Buah dan sayur yang sesuai untuk pesakit diabetes

Tahukah anda, terdapat banyak makanan yang berkhasiat untuk pesakit diabetes?

Ada banyak jenis buah dan sayur yang sedap serta boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak, namun masih lagi mempunyai indeks glisemik yang rendah.


Jika anda menghidap diabetes, makanan yang anda pilih penting untuk mengawal tahap gula dalam darah anda.

Anda masih boleh makan manis sekali-sekala. Walau bagaimanapun, setelah anda menghidap kencing manis, anda mungkin terpaksa mengawal pemakanan anda sampai bila-bila.

Akan tetapi, tahukah anda bahawa anda masih boleh makan banyak makanan yang sedap dan berkhasiat walaupun anda menghidap kencing manis.

Jika nak tahu dengan lebih lanjut, jom ikuti artikel kami mengenai sayur dan buah yang terbaik boleh diambil pesakit kencing manis!

7 makanan TERBAIK untuk pesakit diabetes

1. Makan buah beri

Buah beri seperti strawberi ataupun beri biru merupakan antara makanan yang berkhasiat untuk pesakit kencing manis.

Buah ini mengandungi pelbagai jenis vitamin, fiber dan juga antioksidan.

Tambah lagi, walaupun manis, buah beri mempunyai indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit kencing manis!

2. Sayur bayam kawal kadar gula dalam darah

Sayur bayam bukan sahaja sedap dimakan, malah ia juga sumber terbaik untuk anda dapatkan vitamin seperti vitamin C, mineral dan phytonutrients seperti lutein yang bagus untuk mata.

Pesakit kencing manis boleh makan bayam dalam kuantiti yang banyak.

Sayur ini tidak akan memberikan impak yang besar terhadap kadar gula dalam darah anda, membuatkannya sesuai untuk dimakan pesakit diabetes jenis 1 dan juga jenis 2.

3. Makan epal untuk elak daripada berjumpa doktor!

Buah epal merupakan salah satu snek berkhasiat yang mudah untuk anda dapatkan. Buah yang kaya dengan antioksidan ini boleh bantu pesakit kencing manis mengawal kolesterol.

Sejenis fiber yang dikenali sebagai pektin boleh ‘melekat’ pada partikel kolesterol dalam perut dan menghalangnya daripada memasuki salur darah.

Bahagian yang paling berkhasiat pada buah epal merupakan kulitnya! Oleh itu, jangan amalkan tabiat kupas buah epal ya.

Sebiji buah epal mengandungi 77 kalori dan juga 21 gram karbohidrat, bukan hanya sesuai untuk pesakit kencing manis, tetapi juga untuk individu yang ingin berdiet.

4. Jangan lupa makan brokoli

BBC News pernah melaporkan bahawa sayur brokoli boleh menyembuhkan salur darah yang rosak akibat kencing manis.

Brokoli mengandungi sulforaphane, sejenis antioksidan yang boleh menggalakkan pembuatan enzim yang dapat melindungi salur darah manusia.

Tambah lagi, sayur ini juga rendah kalori dan karbohidrat, sesuai untuk pesakit diabetes ataupun untuk sesiapa sahaja yang gemarkan makanan lebih sihat.

5. Cuba makan buah aprikot

Aprikot kering merupakan salah satu snek yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. 5 biji aprikot kering mempunyai jumlah kalori yang hampir sama dengan sebiji epal.

Namun, kandungan fiber dan nutrisi yang terkandung dalam buah aprikot lebih banyak jika dibandingkan dengan epal.

Buah aprikot mengandungi zat besi yang tinggi. Cukup dengan makan 3 biji buah aprikot sehari, anda telahpun mendapat zat besi harian yang cukup.

8. Kubis bunga makanan terbaik untuk pesakit diabetes. 

Kubis bunga merupakan sayur yang kaya dengan potassium, folat dan juga vitamin C.

Tambah lagi, indeks glisemik sayur ini adalah antara 5 hingga 15, sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis.

Satu cawan kubis bunga mengandungi kurang daripada 5 gram karbohidrat. Oleh itu, anda bebas untuk makan sayuran ini sebanyak manapun yang anda mahukan!

7. Makan lebih banyak buah oren

Buah oren merupakan salah satu buah yang menjadi kegemaran ramai orang. Oren mengandungi 15 gram karbohidrat dan 62 kalori.

Di samping itu, buah ini juga mempunyai indeks glisemik yang rendah!

Folat dan potassium yang terkandung dalam buah oren boleh bantu normalkan tekanan darah.

Di samping kaya dengan vitamin C, buah oren juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun lebih sedap lagi jika dibuat jus!

Pesakit diabetes perlu pilih makanan yang terbaik untuk kesihatan!

Jika anda menghidap diabetes, ubat yang paling baik untuk anda adalah dengan menjaga pemakanan.

Elakkan daripada makan makanan yang mempunyai karbohidrat, lemak dan garam yang tinggi.

Selain membuatkan kencing manis jadi makin teruk, anda juga mempunyai risiko yang lebih besar untuk menghidap penyakit lain seperti sakit jantung dan juga obesiti!

Sumber artikel dengan keizinan dari Hello Doktor, artikel asal di SINI

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Doktor pernah bgtau saya, makanlah jambu batu..elok untuk orang kencing manis sebab gulanya rendah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kencing manis akak sentiasa dapat dikawal..muda lagi,amalkan hidup sihat.😄

      Padam
  2. betul..sebab tgk ayah pulun mkn buah..doktor larang dia duk ulang mkn nasi lauk ja ^_^

    BalasPadam
  3. pernah join kelas pemakanan dulu dan memang ada diberikan buku panduan, walaupun takde lagi kencing manis tapi beringat... maklum la umur dah tua heheheh

    BalasPadam
  4. Terima kasih perkongsian Cikgu.Kena pilih dan tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang mesti dielakkan.

    BalasPadam