Sebab tak boleh balik raya, lepas raya nanti nak melarikan diri

Tahun ni tak macam biasa tak boleh balik raya jadi saya decide untuk ubat kedukaan ni dengan hati terbuka untuk larikan diri lepas raya.


Ni apa pulak ni pasal nak larikan diri pulak. Haha sebenarnya lepas raya nak sambung aktiviti larian je sebenarnya sebab dah dekat 2 bulan tak lari dan PKP dh dilonggarkan so dah boleh keluar joging.

Sedar tak sedar masuk hari ni bila saya cek aktiviti dari smartwatch Amazfit Bib ni sedar-sedar dah masuk 66 hari tanpa aktiviti larian kat luar sejak PKP. 

Masa PKP hanya buat senaman dalam rumah buat body weight dan skipping je. Rindu pula dengan aktiviti larian luar sambil berjoging di stadium, taman sambil tengok pokok-pokok dan alam sekitar.

Sekarang ni dah PKPB dan kerajaan pun dah bagi kelonggaran boleh buat aktiviti joging, tapi dalam bulan puasa ni memang tak dapat nak joging lelah nanti. Bulan puasa ni 'joging' dan buat marathon untuk amal ibadat dengan baca quran dan tarawih je lah.


Dasat juga ketahanan bateri smartwatch Amazfit ni, hampir 70 hari baterinya tahan lama sebab dalam tempoh PKP memang tak pakai. Biasa saya selalu guna bateri tahan 30 hari jugak. Terbaiklah smartwatch ni walau dah 2 tahun guna. Sekarang dh ada jam Amazfit versi baru yang lebih accurate dari segi heart rate dan walking steps.

Harap virus cepat hilang, lepas raya nak on balik aktiviti lari-lari ni. Cuma terkilan juga semua event running yang dah register dari awal tahun semua dah cancel. Event larian yang besar-besar macam Standard Chartered Marathon, Kuching Marathon, Borneo Marathon semua of course la cancel juga. 

Hari tu dah semangat buat persediaan untuk event lari 5km dan 10km dan dah bayar awal pun tiba-tiba ada virus covid 19 pula huhu takpalah boleh fokus latihan drill dan tingkatkan stamina dulu.

We'll come back stronger dan faster

Ok cukup cerita pasal lari, jom fokus amal ibadat bulan Ramadhan. Kalau boleh lari 5km 10km takkan tak boleh buat tarawikh 20 rakaat dan baca Quran sampai khatam Ramadhan ni kan?? Bukan berpeluh pun bila baca Quran. Suatu keinsafan...

Salam Ramadhan dan salam nuzul Quran....
Sebab tak boleh balik raya, lepas raya nanti nak melarikan diri Sebab tak boleh balik raya, lepas raya nanti nak melarikan diri Reviewed by cikguzim on 10.5.20 Rating: 5

14 ulasan:

  1. Masing-masing telah merangka banyak perkara bila semua ini berakhir kelak.Moga semuanya dipermudahkan Allah swt.

    BalasPadam
  2. Sama! Rindu! Nak jogging!!!! Aduh, duhhhh! Amin, moga cepat lenap virus Covid 19 dari umi Allah ini, dalam minggu ni, sebelum raya...AMIN

    BalasPadam
  3. camne la ada semangat nak bersenam dalam rumah tu ye..selalu nak buat lepas tu ermm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memggunakan segala kemudahan yang ada dlm rumah walaupun terhad..boleh juga rupanya hehe

      Padam
  4. haraplah virus ni cepat2 pergi nyah kamu dari sini. gue benci ngeliat muka mu.

    haha. saya yang perantau ni lagi sedih. kalau kampung dekat semenanjung ok lagi boleh kawtim

    ni. kampung belah sarawak. adui terperuk je kat Pahang ni.

    Btw. Follow. Sudilah tuan blog exchange blogslist dengan blog saya yag x berapa nak gah macam tuan hamba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo org srwak ye...salam kenal amerjaya

      Padam
  5. Basikal abe kie terbiar sepi sejak pkp lg. Nak kayuh skrg pun bulan posa. Lps raya la sambung balik. Hehehe....

    BalasPadam
  6. wahhh jauh juga cikgu daftar larian sampai ke Kuching dan Borneo...

    itu lah, dah lama benar tak lari ni...macam da setahun tak lari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuching dan borneo blm daftar lgi...dftr yg dekat2 je hehe

      Padam
  7. Saya cuma suka brisk walking je. Haha.
    Singgah sini. Aktiviti lain buat blog walking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brisk walk pn ok juga tu meregangkan kaki

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.