Aduhh! Beli phone case dekat Lazada yang dapat hand sanitizer
Memang panas la hati, kita excited dah terima barang dan nak buka kotak tengok2 kat dalam tu barang yang bukan di order.
Rasa setakat ni tak pernah jadi macam ni sebab barang dan seller di Lazada ni agak trusted. Terus chat dan complain dengan seller. Rupanya waktu baru lepas buat pembayaran haritu memang seller dah hantar chat awal2 barang tersilap hantar. Saya yang tak perasan notification.
Seller dah resend semula barang yang sebenar dan esoknya phone case yang di order pun sampai. Ada kesilapan waktu packing barang sebab memang seller jual macam2 barang. Normal la kalau ada yang tersilap. Fuhh nasib baik baca chat nyaris seller nak kena complain dalam komen haha. Hand sanitizer tu jadi free gift katanya.
Tips beli barang boleh dipercayai secara online.
Kalau membeli di Lazada dan Shopee cari seller yang ada label recommended dan banyak bintang dan terima banyak komen posititf.
Dan kalau nak cari barang ori, kena cari label authentic pada seller macam telefon S20 yang saya beli hari tu saya beli dengan kedai Samsung authorized seller.
Jangan terpedaya dengan harga yang terlalu murah! Elakkan beli barang yang berjenama tapi terlalu murah nanti menyesal tak sudah.
Kalau barang yang diorder lambat sampai pun bukan salah seller lagi, depend pada jenis pengeposan. Biasa pos laju je yang paling laju takat ni.
Jadi kalau beli di Lazada atau Shopee ni dengan seller yang ada tanda recommended dan trusted ni kalau barang yang sampai tu tersilap atau salah, jangan risau boleh ajak bincang 😄
Catat Ulasan
3 Ulasan
Tapi bahagian chat di shopee, memang tak perasan ada noti kadang2
BalasPadamWak angkat tangan ni
BalasPadamHehe nasib baik baca chat.. untungla hand sanitizer tu jadi free gift...
BalasPadam