PKPB disambung lagi 4 minggu hingga 9 Jun dan balik kampung raya confirm tak dibenarkan

Baru tadi PM buat perutusan sempena Nuzul Quran 2020. Antara isi penting dalam ucapannya dah mestilah tertungggu ucapan tentang adakah PKP dilanjutkan?

Ya dilanjutkan tapi yang dilanjutkan adalah PKPB. Dilanjutkan lagi hingga 9 Jun. Kalau PKPB ni masih ok sebab pergerakan bersyarat dan masih boleh menjana ekonomi. Jadi rasanya takde masalah kalau dilanjutkan sebab kita masih boleh bergerak dan bekerja cuma merentas negeri tidak dibolehkan.



Cuma yang sedihnya pergerakan balik kampung raya tahun 2020 ni confirm dan dah pasti tidak dibenarkan sama sekali.  PM beritahu dalam ucapan dia tadi.  Kita berkrikk krikk sajalah beraya seadanya di mana kita berada. PM siap kata pasang je lagu Dendang Perantau tapi jangan selalu sangat pasang nanti sedih pulak hahaha.

Untung betul kamu orang yang memang dah ada di kampung  terutama geng cikgu-cikgu yang memang dah balik kampung sejak cuti bulan 3 haritu huhuhu jelesss saya. Cuma ada juga sesetengah rakan guru yang dipanggil untuk pulang bertugas ke stesen bergantung pada ketua jabatannya. Kesian mendengarnya. Harap JPN dan KPM boleh beri penerangan yang jelas bahawa guru perlu pulang ke stesen atau terus bekerja dari rumah. Takpalah banyak bersabar k semua.


Semestinya raya tahun ni akan paling dikenang sampai bila-bila. Harap tahun depan dah boleh balik beraya macam biasa. PM kata vaksin covid 19 akan siap dalam tempoh 12 ke 18 bulan ni, apa kita boleh buat sekarang hanya untuk kekang penularan saja. 

Mungkin tahun ni pagi raya cuma pakai t shirt dan seluar trek? Hahaha

Jom berdoa banyak2 ambil keberkatan dalam bulan Ramadhan ni supaya covid berlalu pergi dan vaksin cepat siap. Ameeeen ya rabbb

PKPB disambung lagi 4 minggu hingga 9 Jun dan balik kampung raya confirm tak dibenarkan PKPB disambung lagi 4 minggu hingga 9 Jun dan balik kampung raya confirm tak dibenarkan Reviewed by cikguzim on 10.5.20 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Pagi raya nak juga pakai baju raya sebab baju raya dah pun siap. hahaha. its okayy, moga tahun depan dapat Raya bersama keluarga terchenta macam biasa kan aamiin :D

    BalasPadam
  2. semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua

    BalasPadam
  3. Sambut raya ala kadar ajelah tahun ni

    BalasPadam
  4. tahun ni macam tak berapa ada mood nak raya sangat...jadi rasa tak terkesan sangat kalo tak dapat balik kampung...huhu

    tapi tak tahu la kalo pagi raya nanti macam mana kan...entah2 dia dulu yang menangis kat bucu tilam...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.