1st ride 2021!

Selamat tahun baru 2021! 

Awal tidur semalam tak sempat countdown. Takpelah bukan penting sangat pun yang penting  tahun baru kali ini lebih bermakna. 

Lagipun mood sambut tahun 2021 ni macam kurang sikit disebabkan sambut dalam norma baru macam ni dan limited banyak perkara tal boleh buat macam tahun-tahun lepas.

Takpelah yang dah berlalu tu biar berlalu. Yang buruk tinggal, yang bagus2 dari tahun2 lepas kita carry forward je.

Tiada azam baru pun cuma mengharap tahun ni lebih baik dari sebelumnya, lebih diberikan kesihatan, keberkatan, kelapangan masa, lebih amal ibadat, lebih berjaya semua-semualah hehe.

Jadi untuk aktiviti 1st tahun baru 2021 ni kita mulakan aktiviti sihat macam biasa. Hari ni keluar awal pagi untuk dapatkan udara segar dan buat aktiviti berjalan jauh sikit.

Penat berlari, berjalan je lah dulu panaskan badan. Berapa km target larian tahun 2021 ni ye? Rasa nak sambar sebiji lagi running shoe baru ye jugak 😁

Seronok main padang takde orang ramai bercuti dan balik kampung.

Selamat tahun baru 2021 semoga anak-anak ayah dan mama panjang umur murah rezki dan dipermudahkan urusan kita semua. Aaamin

Jom bacakan doa-doa pembuka pintu rezeki. Moga 2021 dilimpahi dengan rezeki yang mudah dan murah. Aamen..

Doa Pembuka Rezeki

 رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Bermaksud: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan."

Semoga hari ini diberikan rezeki berlipat kali ganda drp semalam 🤲🏻🤲🏻.

Doa pembuka pintu rezeki, bacalah setiap hari tak rugi pun kan...


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. semoga apa yang diimpikan berjaya dicapai cikgu =)

    BalasPadam
  2. Selamat tahun baru 2021.
    Semoga dilumayankan rezekinya.

    BalasPadam