pergi dari 1 stesen ke stesen lain.
Panduan stesen2 yang ada di pusat vaksinasi. Terima kasih kepada semua petugas frontliner yang bekerja dari pagi sampai lewat petang untuk kita semua.
Proses akhir lepas disuntik adalah kena tunggu dan duduk dulu 15 minit. Tujuannya untuk lihat samada ada gejala/kesan sampingan yang berlaku secara terus atau tidak sebaik saja disuntik. Bagi orang yang ada alahan perlu tunggu lebih lama sikit.
Lepas dah pantau 15 minit tu maka selesai dah sudah proses vaksin dan sijil digital pun dah dijana di mysejahtera.
Nurse kata kad vaksinasi yang diberi tu kena sentiasa bawa terutama ketika travel sebab nak membuktikan kita sudah divaksinasi.
Alhamdulillah lepas ni boleh lah pergi bercuti dam melancong, harap2 😁.
Kesan dan gejala yang ketara lepas vaksin
Ini merupakan gejala yang biasa kita akan dapat lepas vaksin antaranya ; demam, sakit kepala, menggigil, sakit tempat cucuk, merah tempat cucuk, loya, sakit otot, letih.
Semua kesan lepas vaksin ni tak sama untuk semua orang yang penting setakat ini vaksin memang berkesan dan selamat.
Kesan yang berlaku pada saya lepas dos 1
Dari beberapa kesan yang disebut di atas, untuk dos 1 ni cuma rasa sakit pada tempat suntik selama 3 hari je. Rasa sakit bila nak buat kerja dengan tangan kiri ni maklum la orang kidal.
Kesan lepas dos 2
Berbanding dos 1, suntikan dos 2 tak rasa langsung waktu suntik tu. Sampai petang ingatkan memang takde gejala tapi bila sampai malam tu dah terasa sakit tempat suntikan.
Esoknya memang sakit juga sama macam dos 1 rupanya. Petang hari ke 2 badan rasa seram sejuk je jadi nak bagi badan selesa saya makan je lah panadol.
Masuk hari ke 3 rasa sakit tempat cucuk tu dah hampir tak terasa lagi dan siap pergi buat joging sikit. 😀
Jadi itu la sikit sebanyak pengalaman dan review kena dos 1 dan dos 2 vaksin Pfizer ni.
Nak bawak apa waktu pergi vaksin?
Kepada mereka yang nak pergi vaksin ni anda hanya perlu bawa ic dan handphone saja dah cukup sebenarnya. Kalau ada kad klinik boleh juga bawa kalau ada.
Untuk dos ke-2 pun sama juga tapi anda kena bawa juga borang2 dan kad yang diberi masa dos pertama haritu.
Itu saja, begitu mudah dan ringkas.
Review dan pengalaman ni saya kongsi juga dalam youtube:
Kenapa kita dapat vaksin yang berbeza?
Kenapa kita dapat vaksin berbeza-beza macam Astrazeneca, Sinovac, Coronavac dll? Sebenarnya semua vaksin ni berkesan cuma cara simpanan yang berbeza.
Pfizer disimpan dalam suhu yang sangat rendah dan mereka yang dibandar lebih mudah dapat vaksin Pfizer. Kalau di kawasan kampung dan pedalaman vaksin ni susah nak disimpan jadi vaksin lain yang digunakan.
Faktor stok juga diambil kira. Thanks kepada kerajaan Malaysia yang sekarang cuba dapatkan secara besar-besaran stok vaksin.
Boleh tonton video ni tentang perbezaan jenis-jenis vaksin:
Harap kita dapat capai imuniti kelompok secepat mungkin.
Siapa yang belum vaksin tu harap cepat dapat. Selalulah kemaskini maklumat dalam mysejahtera.
bila lah agaknya akak nak dapat vaksin ni... penat tiap hari jenguk mysejahtera... kesan setiap orang tak sama kan, sebab ada kawan-kawan cerita lain-lain yang mereka rasa, ada mengantuk, ada lenguh badan, mual dan muntah... yang rasa lapar je pun ada
Catat Ulasan
11 Ulasan
Saya terbalik pula. Dos kedua yang terasa sakit sikit.
BalasPadamWahhhh.. orang kata bila dah dapat dos ke dua, dh boleh merentas
BalasPadamAlhamdulillah dan setel cucuk vaksin. 👍
BalasPadamtahniah,..semoga semuanya baik baik aje
BalasPadamOrang kidal boleh cucuk di tangan kanan la cikgu. Alhamdulillah dah settle. Semoga sihat sahaja ya
BalasPadambila lah agaknya akak nak dapat vaksin ni... penat tiap hari jenguk mysejahtera...
BalasPadamkesan setiap orang tak sama kan, sebab ada kawan-kawan cerita lain-lain yang mereka rasa, ada mengantuk, ada lenguh badan, mual dan muntah... yang rasa lapar je pun ada
tahniah cikgu dah lengkap vaksinasi
BalasPadamTahniah cikgu dah selamat 2 dos mama masih menunggu panggilan
BalasPadamWah tahniah cikgu..saya satu pun belum lagi..
BalasPadamalhamdulillah dah lengkap 2 dos
BalasPadamseronoknya
saya baru satu dos
tak sabar tunggu 2nd dos
wah bestnya dah complete dos. Saya belum lagi..
BalasPadam