Cara buat senaman plank yang hasilnya, WOW!

Macam mana cara buat senaman plank? Boleh kurus ke dengan plank? Berapa lama nak buat plank? Kurus dengan plank? Nampak macam takde apa-apa pun senaman ni tak bergerak macam tu je...haa jom baca ni :

Sejak masuk bulan puasa ni workout pun sikit-sikit je seperti slow jog dalam rumah bagi badan bergerak-gerak sikit. Anak pun selalu duk ajak main kejar-kejar dan nyuruk-nyuruk so itu pun dah boleh kira senaman kardio, berpeluh dibuatnya bergerak ke sana ke sini.

Tapi bila malas nak workout datang menjelma, senaman yang paling malas saya akan buat adalah plank dan sebab ia tak melibatkan pergerakan badan ke sana ke sini dan boleh dibuat setempat je. Ni senaman paling mudah untuk kekal kurus dan fit bilamana kita nak bersenam tapi tak mempunyai ruang yang cukup.

Antara kelebihan senaman plank adalah :

Senaman plank ni kelebihannya dapat menguatkan otot, mengurangkan sakit belakang, meningkatkan metabolisma, membaiki imbangan badan, mencantikkan postur badan, mengurangkan stress dan boleh membaiki mood.

Plank ni senaman yang dibuat nampak macam mudah dan nampak macam tak berkesan tapi sebenarnya sangat bagus untuk menegangkan dan menguatkan otot bahagian perut.

Ini cara nak buat plank dengan betul :

Luruskan badan dengan menahan badan guna siku, tangan tu boleh luruskan ke depan. 
Muka mesti pandang bawah jangan pandang depan. 
Badan mesti lurus je tak bengkok baru dapat rasa kesannya iaitu di perut. Cuba tahan selama 45 saat ke 1 minit dan ulang 4 kali pusingan. Lepas tu lihat anda akan berpeluh dengan banyaknya.

Biasa memang saya buat plank 1 minit je dah rasa macam menggigil 1 badan dan disusuli oleh peluh yang lebat. Kalau tak biasa buat dalam 30 saat je dah tak tahan. Memang bagus senaman plank ni untuk pecahkan lemak2 pada sekeliling perut. Kesannya lebih baik dari senaman sit up yang melenguhkan tengkuk.

Plank nampak simple tapi hasil superb membantu untuk kurus dan fit. Senaman paling mudah tanpa alat tapi memeluhkan badan. (Tengok badan dah lejut dengan peluh dan muka berkerut menahan 1 minit plank) 

Kalau tak rajin nak diet bolehlah selalu buat plank untuk cegah perut dari boroi dan maju ke depan. Senaman plank mampu membuatkan anda jadi kurus dan kekal ramping. Tapi kenalah buat setiap hari atau paling kurang pun 4x seminggu.

Jom try buat plank 👇

 

Nak dapat 6 pax dengan plank? Jawapannya boleh kalau jaga makan dan konsisten lah. Lepas plank kalau pekena teh hijau lagi superb hasil dia makin mencairlah lemak perut tu. 

Jom buat senaman plank untuk kurus dan kekal fit. Dengan plank boleh kurus ke? Jawapan yang sebenar adalah tak boleh kalau tak jaga makan.

Tiada jalan singkat untuk kurus melainkan kena usaha juga. :)

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Aril kadang2 je buat plank. Hahaha. Tu pun bila workout dlm rmh. Kalau dkat gym, mmg angkat beban ja. Yg penting, kna consume protein secukupnya slpas workout. Jngn trlebih plk, nnti blh bg effect dkat kidney. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu selalu pernah juga cuba ambil protein tambahan tapi sekarang fokus pada ambil real food.

      Padam
  2. Ni bukan senaman bese2 ni cg. 😂

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum.. datang terjah blogwalking sini. Selamat Berpuasa, Selamat PKPB ya.

    Nanti nak kena buat gak senaman nie dah dekat 2 bualan xleh kerja pasal pkp hmmmm.

    http://iskandarx-society.blogspot.com/
    http://iskandarx.blogspot.com/
    https://melayupress.wordpress.com/
    https://twitter.com/iskandarX

    BalasPadam
  4. setuju, tiada jalan singkat untuk berjaya, plank sakit hahahaha nampak x alasan tu :)

    BalasPadam
  5. Selamat memplank
    Lakukan aktiviti mengikut kemampuan fizikal kita

    BalasPadam
  6. bulan tak puasa pun malas bersenam. apa tah lagi puasa. tapi mmg berat badan agak turun kali ni. maybe sebab kepenatan sikit kot. dok kat dapur je.

    BalasPadam