Pencapaian Youtube Cikguzim Channel 2020

Pencapaian youtube channel Cikguzim sepanjang 2020. 

Channel yang dibuat secara kecil-kecilan dan sambil-sambilan mengisi masa lapang dari Mei hingga Disember 2020, dah mengumpul sebanyak 2,025 subscribers.

Salah 1 channel yang saya buat suka-suka berfokus sharing info, tips dan tutorial dan diselitkan sikit dengan vlog. Simpan sikit video vlog dalam ni buat kenangan.

Awalnya bercadang channel yang ni nak fokuskan pasal sharing pendidikan last2 kelain pulak perginya nasib tak kelaut. 😅

Terima kasih kepada yang view dan subs. Apa yang penting info tu sampai kepada mereka yang mencari. Sebab itu bila saya lihat dari statistik viewer, banyak yang datang dari search enjin dan bukan dari subscriber yang ada.




Sumber trafik Cikguzim Channel dari youtube studio.

Ini bermakna, teknik SEO yang digunakan dalam channel ini agak menjadi juga. Thanks to fungsi hashtag dan tag yang ada sangat membantu.

Terima kasih kepada semua 2,025 subscriber. 🤲🤝🤝🤝. Like3.... Seronok juga buat channel suka-suka macam ni pun ada datang orang subscribed setiap hari. 


Top video youtube yang tak berapa top. Boleh la tu buat pendorong semangat lagi, jangan tanya berapa income dapat 😁😅

Kepada mereka yang tengah berfikir macam mana nak beryoutube boleh mula buat sekarang. Rakam je video yang bermanfaat. Tak semestinya rakam, boleh buat video secara slide bergambar dan ada description sikit2 jadilah.

Yang suka masak rakam video masak, suka berkebun rakam video berkebun, yang suka makan buat video makan2 dll.

Nak rakam video tu senang, nak edit je yang mencabar sikit. Saya prefer edit video menggunakan aplikasi Inshot. Inshot ni guna yang percuma pun semua tools dan feature pun ada cuma kena explore lah.

Bila blog dan youtube makin up trafik ni kalau keluar berjalan mesti ada orang yang tengok semacam, sebab mungkin dia kenal saya dengan baca blog atau tengok youtube saya hahahah.

Pernah beberapa kali ditegur, "eh abang ni kan yang dalam youtube tu?"  "Saya banyak ambil info dari blog cikgu" dll.  Kalau ikutkan setakat hari ni memang tak pernah pun share blog dan youtube di media sosial. Remain hidden dan anonymous lebih baik.

Subscribe, subscribe, subscribe okay? Subs itu gratiss dan percuma. Jom SUBSCRIBE DI SINI

Salam tahun baru 2021 dari saya, Cikguzim, bukan blogger, bukan youtuber cuma cikgu sekolah rendah yang ajar alif ba ta.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. tahniah cikgu..semoga tahun ni bertambah subscribers & view + income..

    BalasPadam
  2. Tahniah Cikgu.. sy jarang buat video kat youtube.. buat pun utk suka2 juga.. suka tgok vlog cikgu..

    BalasPadam