Kelebihan puasa sunat Isnin dan Khamis
Lemak badan tak keluar melalui najis, ia meruap menjadi gas karbon dioksida CO² yeng dihembus keluar melalui pernafasan, dan sebahagian lemak yang lain menjadi air H²0.
Rantaian atom lemak manusia hanya terdiri dari 3 jenis atom karbon, hidrogen dan oksigen.
Untuk meruap menjadi gas, lemak perlu dibakar. Pembakaran akan berlaku apabila kita dalam keadaan lapar atau banyak exercise. Jika tak sempat exercise banyakkanlah berpuasa.
Kalau tak lapar, badan hanya membakar karbohidrat dan gula. Lemak tidak dibakar, ia akan disimpan dan makin bertambah. Masalah sekarang kita jarang lapar, dan jarang lapar ini menjadi satu beban untuk badan.
Kita kena bursyukur kalau lapar, sebab badan sedang membakar lemak dan memperbaiki badan.
Sesetengah proses yang lain dalam badan akan diminimakan bila makanan di bawa masuk ke dalam perut.
Proses penyembuhan dan pembinaan tissue baru juga dikurangkan sekejap bila sistem badan difokuskan untuk mencerna makanan.
Pastikan kita banyak berada dalam lapar untuk memberi ruang kepada proses lain dalam badan dapat digerakkan, bukan hanya proses pencernaan.
Jika kita lanjutkan tempoh lapar melebihi 16 jam, buat niat untuk puasa dan berbuka hanya dengan minum air kosong, badan kita akan shift pada mode autophagy di mana badan akan mula membakar simpanan lemak, dan autophagy mula memakan sel-sel badan yang dah tua dan rosak untuk menghasilkan sel baru. Ini dapat mengurangkan risiko cancer.
Growth hormon bertambah dan badan jadi awet muda. Saluran darah yang tersumbat akan mula longgar dan terbuka,darah pekat menjadi cair dan banyak penyakit boleh sembuh dengan asbab puasa.
Jom istiqamah puasa sunat Isnin Khamis. Banyak pahala dan kebaikan yang kita akan dapat. Pada hari-hari yang lain makan sikit-sikit je.
Sumber : fb Mohd Yazid
Catat Ulasan
2 Ulasan
sejak work from home tk kesempatan nk puasa isnin khamis..smoga thn br nanti bole start puasa blk isnin khamis
BalasPadamalhamdulillah, harini puasa juga ni
BalasPadam