Sepanjang PKP ni memang banyak movie dah dilayan. Banyak movie tersimpan dalam hardisk ada yang dah tengok beberapa kali. Simpan dalam hardisk movie yang betul-betul best dan worth untuk ditonton je kalau movie beshe2 tu dah tengok buang terus.
Nak buat review movie sikit la pula kali ni. Antara movie best yang saya tengok baru ni adalah Hachiko. Actually movie ni dah lama keluar. Hachiko ni movie yang berdasarkan kisah sebenar yang pernah berlaku di Jepun tahun 1920an suatu ketika dulu dan ada 2 versi, 1 versi original versi Jepun dan 1 lagi versi omputih. Dua-dua best dan jalan cerita hampir sama.
Kalau cerita berdasarkan haiwan dan kisah sebenar ni memang menyentuh hati la, hari tu tengok dengan wife berair-air mata juga tengo huhu.
Sinopsis kisah Hachiko.
Hachiko, sumber gambar wikipedia
Hachiko jenis anjing Akita yang jarang dijumpai masa itu, hanya ada 30 jenis anjing spesis Akita di Jepun waktu tu. Hachiko dipelihara dari kecil lagi oleh Prof Ueno dengan penuh kasih sayang. Profesor Ueno yang mengajar di University of Tokyo sering diiringi oleh Hachiko bila Profesor nak pergi kerja dengan naik keretapi dari stesen Shibuya ke Tokyo. Maju betul Jepun 1920an dah ada stesen keretapi macam tren lrt. Tiap petang Hachiko akan datang semula ke stesen Shibuya untuk jemput Profesor Ueno pulang.
Hampir setahun jugak Hachiko sering hantar tuannya pergi dan balik kerja di Stesen Shibuya hinggalah pada 1 hari iaitu pada 21 May 1925, Profesor Ueno kena serangan jantung ketika sedang mengajar di Universiti dan meninggal dunia. Hachiko tak sedar perkara ni dan kerana kesetiaan kepada tuannya dia terus melakukan rutin hariannya menunggu tuannya pulang setiap petang. Hachiko akan tiba di stesen tepat jam 5 petang.
Perkara ni berlanjutan bertahun lamanya dan disedari oleh orang sekeliling yang pernah nampak Hachiko dan tuannya dulu. Tiada orang yang mampu memberitahunya bahawa tuannya telah lama mati. Ini mengundang kesedihan beberapa orang peniaga sekitar stesen yang selalu lihat Hachiko dan tuannya dulu.
Cerita tentang Hachiko akhirnya tersebar di Jepun ketika itu oleh kerana seorang wartawan yang merupakan bekas anak murid Prof Ueno sedang membuat kajian berkenaan anjing enis Akita ini. Berita bertajuk 'Faithful old dog awaits returns of dead owner' telah diterbitkan dalam akhbar di Jepun pada 4 Oktober 1932. Akhirnya Hachiko menjadi terkenal dan dikenali. Ada juga yang datang melawat Hachiko dan ingin melihat Hachiko yang akan muncul setiap petang menunggu tuannya pulang.
Hachiko di stesen Shibuya. Sumber Google
Pada 8 Mac 1935 akhirnya Hachiko yang berusia 11 tahun ditemui mati di jalan berhampiran Shibuya. Dan kini sebuah patung Hachiko telah didirikan di depan stesen Shibuya sempena memperingati Hachiko. Teringin la pula nak jalan-jalan ke Jepun sambil selfie depan patung Hachiko.
Hachiko yang telah mati. Besar betul anjing jenis Akita ni kan. Sumber gambar Google
Adaptasi ke filem.
Ada 2 versi iaitu Jepun dan Amerika. Versi pertama bertajuk Hachiko Monogatari diterbitkan pada tahun 1987. Versi ni hampir menyamai cerita sebenar Hachiko.
Poster filem Hachiko Monogatari. Sumber Google
Filem ni merupakan filem Jepun yang paling top pada tahun 1987. Haa apa yang korang tunggu lagi cepat search cerita ni.
Memang touching la cerita ni tak rugi tengok banyak nilai kasih sayang dan moral. Boleh ajak anak kecil tengok mesti suka dan jangan lupa sedia tisu hahaha..
Dan filem kedua versi Amerika dilakonkan oleh Richard Gere pada tahun 2009. Jalan cerita lain sikit tapi konsep masih sama dan filem ni pun best dan ada review yang baik. Saya masih lagi simpan cd cerita ni tapi tak ingat letak kat mana.
Ada masa korang boleh la layan, tapi memang rugi kalau tak tengok dua2 versi. Layan pun layan juga dalam bulan puasa ni jangan lupa baca Quran.
Selain tu ada banyak lagi movie yang berdasarkan haiwan dan kisah sebenar yang best dan boleh ditonton antaranya ; Marley and Me (2008), Eight Below (2006), My Dog Skip (2000), Finding Rin Tin Tin (2007), A Tale of Mari and Three Puppies (2007)...dll
Kalau anda pencinta haiwan memang sedih sangat kalau tonton filem gini. Kalau kita sayang haiwan mesti haiwan tu akan tunjuk balik kat kita cara dia sayang kita.
So sayangi haiwan. Jangan sakiti haiwan, berilah haiwan2 yang kelaparan di luar tu makan sebab dalam rezeki kita ada juga rezeki mereka. Pelik juga kenapa ada orang yang suka seksa haiwan macam dalam video2 yang viral di media sosial tu.
Apapun kita sebagai muslim tak dibenarkan untuk pelihara anjing secara suka2 melainkan untuk jaga kebun dan untuk jaga keselamatan.
Patung peringatan Hachiko di depan stesen Shibuya. Hingga kini terus setia menunggu tuannya pulang.
Catat Ulasan
5 Ulasan
Menariknya.. sedih pun sedih juga kan.
BalasPadamTapi binatang Ni mmg setia selalu dengan tuan mereka.
filem nih mmg best
BalasPadamtambah2 kalau pencinta haiwan tengok
confirm nangis
ada tengok juga cerita hachiko amerika tu..aduhhh banjir air mata tau...sedih sangat..
BalasPadamsaya paling tak boleh tahan kalo tengok cerita tentang haiwan macam ni cikgu...huhuhu
haiwan tetap makhluk Tuhan juga,perlu disayangi,dihargai dan dilindungi.Kalau tidak mampu dan tidak mahu menjaga dan merawat JANGAN disakiti.
BalasPadamTerus terasa nak tengok la pulak.
macam pernah dengar kisah ni dan belum tengok lagi movie. ala ending sedih emo sikit kalau tengok. huhu
BalasPadam